5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul.

5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul.
Bagaimana cara merindui nabi?
Salam Maulidur Rasul. Mengingati Rasulullah SAW dan merindui Baginda... Selalulah kita berselawat kepada Nabi kita, Muhammad SAW. Sumber : Fanpage Lembaga Zakat Selangor.
Apa perlu kita buat sempena menyambut Sambutan Maulidur Rasul?
Mari kita amalkan 5 panduan sempena menyambut Maulidur Rasul di bawah ini supaya sempena Hari Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W lebih bermakna dan mendapat lebih keberkatan.
Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul.
1) Banyakkan berselawat kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W. 
Berselawat tak semestinya semasa berarak sahaja dan tak semestinya semasa program Maulidur Rasul sahaja. Di waktu-waktu santai tak buat apa-apa pun boleh berselawat. Besar pahalanya tau...

Contoh selawat nabi sempena kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W :

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Hadith berselawat.
"Sesungguhnya Orang Yang paling dekat denganku pada Hari Qiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku". Hadith An-Nasai dan Ibnu Hibban. Sumber : WhatsApp dari pelanggan Dunia Niaga ieta Enterprise.
2) Berarak dan berselawatlah dalam keadaan menjaga adab dan aurat juga perilaku.
Berarak sambil berselawat bukan sekadar bersepanduk dan berselawat dengan menjerit dengan bangganya mengelilingi kawasan tertentu tetapi selepas itu, bersukaria bertepuk tampar tak kira jantina. Sila jaga batasan aurat dan budi bahasa kita sebagai manusia Muslim. Perempuan, aurat kita bukan sekadar bertudung tetapi lirikan mata dibiarkan menggoda. Jaga ya.

3) Jaga pergaulan.
Perarakan Maulidur Rasul usah dicemari dengan pergaulan bebas tanpa mengenal batasan mahram. Jaga juga tu ya.

4) Buang sifat-sifat mazmumah.
Hadith kewajipan menutup aib saudara Muslim yang lain.
Sesiapa yang menutup aib saudara Muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat. Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Antara sifat mazmumah ialah mengumpat a.k.a bergosip. Dah berkumpul pasti ada terpandang kan, kejelikan orang lain? Diam... Istighfar banyak-banyak. Cuba kikis  perasaan nak mengata orang lain.


5) Bantulah mereka yang memerlukan
Itu lebih baik dari membiarkan jiran di sebelah rumah kelaparan sedangkan kita asyik berselawat dan berkumpul demi meraih kejohanan sepanduk hebat, demi meraih kemenangan kumpulan mana berselawat terhebat dan sebagainya lagi.

Moga 5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul ini bermanfaat buat kita semua. Peringatan juga buat diri saya. Renung-renungkan dan selamat beramal. Maaf Zahir dan Batin... ^__^
Bingkisan hati nurani.
Jika kita berbuat baik, In Shaa Allah akan Allah hadirkan insan² yang baik juga untuk kita. Pelangi itu tidak selalunya indah dan tak secerah meganya karma cakerawala.... Instagram Blogger ieta Mat Sa'ad.
Nota : Kenapa saya kurang blogwalking? Saya blogwalking hanya dari fon yang selalu hang. Bila hang, jadi lembap loading segala. Saya hanya mampu taip dari fon kala lapang dan auto share sahaja. PC masih rosak.
Kenapa saya kurang komen dalam entri blog saya? Seperti sebab di atas dan saya berblogging secara sambilan sahaja. Masa saya lebih kepada kerjaya utama saya sebagai guru. 
Saya juga berniaga. Jadi tumpuan saya lebih kepada kerjaya dan perniagaan sambilan saya. Keutamaan saya yang utama adalah keluarga saya. 
Selamat menyambut Maulidur Rasul. Selamat bercuti semua. Maaf yang singgah blog belum dapat saya berkunjung semula... 
Terima kasih sudi membaca, menimba ilmu atau pengalaman dan sedikit perkongsian dari saya di blog Kisah Cikgu ieta ni. Saya tak hebat mana. Allah lebih hebat.

5 langkah mudah pasang kepala tong gas.

5 langkah mudah pasang kepala tong gas.
Pengalaman hidup, Kisah Cikgu ieta, Panduan, Tong Gas, 5 langkah mudah pasang kepala tong gas, 5 langkah mudah pasang kepala tong Gas Petronas, Bila suami out station, Tak reti pasang kepala tong gas!, cara memasang kepala tong gas, tong gas, tong gas petronas, pasang kepala tong gas, cara pasang kepala tong gas, cara pasang kepala tong gas petronas
Ni namanya tombol kepala tong gas. Tak tahu pasang, alamatla tak memasak... Jadi, kena tahu pasang ya...
Bila suami out station.
Bila suami out station maka haruslah isteri menjadi super dupper ibu dan ketua keluarga. Kekuatan perlu ada. Segalanya perlu cekap.

Hari pertama, baru je jam 4 pagi hantar suami ke ofisnya sebelum beliau bertolak menaiki kapal terbang urusan lawatan kerja ke luar negara, saya dah demam. Huh! Manja... hehe...

