REVIEW PESERTA SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta

As salam dan selamat pagi semua.

Review pemenang pertama peserta SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta telah saya buat tempoh hari yang lalu. Review ringkas pada hari ini bagi menunaikan janji saya, adalah review untuk pemenang ke dua iaitu +cik yaya dan ke tiga iaitu +PakcikLie PCL. Review peserta yang lain, akan saya buat bila kelapangan. Bersabar ya.


Mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan entri ini atas kesibukan yang teramat.


2. CIK YAYA


Pemenang ke dua SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ietasi cantik manis +cik yaya ni, blognya serba pink. Memang cantik blognya. Beliau rajin menganjurkan GIVEAWAY. Quotenya ini "kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI, kemudian DIA datangkan guruh dan petir . puas kita menangis mencari-cari dimana matahari . rupa-rupanya ALLAH mahu hadiahkan kita PELANGI yang indah" amat menarik hati saya. Hingga saya letakkan ia di sidebar saya bertajuk 'Motivasi diri'. Walaupun beliau baru berusia 20 tahun, beliau merupakan usahawan berjaya menerusi blog niaganyayaya craft. Jom singgah blog Cik Yaya. 



Encik Nazlee atau Pakcik Lie merupakan blogger yang hebat. Follower blognya telah mencecah kepada 2,213. Manakala google+ followernya pula telah mencecah kepada 1,433 pada waktu saya menaip entri ini jam 1.18 pagi, 20/5/2013. Beliau telah mula berblogging pada tahun 2010. Blognya mudah diloading. Blognya juga berbahasa santai seperti yang tertera di header blognya "Santai dalam hidupku....". Paling best, blognya suka memaparkan gambar makanan yang disantapnya.... Meleleh ayag liog saya melihatnya... Ada juga beliau paparkan resepi. Memang menyeronokkan singgah blog +PakcikLie PCL. Jom singgah ke blog Encik Nazlee. Terima kasih sudi menyertai segmen saya.

Comments