TAJUK : Syiling 50 sen diperdu pokok
Tarikh : 17/4/2023
Aku dijemput ke sebuah sekolah untuk melakukan pembersihan ruang kantin pengusaha kantin seorang Motivator konsultan dahulunya Tok Batin.
|
Ini antara ajaran sesat didakyah kepada saya. |
Sebelum aku sampai ke kantin, malamnya Tok Batin whatsapp,
Asalamulaikum. Saya kena nyatakan dlm wasap ni. Nanti saya mohon jasa baik Cikgu utk melantik saya menjadi Raja di situ.Agar saya ada 1 kerajaan nanti. Berbincang dgn Atok Atok wali dan Bonda bonda Ratu." Aku diamkan sahaja.
Sampainya aku di kantin sekolah, aku solat zohor dahulu. Usai solat aku melangkah ke kantin.
Aku melihat di kiri ada ruang kepala bahtera kapal lama. Di dalam ruang menyimpan pinggan mangkuk lama tempat upacara semahan kepala babi disalai. Besar kepala babi masih berdarah lagi. Ditengah-tengah pula ruang yang penuh dengan hanyir limpahan darah merata-rata.
Kata Tok Batin,
Staff saya seorang ni dia jahat. Dia memang hendak mematikan perusahaan saya ni". Oh, patutlah bila aku sampai dia tidak senang duduk. Dia terus lari.
Aku minta sediakan sejug air yang aku bacakan beberapa ayat Al-Quran. Ku minta Tok Batin melakukan upacara merenjis keliling kawasan kantin termasuklah bahagian belakang kantin. Aku berjalan di belakang Tok Batin sambil membaca ayat-ayat Quran yang keluar sendiri melalui mengikut ingatanku.
Sampai di belakang kantin bulu roma aku meremang tegak berdiri meretik-retik tanpa aku tahu puncanya.
Belakang kantin ni kawasan larangan. Ada negeri ghaib milik Ayahanda Sultan Selangor terdahulu di sungai belakang ni". Cerita Tok Batin tanpa aku bertanya.
Ah sudah. Patutlah aku meremang bulu roma. Ada yang mendiami di kawasan itu rupanya.
Aku mengarahkan Tok Batin cukup di situ sahaja. Kawasan makhluk ghaib usah di ganggu pesan aku kepada Tok Batin.
Usai solat zohor di bilik kawasan kantin itu, tidak semena-mena satu lembaga tinggi muncul di hadapanku dan tangan aku automatik terangkat merafak sembah. Aku pelik. Adakah aku bermimpi?
Aku maklumkan kepada Tok Batin dan beliau menyatakan itulah penguasa kerajaan ghaib di situ. Alamak. Aku diam sahaja.
Tok Batin tua jemput aku berjalan-jalan di persekitan kantin. Katanya dia akan melantik aku sebagai Pengurus di Kantin itu.
Kami di minta mencari keris di sekitar surau berhampiran kantin. Kami mengelilingi surau, Tok Batin pergi ke setiap penjuru dan ambil batu-batu di setiap penjuru.
Sampai di kawasan tebing bahagian kerusi meja makan kantin, banyak pokok di sekeliling, Tok Batin memanggil aku.
Cikgu nampak tak ni duit syiling 50 sen? Dah lama duit ni ada di sini". Maklum Tok Batin kepada aku sambil menunjukkannya kepada aku. Aku diam.
Kerja pembersihan di kantin selesai. Aku balik terus ke rumah. Malamnya aku maklumkan kepada Tok Batin usah diambil syiling 50 sen itu.
Tidak lama selepas itu, Tok Batin ajak aku mengislamkan makhluk yang mendiami persekitaran kantin yang berasal dari kawasan lain pula.
Asalamulaikum. Mohon bagi tahu Atok Atok pada saudara baru yg diIslamkan semalam.Agar sahabat Baru tersebuat MENHADIAHKAN AL FATIHAN setiap kali bersolat Kepada Cikgu dan diri dan Pada Saya dan Diri saya. Agar diberi kesihatan dan keselamatan dan rezeki yg halal dan diampuni segala dosa dosa serta dirahmati oleh Allah dan diberi Safaat Nabi Muhamaad SAW. Aamiin. Boleh masukkan juga pada keluarga ibu bapa dan apa yg Cikgu nak doakan??????????????? Boleh saya call sekarang ka". Apa punya merepeklah dia ni dalam hati aku berkata saat aku menulis cerpen ini.
Saya penat, hendak berehat. Energy dah habis". Aku jawab ringkas.
Selepas itu Tok Batin kerap diserang makhluk halus, kadangkala tengah malam buta kontak aku minta bantuan halang makhluk halus hendak membunuhnya. Aku pula sering bermimpi pelik-pelik dan wajah-wajah yang menyeramkan menghantui aku. Pernah semasa aku membeli kuih-muih di sebuah warung, aku nampak debu-debu halus berterbangan di sekeliling aku. Hinggalah satu malam ada seorang wanita cantik tetapi tua memperkenalkan dirinya sebagai Bonda Ratu, meminta Tok Batin ambil perdu akar di tepi syiling 50 sen itu dan beberapa peringatan lain lagi yang menyalahi ajaran Islam termasuklah ritual sesi bersiram di sebuah sungai pada waktu malam.
Aku solat hajat minta petunjuk dari Allah jalan kebenaran dan jalan yang lurus. Memang makhluk alam halus tidak nampak zahir hanya jelmaan atau hadir dalam mimpi dan nampak seperti bayang-bayang hanyalah penyesat akidah dan semuanya tidak perlu diikut.
Akhirnya aku putuskan hubungan dengan Tok Batin gila isim sakit jiwa itu setelah Tok Batin mengaku mahu cuba ilmunya ke atas aku. Gila sungguh tidak beradab pekerjaan yang bukan-bukan. Alhamdulillah aku terselamat dari kejahatan makhluk jin dan manusia yang sentiasa memerangkap mangsanya.
|
Gila isim sakit jiwa merepek-repek sahaja.
|
Bersambung...
CERPEN LAIN
Owhh cerpen rupanya
ReplyDeleteAdaptasi kisah benar. Terima kasih sudi berkunjung. Semoga melimpah-ruah rezeki.
Delete