Tak reti pasang kepala tong gas!
Sedang asyik menggoreng ikan bawal, api tiba-tiba padam.
Alamak... Gas habis!. Huh! Menyesal tak tengok betul² suami pasang hari tu". Ngumam saya. 
Padahnya bila suami pasang kepala tong gas, isteri buat kerja lain. Ha... kan dah gabra... Puas search kat google... Tak gak menjadi. Puas tanya ahli grup whatsapp ieta Info Line milik saya, tak gak menjadi... Lawak sungguh petang tadi.

Akhirnya, tup² encik suami tercinta telefon. Fuhh lega. Dia pun ajar la... Cuba lagi kali ke 5. Tapi tak juga jadi. Saya pun belek²lah kepala tombol gas tu. Belek punya belek punya belek, ternampak satu punat. Saje tekan². Dan akhirnya, percubaan ke 6 kalinya, maka berhasillah. Yippi.... Siap pasang kepala tong gas Petronas! Senang je rupanya... Ha, meh nak perturunkan ilmu cara memasang kepala tong gas khusus buat yang tak tahu.

5 langkah mudah pasang kepala tong Gas Petronas.
Langkah mudah pasang kepala tong gas.
Jangan lupa cabut dulu penutup berwarna hijau ni ya...
Tombol kepala tong gas Petronas
Ikut je step di bawah ni ya. Mudah je.
1) Cabut dulu tau penutup tong gas berwarna hijau tu.
2) Tekan dengan tapak tangan tombol kepala penutup tong gas ni.
3) Tekan serentak punat di antara tengah² tombol tu.
4) Putarkan ke kanan dan terus ke bawah picu berwarna hitam tu untuk lock kepala tombol.
5) Pastikan Temperature berputar secara automatik ke kanan.

Ha, baru betul begitu cara pasang kepala gas. Siap pun. Mudah je kan? Lepas ni jika tengah masak, gas habis je dah boleh pasang kepala tong gas dengan yakinnya kan? Selamat mencuba 5 langkah mudah pasang kepala tong gas.

Kawan laman maya saya ahli perniagaan

Kawan laman maya saya ahli perniagaan.
Kawan lama je bukan kekasih ya.
Macam-macam gambar tentang kawan lama ada di google.
Pengalaman sebagai Pembantu Pentadbiran merangkap Pembantu Peribadi.
Saya adalah seorang Pembantu Pentadbiran merangkap Personal Assistant majikan saya  di sebuah syarikat Swasta untuk branch Raja Prepaid yang saya seliakan. Jawatan saya ini menyebabkan saya perlu selalu mencari pelanggan syarikat melalui laman maya Internet.

Mengenali seorang ahli perniagaan.
Melalui Yahoo Messenger, saya mengenali Mr. T (bukan nama sebenar) seorang ahli perniagaan dan bekas NAVY. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon sebuah parti politik tersohor satu ketika dahulu. Tujuan saya adalah untuk deal bisnis Toll Free dengan Syarikat Bright Profit Sdn. Bhd. dari Sabah. Setiap hari Mr. T akan menalifon saya. Kami berbual hal bisnis dan apa yang saya gemar, Mr. T suka berikan teka-teki. Secara tidak langsung membuatkan otak saya ni ligat memikirkan jawapannya. Suami saya tempat rujukan utama saya tau bila saya buntu. Ha, kelakar je rasa.

Maklum kepada suami memudahkan urusan.
Tabiat saya, apa sahaja urusan saya dengan pelanggan atau rakan niaga akan saya maklumkan kepada suami. Tak selesa rasa jika sebarang urusan berkaitan kerjaya bisnis tanpa pengetahuan suami tercinta. Segalanya saya ceritakan pada suami. Seringkali Mr. T berkirim salam kepada suami saya. Isteri Mr. T pun ramah berbincang dengan saya semasa saya mengajukan proposal sebuah projek syarikat ditalian telefon. Walau di alam maya, kami akrab berurusan hal bisnis.

Pelaburan RM1K tak jadi mengundang masalah.
Satu hari, Mr. T hampir melaburkan RM1k kepada syarikat untuk projek yang saya perolehi. Berkali-kali saya menghubungi Mr. T bagi memastikan benar atau tidak pelaburan itu. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya,
Ya, betul. Ni saya dikelilingi guard bersenjata ni nak bank in. Tapi problem... Tak tahulah apa masalah ni ha...
Jangan menipu lagi!.
Entah apa masalah, beliau menyepi terus tanpa sebarang berita. Akhirnya majikan bertanya kepada saya,
Awak nak saya buat apa? Sakit hati kan?
Ya lah Puan... Geram ni". Kata saya.
Nak saya beritahu Datuk, sita harta dia?". Ujar majikan saya.
Buat je lah apa pun asalkan dia diajar jangan menipu lagi!" Kata saya". Kata saya lagi.
Betul ni awak? Tanya majikan saya nakkan kepastian.
Betullah Puan... Ajar dia sikit. Kata saya.
Tanpa berfikir panjang dan kerana marah ditipu saya menganggukkan kepala dengan penuh rasa kecewa.

