RESEPI MEE GORENG SEMPOI...

Menu pagi ini... Hingga tengahari. Mee goreng je... (Ups...ni menu utk anak2 yg kecik2 tak berpose tu tau...) Kang ada gak yang saman teman... ha3.... Sambil tu, rebus ketupat mini adabi. Esokkan raya... Than nak masak rendang pula.

Bahan-bahannya :-
  1. Bawang putih (3 ulas).
  2. Bawang besar (2/3 biji) / bawang merah (10 biji) - sukati...
  3. Cili kering 10 tangkai (nak pedas, lebihkan le...).
  4. Mee yang sudah dibasuh & ditoskan (beli kat jusco / giant je tapi kalo nak buat sendiri, silakan...he2...).
  5. Fish ball & fish cake (fish cake jgn lupa hiris tau... jgn plak letak sekeping2 tu...fish ball pun sama gak. Than basuh dulu ek...).
  6. Gobis (yang telah dihiris & dibasuh seterusnya, toskan dahulu).
  7. Tomato (dibelah 2).
  8. Sos Tomato.
  9. Kicap (Cap Kipas Udang/yang seangkatan dengannya...)
  10. Gula (hujung sudu je...)

Cara memasaknya :-

  1. Blend No. 1, 2 & 3.
  2. Tumiskan bawang putih & bawang besar.
  3. Masukkan cili kering, tumis sehingga garing.
  4. Masukkan fish ball & fish cake (Gaul hingga sebati dengan sudip. Sila jangan guna tangan nanti melecur plak).
  5. Masukkan sos tomato.
  6. Masukkan Kicap (40 kali tuang je...tak perlu dah masukkan garam).
  7. Masukkan gula.
  8. Masukkan Mee, gaul hingga sebati.
  9. Masukkan gobis, kacau sesekali perlahan supaya tidak hancur mee anda ye.
  10. Akhir sekali masukkan tomato...

Dah siap... Inilah hasilnya... Sempoi...


Ni resepi aii sendiri tau... lain2 resepi jika berminat, boleh le lawat kat laman web ni... selalu try, menjadi... http://www.myresipi.com

2 comments:

  1. mee goreng,..Sedapnya kak ieta,saya kalau mee waktu malam memang selera kak ieta,hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mee goreng...lme saya z buat...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY Akibat dan sebab ajaran sesat diharamkan. Akibat tidak...