Pembaca dari negara manakah yang melawat blog Kisah Cikgu ieta?

Pembaca dari negara manakah yang melawat blog Kisah Cikgu ieta?

Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta
Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta
Assalamu'alaikum. Salam Ramadhan. Carta di atas adalah Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta minggu ini bermula dari 21/6/2016 sehingga 28/6/2016. Nampaknya sudah tentulah dari negara Malaysia menduduki senarai teramai. Terima kasih semua pembaca dari Malaysia. Juga Terima kasih buat pembaca-pembaca dari negara Russia, United States, Indonesia, Ukraine, Singapore, Germany, Brunei, Namibia dan China yang sudi singgah ke Blog Kisah Cikgu ieta ni.

Sebenarnya saya hairan dan rasa seriau juga melihatkan negara lain ke blog ini tau. Apa yang dicari... Tertanya-tanya pula saya. Singgah atau tersinggah agaknya. Kan?

RASA GIAN MENULIS YANG TERTAHAN.
Dalam hati ada taman saya ni kan, serius! Hari-hari nak menulis dalam blog kesayangan saya yang sudah banyak berjasa kepada saya ni. Namun, tanggungjawab hakiki sebagai Isteri, Ibu kepada 5 orang anak dan Guru perlu saya utamakan. Memandangkan saya merupakan Penjawat Awam 24 jam, maka kerjaya Blogger dan berniaga hanya kerjaya sambilan saya sahaja. Ni dah gian sangatlah ni... Siap satu entri. Dalam masa tidak sampai 2 jam. Tetapi sentiasa dikemaskini. Idea datang mencurah-curah pula kali ini.
Jom melawat blog Kisah Cikgu ieta
Minggu ni siapkan Buku Rekod peperiksaan murid-murid. Pagi 12 orang murid. Petang 42 orang murid kelas saya. Setakat ini, sesi pagi dah siap. Sekarang masih menyiapkan baki sesi petang.
ARTIKEL DERAF DAN TIPS MENULIS.
Artikel dalam deraf saya setakat ini telah mencecah ke 602 artikel termasuk 2 artikel berbayar. Bukan mudah ya jika penulisan berbayar dan dibayar. Menulis perlu dari jiwa, suasana yang tenang dan saya perlu pastikan artikel itu akan berada di ruang muka hadapan enjin carian google.

Setakat ini saya hanya sempat re-post artikel lama yang saya edit dahulu dan saya siarkan bergantung pada masa singkat yang ada.

SEDEKAH DAN RAMADHAN.
Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit renungan berkaitan sedekah dan Ramadhan.
  1. Bersedekah tidak akan mengurangkan malah akan bertambah berganda dari yang disedekahkan. Maka bersedekahlah wahai peniaga dan manusia semua. Berzakatlah wahai yang mampu. ~ Dunia Niaga ieta Enterprise ~
  2. Jom hidupkan Ramadhan berbaki lagi beberapa hari sahaja lagi. Jom MeNgaji. Jom bertarawih. Jom berwitir. Jom³... Jom hidupkan malam ini dengan Qiamullail... Jom... Isi malam ini dengan ibadah... Jom...
  3. Moga Ramadhan kali ini anda dan saya beroleh keberkatan berpanjangan selain dari menahan lapar dan dahaga sahaja.

Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta ini saya rujuk dari dashboard Blog ini. Anda bagaimana pula? Ada tetamu yang hadir ke rumah atau blog anda? Mari kongsikan kegembiraan anda dengan saya...

Hingga berjumpa lagi di lain waktu. Salam sayang dari saya untuk anda, pembaca blog Kisah Cikgu ieta yang budiman. Terima kasih menyokong saya di mana sahaja ^__^

IKLAN
  1. Masalah slip disc, sakit pinggang, sakit lutut, arthritis @ kaki bermasalah? Medshoe, kasut kesihatan trendy masa kini mampu merawatnya.
  2. KOpi Malaysia sedap berkhasiat nyata lemak berkrim diisukai ramai...
  3. Jam Smart Cun ADA DI SINI

Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?

