KENAPA AIR MASAK TIDAK DIGALAKKAN KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Seperti biasa, hamek gambar dari mr. google da...
Biasala ayat aku nak mulakan entrikan... Sambil menyiapkan assignment, menggoogle-google bahan dan membelek babyku yang dah 42 hari, ku sempat berblogging. Terjumpa perkara penting dalam blog ONLAJER BLOG. Entrinya seperti berikut :

Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak  namun masih ada ibu bapa yang masih amalkan dengan memberi air masak kepada bayi mereka. Antara sebab desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air  dan macam – macam lagi.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula. Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Nota : 
Telah kuterangkan di dalam INI dan entri INI. Patutla takde hati je nak beri  ABDUL LATIFF air masak... 

7 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER . (Sambungan dari artikel  INI ,   INI ,  INI   dan INI ).  K redit kepada   page   Public Health Ma...