Pagi tadi, saya blogwalking ke blog blogger mrsyam yang tinggalkan jejak di chatbox blog ieta. Masa nak tinggalkan komen, disebabkan blognya under wordpress, maka saya perlu login ke wordpress untuk meninggalkan komen. Saya pun loginlah sebab ada pernyataan yang saya ni dah ada akaun dengan wordpress. Dalam hati "bila masa la pula aku ni ada akaun wordpress?" login je la.... berkali juga login sebab tak ingat password. Tengok-tengok, eh eh... iya la... memang ada... La... ada dah rupanya... tu la, main klik-klik punya kisah lah ni, dah register tinggal... tak ingat dah ada rupanya blog yang under wordpress.
Baru je bercadang-cadang nak tukar template Blog ieta ni kepada template Thesis yang smart dan kemas macam yang ramai blogger hebat dah gunakan.
Masalahnya kan, TAK TAHU la nak guna wordpress... huhu... macam pelik dan janggal je walau nampak mudah dan cantik lagi kemas blog under wordpress tu. Tu yang serabut semacam je blog tu. Nak buat entri pun tak pandai.... Dah tu, nak postkan entri tentang apa dalam wordpress tu pun tak tahu lagi. Macam risau pun ada kalau banyak sangat blog, nanti tak terjengah dan tak ter update pula entrinya. Sayang la pula dengan Blog ieta under blogspot.com ni... sebab di sini segalanya bermula dunia blogging saya.
Kemudian teringat pula, saya sudah menyiapkan laman web yang untuk assignment saya bagi semester yang ke 5 ni. Web site itu dalam bahasa arab. Yang tu pun perlu diperbaiki lagi mutu dan kualitinya. Maklumlah, baru beberapa hari sahaja belajar buat website sebab cuti bersalin agak lama haritu. Terfikir juga, website itu pun nak perlu di update selalu dengan info yang terkini. Sekurang-kurangnya ada ilmu di dalamnya untuk tatapan ramai. Takkan nak dibiarkan terkubur begitu sahaja dah penat-penat selama 4 hari 3 malam membinanya. Kan..?
Apa pendapat anda?
Pssss... saya dah godek-godek tapi tak menjadi la... boleh beritahu saya bagaimana nak menghilangkan nuffnang conversation yang sepatutnya ruangan komen tu?
Pssss... saya dah godek-godek tapi tak menjadi la... boleh beritahu saya bagaimana nak menghilangkan nuffnang conversation yang sepatutnya ruangan komen tu?