Assalamu'alaikum. Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi, suka saya berkongsi dengan anda semua secebis  ilmu dari perbincangan di whatsapp group ieta info online berkaitan "Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?".

Puasa, AGAMA, TAZKIRAH, whatsapp group ieta info online, Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?, Islam itu mudah, membaca 4 muka surat selepas setiap solat dalam Ramadan, Ramadhan, cara baca quran di bulan Ramadhan, untuk melengkapkan Al-Quran dua kali, baca 4 muka surat sebelum dan selepas setiap solat, bertadarrus, bertadarrus berkumpulan, berjemaah, mengeratkan silaturrahmi antara sesama kakitangan, jiran ataupun ahli kariah masjid, betul-membetuli tajwid bacaan Al-Quran, Blog ieta
Yang uzur syar'ie tu, Nak beli boleh... Tapi hormat sikit ya... Jangan makan di khalayak umum tau...
Puasa, AGAMA, TAZKIRAH, whatsapp group ieta info online, Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?, Islam itu mudah, membaca 4 muka surat selepas setiap solat dalam Ramadan, Ramadhan, cara baca quran di bulan Ramadhan, untuk melengkapkan Al-Quran dua kali, baca 4 muka surat sebelum dan selepas setiap solat, bertadarrus, bertadarrus berkumpulan, berjemaah, mengeratkan silaturrahmi antara sesama kakitangan, jiran ataupun ahli kariah masjid, betul-membetuli tajwid bacaan Al-Quran, Blog ieta
Hormatilah Ramadhan... ^__^

Tahukah anda Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan? Al-Quran mempunyai 600 muka surat lebih kurang... Jika anda membahagikan pada 30 hari, itu bermakna 20 muka Mungkin itu sukar bagi anda. Mengapa perlu melihat yang sukar untuk berbuat baik? Cuba anda bahagikan ia kepada 5 solat sehari, ia akan menjadi lebih mudah.... Islam itu mudah... Puasa pun mudah nak beramal sebenarnya...

Bagaimana ya... Begini...

1) Jika anda membaca 4 muka surat selepas setiap solat dalam Ramadhan, maka anda telah menyelesaikan membaca al-Quran bersendirian.

2) Jika anda mahu untuk melengkapkan Al-Quran dua kali, anda hanya perlu membaca 4 muka surat sebelum dan selepas setiap solat.

Jom bina semula energy anda dengan Garam Shiffa sepanjang Ramadhan ini.

3) Cuba ikut Jadual Bacaan Al-Quran Khatam Bulan Ramadhan berikut :

Puasa, AGAMA, TAZKIRAH, whatsapp group ieta info online, Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?, Islam itu mudah, AlQuran, http://www.blogieta.com/2014/06/bagaimana-untuk-melengkapkan-quran-di.html, membaca 4 muka surat selepas setiap solat dalam Ramadan, cara baca quran di bulan Ramadhan, untuk melengkapkan Al-Quran dua kali, baca 4 muka surat sebelum dan selepas setiap solat, bertadarrus, bertadarrus berkumpulan, berjemaah, mengeratkan silaturrahmi antara sesama kakitangan, jiran ataupun ahli kariah masjid, betul-membetuli tajwid bacaan Al-Quran, Blog ieta, Tips Ramadhan, Tips mengaji di bulan Ramadhan, Tips baca Al-Quran, Tips baca Al-Quran di bulan Ramadhan, Tips bulan puasa, Jadual Bacaan Al-Quran Khatam Bulan Ramadhan
Jadual Bacaan Al-Quran Khatam Bulan Ramadhan (Dr. Abu Anas Madani)

Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan? Itu semua terpulanglah kepada cara dan kehendak diri sendiri. Yang boleh bertadarrus secara berkumpulan (berjemaah) di tempat kerja, surau ataupun kumpulan usrah, lagi bertuah. Disamping mengeratkan silaturrahmi antara sesama kakitangan, jiran ataupun ahli kariah masjid, boleh sama-sama memperbetulkan bacaan tajwid Al-Quran sendiri dan rakan-rakan yang lain. Mari bersama melengkapkan bacaan Al-Quran kita di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma nanti. Anda ada lagi cara bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan? Jom kongsikan dengan saya... ^__^

