Cara Mengatasi Sakit Perut

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera semua. 

Baru-baru ini ada rakan blogger bertanya saya bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut? Puas saya memikirkan apakah yang saya buat ya?

Ha... Ingat dah, bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut yang sering saya lakukan.

Pada kebiasaannya, jika saya mengalami sakit perut, saya akan ambil botol mineral, saya masukkan air panas, balut dengan towel good morning dan tuamkan ke perut saya tu. 
Cara Mengatasi Sakit Perut, Codi Cafe enak, lazat, berkhasiat, memberi tenaga, mengurangkan sakit perut
Codi Cafe, kopi ini jika diminum waktu panas juga dapat mengurangkan sakit perut.
Kemudian saya tidur meniarap. Saya letakkan bantal di bawah perut saya. Ataupun saya sapu minyak Afiat ke atas perut. Akhir sekali saya minum air Yasin.

Kebiasaannya, sakit perut ini berlaku waktu saya akan period (datang bulan) dan mengalami cirit-birit seterusnya diikuti muntah yang teruk. Gastrik juga boleh mendatangkan penyakit sakit perut yang tahap kronik sehingga boleh pengsan dibuatnya.
"Pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengelakkan mengambil pil ponstan secara kerap kerana ia akan mengakibatkan kesan dan sakit lain dikemudian hari". kata rakan blogger saya Cik Pijaz, seorang jururawat.
Tapi jika sakit perut kerana tak makan disebabkan nak berdiet... baik jangan diamalkan ya... Silap-Silap haribulan  boleh dapat gastrik pula. Sarapan pagi dan makan tengahari jangan tinggal... Kerana ia memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. 
"Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi". Utusan Melayu (M) Bhd.
Beginilah cara mengatasi sakit perut yang selalu saya amalkan. Anda ada lagi cara mengatasi sakit perut yang boleh dikongsi dengan saya? Jangan malu jangan segan... Tinggalkan cadangan anda diruangan komen di bawah ya?  Terima kasih... ^__^



2 comments:

  1. kalau sakit perut karena diet itu maag dan menurut saya jangan dipaksakan untuk diet jika sakit karena berbahaya untuk lambung

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER . (Publish on  07/05/2024 11:31. Sambungan  dari artikel  INI ,   INI ,  INI   dan INI ). Ulangan, c...