LAMAN WEB SAYA YANG PERTAMA

As salam

Assignment website saya sudah siap. Laman web berbahasa arab ini telah cuba saya siapkan codingnya menggunakan microsoft front page 2003 selama 6 hari 5 malam. Alhamdulillah ada basic sikit-sikit semasa belajar di Cosmopoint dulu, ditambah pula ada buku HTML untuk murid tingkatan 4 & 5 (hehe... jadilah kan... buat rujukan) ditambah pula lagi dengan pertolongan ketua kelas saya yang sangat baik hati membantu memahamkan sedikit-sedikit tentang coding laman web tu, ditambah pula dengan latihan yang pensyarah telah beri... dapat jugalah saya menyiapkan laman web julung-julung kalinya dalam bahasa arab. Tak pernah dibuat dek orang kan...? Hah, tulah pasal saya nak cuba buat ni... Seronok juga mencabar diri sendiri ni. 

Nak tahu siapa rujukan saya dalam menyiapkan laman web berbahasa arab ini?
1. Mr. Google translator (walau tak 100% tepat, sekurang-kurangnya ada jugalah beliau membantu).
2. Cik +Mar Haini Abdul Rahim (pada paparan utama laman web ada link terus ke blog Cik Mar)
3. Qamus bahasa Arab saya yang memang saya gunakan juga semasa mengajar di sekolah.

Inilah halaman utama laman web saya 
Ini pula Tab pagenya
Arrow dari kiri ke kanan itulah yang bermasalah kini. Puas sudah saya godek-godek, tak terjumpa juga apa penyebabnya bila klik satu persatu kepada lima perkataan itu yang sepatutnya link ke bahagiannya sendiri, akan keluar seperti di bawah ini

Ejaan pada setiap coding tab page dah saya perbetulkan, dah upload yang baru pun ke dalam bahagian htmlnya dan tak ada pun pergi ke mana-mana bahagian lain lagi. Buntu dah otak saya ni memikirkan apa masalahnya?

Sebab saya masih belajar lagi membuat website ni, jadi saya akui banyaklah kekurangan dan kelemahannya... Saya sentiasa berusaha menambahbaikkan lagi laman web rekaan saya ini. Untuk tujuan itu, saya telah menyediakan ruangan chatbox untuk sebarang komen atau cadangan dan boleh juga emailkan kepada saya mengikut alamat email yang tertera di kiri laman web seperti paparan di bawah ni.

Laman web saya beralamat http://www.ieta.biz.tc

Ada ke blogger yang mahir tentang website? boleh tunjuk ajar saya? 
Update: dah jumpa sebab kenapa hyperlinknya tak boleh berfungsi :) Sedang perbaiki lagi.

12 comments:

  1. akak, maknanya sy kena lipatgandakan post pasal arabic ni.. insyaAllah sy akan usahakan :) *ahaa tula sy try jgk klik tab tu, die kua mcm tu.. sy nak mmbantu xpndai jgk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, esok dlm kelas akak tanya lecturer akak Insha Allah. Selamat melipatgandakan posting psl arabic hehe... Akak sgt2 suka...

      Delete
  2. Wah..kagum..Susah nak buat website arabic ni. Tahniah-tahniah. Tahniah buat akak dan juga kak mar. Semoga terus maju. Jap, saya tengok..mungkin saya boleh bantu.

    ReplyDelete
  3. Saya ada tekan, dan dia keluar ini kan kak.

    Possible Reasons:
    You may have spelled the URL incorrectly.
    This site may have been removed due to a violation of the Biz.tc "Acceptable Use Policy".
    This site may have been moved to a different server.

    Mungkin url akak masukkan itu tak betul atau domain itu yang problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tu, Akak dah puas godek2 dah, smpi tersengguk2 buat coding tu. hehe... esok kalo ada kls, akak minta lecturer tengok plak

      Delete
  4. nice la kak...boleh la blaja pasal bhsa arab ni dri blog akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InSha Allah kalau dah betul2 ok, akak paparkan kat blog akak ni. Entri ni akak nak tanya pendapat rakan2 blogger dulu. Trm kasih ya :)

      Delete
  5. Salam.

    Saya tidaklah mahir kak..tpi teringin nak membantu..

    Cuma..mcmana saya nak bantu..nak kena tgk code2 htmlnya..nak kena tgk, maknanya nak kena akses akaun akak..

    ReplyDelete
  6. alamak,, muja ni memang zero knowledge sangat bab coding ni,, haha,, moga akak berjaya ye :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...