Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak cili api.
 |
Pucuk Ubi Masak Lemak cili api memang kegemaran kami. |
Sabtu baru ni saya beli Pucuk Ubi di Pasaraya Jusco. Sesikat RM2.00 sahaja. Hari Ahad untuk makan tengahari, suami minta masakkan Pucuk Ubi masak lemak cili api. Dapat seperiuk besar. Memang puas hati makan. Sempoi sahaja resepinya.
Ini merupakan kali pertama saya memasak pucuk ubi. Teruja benar nak masak, tanpa google atau bertanya sesiapa saya bantai masak sahaja. Main agak-agak. Ingat-ingat sahaja cara arwah emak memasak masak lemak pucuk ubi. Ha, itu yang Pucuk Ubi tak berpotong-potong. Masa menyiang bahan-bahan dan membasuh sayur Pucuk ubi ni, memang dalam hati berkata-kata,
"Kena potong pucuk ubi ni..."
Akhirnya terlupa sampai ke sudah. Excited nak memasak punya pasal. Alhamdulillah sedap secukup rasa. heee...
Mari kita lihat bahan-bahan untuk memasak Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api resepi sempoi saya.
Bahan-bahan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api :
 |
Bahan untuk diblender setengah halus : Cili api 13 tangkai, Kunyit hidup sebesar ibu jari x 2, Bawang besar dan Ikan bilis besar atau kecil. |
 |
Seikat Pucuk Ubi beli di pasaraya. Jika ada tanam sendiri lebih bagus. |
Pucuk ubi hendaklah dibasuh kemudian direndam dan toskan atau perah hingga kering airnya ya.
 |
Setengah biji kelapa santan. Keluar dari peti ais ini keras. Jadi rendam dahulu ke dalam air paip. |
 |
Garam 2 setengah sudu teh atau secukup rasa. |
Itu dia 7 bahan asas masak lemak cili api Pucuk Ubi.
Cara memasak Pucuk Ubi masak lemak cili api :
 |
Masukkan Cili api, kunyit hidup dan bawang yang telah dipotong kecil ke dalam blender. |
 |
Masukkan ikan bilis. |
 |
Masukkan air ke dalam balang pengisar dan kisar separuh halus. |
 |
Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. |
 |
Masukkan santan. |
 |
Masukkan pucuk ubi, air dan garam secukup rasa. Kacau perlahan agar bahan semua sebati . |
 |
Akhir sekali tutup periuk dengan api sederhana agar kuah tidak melimpah keluar dalam anggaran 15 minit. |
 |
Tara... Beginilah rupanya... Walaupun ceroi (Cair). Suami saya kata sedap. Eloklah kurangkan lemak dalam masakan. |
Usai masak, adik saya whatsapp...
"Pucuk ubi tu lepas ko rebus, ko toskan airnye atau ko perahkan air tu. Pastu ko potong2. Jadi idakle beso nmpak bila nk mknnye. Hehehe. Mak mertua aku ajo. Lepas perah air tu jgn dcarik2. Senang nk motongnye. Aku baru2 ni wat pucuk ubi gulai tempoyak. Kadang2 pucuk ubi masak lemak aku letak ikan masin. Hehehehe...resepi pucuk ubi yg paling sonang. Tapi pucuk ubi hangin woo..." Kata adik saya yang pakar masak dari saya tu. hehe...
 |
Lauk pula, hanya ikan selar goreng kunyit. Anak-anak 5 orang tu cukup suka dengan ikan goreng. |
Lauk tambahan lain ialah telur dadar. Air pula, Air sirap limau tanpa ais. Jadilah... Maaf, yang ini saya tidak sempat ambil gambar.
Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak cili api ini mudah bukan? Selepas ini bolehlah anda mencuba Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak cili api pula ya? Walaupun simple tetapi masakan kampung memang sedap... Kan?
psss... Blog ini sedang proses kemaskini.