SEGMEN DAN GIVEAWAY PERTAMA YANG SAYA JOIN

As salam

Hari ini saya nak cerita tentang Segmen dan Giveaway (GA) pertama yang saya join.
Segmen pertama saya join ialah segmen dari blogger hebat MIALIANA yang menjadi sumber inspirasi saya meneruskan kerjaya sebagai part time blogger. Terima kasih +Mia Liana  yang sudi ajar akak buat banner dan sebagainya lagi. hehe... Dari segmen pertama inilah bermulanya follower blog ieta meningkat. Tapi menjoinkan diri dalam segmen atau GA dari blogger Mia Liana ni, pasti ramai sungguh yang follow blog ieta dan singgah. Pandai Mia tackle followers ^__^

GA pertama saya join disponsor oleh blogger hebat juga yang memang rajin buat GA. Ramai peserta GA ni 165 orang semuanya. Tapi disebabkan masa tu saya sarat mengandung dan tak larat duduk lama-lama atas kerusi, saya tak blogwalking. hehe... nasib le kan...
fizgraphic.com terima kasih +Hafizzi Aziz 
kisahemasputih.com terima kasih Cik Uzu (takde g+, satu2nya blogger fames dan hebat yang takde g+. hehe)

Sehingga hari ini, memang belum ada rezeki lagi menang dalam mana-mana segmen ataupun GA. Tapi, saya tak kisah kerana 
1. Memberi sokongan kepada blogger yang sudi jemput atau anjurkan semua segmen atau GA yang saya telah join.
2. Menambahkan kenalan rakan blogger.
3. Menambahkan list bloglist saya. Saya memang suka blogwalking a.k.a membaca bila berkelapangan.
4. Menambahkan follower secara tidak langsung dari join GA dan segmen-segmen itu. Memang berbaloi. 

Walaupun sedemikian, saya gembira sekurang-kurangnya, ada juga yang sudi ziarah,sudi klik-klik, sudi menjejakkan jari jemari ke blog saya yang tidak berpage rank tinggi ni dan sudi komen-komen di entri saya juga sudi chatting di ruangan komuniti saya. Saya sangat-sangat terharu :(

Terima kasih semua

psss... lupa da hari ni hari Rabu... hehe

2 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...