TIPS MUDAH MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN

As salam. 

Sebenarnya, minggu ini saya sudah mula kurang memaparkan entri di dalam blog. Bukan kerana malas tetapi kerana kesibukan menanda kertas soalan peperiksaan muri-murid saya seramai 4ratus lebih (12 bundle). Balik rumah pula, dengan anak-anak lagi. Itu semua bukan ingin dijadikan alasan untuk tidak berblogging yang kini merupakan kerja sambilan saya. Bagi saya, blogging bukanlah perkara yang sia-sia. Banyak manfaat yang saya dapat darinya.

Terlalu banyak perkara ingin saya kongsikan. Macam tidak puas hati jika sehari tanpa entri bermanfaat untuk tatapan rakan blogger samada silent reader ataupun yang rajin memberi komen ke dalam blog yang simple ini.

Berikut adalah tips mudah menanda kertas peperiksaan yang sering saya lakukan :
1. Tanda kertas objektif dahulu bagi semua kelas.
2. Tanda kertas darjah yang rendah dahulu diikuti kelas yang tinggi bagi soalan subjektif.
3. Tanda mukasurat demi mukasurat sehingga selesai bagi semua kertas mengikut kelas yang ditanda.
4. Letak markah siap-siap dihelaian berikutnya supaya tidak susah mengira semula dari awal.
5. Bersabar dan relax... usah rasa terbeban dengan amanah yang diberi.
6. Time rehat, sila berehat.

Jalan-jalan di you tube tengahari ini. Terjumpa video ini. Lucu juga... Selamat menonton



Bila berblogging bukan kerana wang ringgit ataupun meramaikan followers, semua itu akan datang dengan sendirinya. Biar tak hebat mana, biar tak ramai mana tapi, Yakinlah dengan kuasa Allah. Jadikan blogging dan alam maya yang lain untuk kebaikan.

Comments

Popular Posts