IKLAN DARI SYARIKAT PENGIKLANAN

As salam.

Semalam, saya mendapat email dari sebuah syarikat jaringan pengiklanan.

Rasa sedikit terperanjat kerana inilah pertama kali syarikat pengiklanan berminat untuk meletakkan iklannya  dan iklan kliennya yang mungkin ingin meletakkan iklan di dalam blog saya ini. 

sumber encik google
Pelbagai persoalan timbul dalam minda saya ni. Sudah tentu status glitterrati (macamni ke ejaannya?) dalam nuffnang akan hilang. Dalam nuffnang, saya masih menanti untuk wang bertimbun darinya. haha... 

Ibarat menanti buah nak berbuah yang adakalanya merimaskan dan mendebarkan juga membosankan. Terukkan saya ni? Mudah jemu...

Tapi, ingat ya... tujuan utama berblogging adalah menulis demi kepuasan diri. Duit adalah sampingan semata walau impian saya Jutawan dermawan untuk membantu golongan memerlukan.

Ada sesiapa dikalangan blogger boleh beri panduan kepada saya tentang iklan dalam blog? Terima kasih

Comments

Popular Posts