Puasa, AGAMA, TAZKIRAH, whatsapp group ieta info online, Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?, Islam itu mudah, membaca 4 muka surat selepas setiap solat dalam Ramadan, cara baca quran di bulan Ramadhan, untuk melengkapkan Al-Quran dua kali, baca 4 muka surat sebelum dan selepas setiap solat, bertadarrus, bertadarrus berkumpulan, berjemaah, mengeratkan silaturrahmi antara sesama kakitangan, jiran ataupun ahli kariah masjid, betul-membetuli tajwid bacaan Al-Quran, Blog ieta

Tarikh artikel : 24/6/2014.

https://t.me/SocialMediaExpertCoach/1363


Marhaban Ya Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على سيدنا محمّد رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين 
  

"Marhaban Ya Ramadhan"... Selamat datang wahai Ramadhan... Lain benar kali ini, saya rasa amat gembira bertemu dengan Ramadhan yang amat saya nanti-nantikan.

Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata?

Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata?
Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks?
Gambar Ehsan Google.
Susah juga saya nak menjawab soalan dikemukakan kepada saya beberapa tahun lepas ini. Terkebetulan saya ada menerima e-mail berkaitan isu seks ini. Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda dari email yang saya dapat. Juga sebagai menjawab persoalan yang saya terima dari e-mail saya, Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata?

Walaupun tajuk ini agak keterlaluan untuk diketengahkan, pada saya ia sebenarnya amat penting dan perlu diperjelaskan untuk pengetahuan am bersama juga sebagai panduan buat mereka yang bakal mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah berumahtangga. Sila baca dengan minda yang terbuka.

Kenapa ramai wanita hari ini tidak mahu berkahwin?
Sebenarnya, tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lelaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga. Untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

Saya juga antara mereka yang lewat berumahtangga. Umur 29 tahun barulah saya berjumpa jodoh saya. Bukan sebab tidak mahu berkahwin. Tetapi susahnya mencari lelaki yang benar-benar dikehendaki menurut kehendak Islam.
Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks?
Apa yang saya kongsi, pasti ada sebabnya. Baca dari mata hati. Buang perspektif negatif. Bukan nak riak atau merasa hebat. Cuma pesan emak Acik, blogger Aku Penghibur itu, boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan rumahtangga bahagia. Ingat, berumahtangga bukan kerana seks semata.
Nafkah Batin Bukan Hanya Keperluan Seks.
Merujuk pertanyaan pada tajuk, kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir (seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi S.A.W telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud :"
Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Nafkah Batin menurut perspektif Islam.
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud :
"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya. "

Tanggungjawab Suami.
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu Fardhu Ain iaitu Tauhid, Fekah dan Tasauf. Tujuan mempelajari ilmu Tauhid supaya Aqidah mereka bertepatan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Tujuan mengajar dan mempelajari ilmu-ilmu Fardhu 'Ain.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmanNYA yang bermaksud :

Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Ajar Adab dan Akhlak.
Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama
Beruk punya anak".
Maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.

Ajar isteri bersabar.
Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Kesan Nafkah Batin, ajaran suami terhadap isteri.
Selain memenuhi tuntutan kewajiban layanan seks, isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata :
Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran. Moga terjawab sudah persoalan sebahagian pembaca saya, berkaitan Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata? Apa pendapat anda pula ya?

Artikel berkaitan :
  1. Tips menangani anak-anak.
  2. Menutup Aurat bukan sekadar bertudung.
  3. Berblogging perlu izin Suami?
  4. Faktor keluarga bahagia menurut Islam.
****************************
Ingin mengikuti perkembangan Kisah Cikgu ieta dengan lebih mudah selain dari membaca di blog ini? Boleh follow laman sosial saya seperti di bawah...
Instagram : Kisah Cikgu ieta
Twitter : Kisah Cikgu ieta
Google+ : Kisah Cikgu ieta
Fanpage : Kisah Cikgu ieta

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...