PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa, Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan dan bekalan untuk suami tersayang.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya unuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh hairan Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah? Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Diambil dari Buletin "Berita LGMPC Bilangan 1-2012- Laman Lawak Sikit."

Comments

Popular Posts