Hikmah di sebalik kejadian.
Namun, ada hikmahlah agaknya wang itu tidak jadi masuk ke akaun syarikat ketika itu. Sementelahan pula, selepas kejadian ini, majikan saya ni tidak membayar gaji dan claim saya. Sebaliknya menipu pula beberapa peralatan pejabat yang sahabat saya berikan kepada saya atas dasar kepercayaan di samping beliau rakan niaga saya. Saya ada tanyakan kepada pihak polis berkaitan penipuan ini, polis kata tidak boleh dijadikan kes kerana tiada hitam putih saya pernah bekerja di syarikat itu. Manakan tidak, Offer Letter saya minta, sampai ke sudah saya berhenti tidak diberikan kepada saya. Jadi, report pun tiada gunanya.
4 sebab kenapa kawan lama hubungi balik.
Kebanyakan memang begitu. Dah mengalaminya juga. (Sumber google).
Berhubung kembali.
Berbalik kepada tajuk. Tak tahulah apa mimpi, tiba-tiba kawan lama saya ni mesej semula dengan teka-tekinya. Ada satu hari Sabtu tu, dia kontak saya dan bercakap pelbagai topik agama. Hati saya berkata takpelah, dah berubah dah kot. Jadi saya hanya mendengar dia bercerita. Menurut Mr. T, hartanya telah disita disebabkan arahan pihak atasan. Sebab itu dia merempat ke Malaysia di Klang. Beberapa kali kami merancang untuk berjumpa atas urusan bianis tapi tak pernah pun dapat bersua.

Bertemu kembali di laman muka buku.
Akhirnya saya berjumpa Mr. T di laman sosial facebook yang mana di facebook, ada juga kenalan saya adalah rakan sekuliah yang juga rakan Mr. T. Tidak tahu apa yang rakan sekuliah saya perkatakan tentang saya, akhirnya kami terputus hubungan begitu sahaja. Tak kisahlah, saya berfikiran positif. Jika seseorang itu tidak sesuai dan mungkin memudharatkan saya maka, Allah akan menjauhkan saya dan orang itu melalui pelbagai cara. Pasti ada sebab dan hikmah kenapa jadi macam tu.

Nasihat berguna dalam dunia perniagaan.
Antara nasihat Mr. T yang sentiasa saya pegang dalam menyusuri arus kehidupan dan perniagaan juga kerjaya saya ialah,
Bukan senang nak senang dan tak susah nak susah.
Biar jatuh perigi jangan jatuh pokok kelapa.
Begitulah sebahagian pengalaman saya dalam dunia kerjaya bahagian perniagaan. Anda pernah putus kawan? Apa anda lakukan? 

RESEPI KUIH SERI AYU KUIH TRADISIONAL MELAYU

RESEPI KUIH SERI AYU
Kuih Seri Ayu kuih tradisional Melayu
Kredit gambar dan resepi kepada Pn. Salmiah Saad.
Nak tahu? Dulu masa saya di sekolah Pondok, saya pernah belajar buat Kuih Seri Ayu ni. Saya juga ada belajar buat baju kurung, baju kebaya dan jubah lelaki. Tpi dah lama tinggal... lupa la. Rugi rasa. Ni tiba-tiba pula Pn. Salmiah Saad whatsapp resepi kuih Ser Ayu. Ha apa lagi, terus je saya share ke instagram.

Kuih Seri Ayu ni, salah satu daripada kuih-muih tradisional tau. Kalau kena cara membuatnya Masyaa Allah... Lembut, gebu dan sedap... Kalau tak kena gayanya, jadi keras. Siapa tak ada gigi, jenuhla nak makan... hehe..
Kuih Seri Ayu
Kuih Seri Ayu memang sedap jika kena cara memasaknya.
Bahan-bahan Kuih Seri Ayu ni mudah sahaja tau. Nak buatnya pun mudah. Nak dengan tak nak je. Tak membuang masa lagi, meh baca apa bahan dan bagaimana memasak Kuih Seri Ayu ni.

Bahan-bahan Kuih Seri Ayu (Untuk 25 ke 30 biji).
  1. 2 biji telur 
  2. 1 cawan gula 
  3. 2 cawan tepung gandum 
  4. 1 cawan santan 
  5. 1 sudu kecil ovellete 
  6. 1 sudu kecil perisa pandan 
  7. Pewarna hijau 
  8. Kelapa parut (putih) campur dengan sedikit tepung jagung dan garam.

Nota : Boleh juga ganti tepung gandum kepada tepung ubi.

5 langkah mudah memasak Kuih Seri Ayu.
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati.
  3. Isikan separuh  kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 15 minit.
  4. Setelah 10 minit, buka penutup pengukus dan lapkan penutup pengukus supaya air wap tidak menitik ke permukaan kuih .
  5. Kukus lagi 5 minit dan  lapkan wap air pada penutup pengukus.

Nota : Tak buka penutup pun tak mengapa.

Selamat mencuba Resepi Kuih Seri Ayu ni tau.

Jemput follow dan like Instagram kisahcikguieta dan instagram blogshop dunianiagaietaenterprise. Terima kasih ya ^__^

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...