Bagus email tentang
10 AMALAN YANG TERBALIK ni. Mungkin boleh dikongsi bersama. Email ini saya dapat daripada sepupu saya yang berada di Singapura pada 21/8/2009. Waktu itu.... saya belum kenal fb, instagram dan pelbagai lagi
laman sosial yang lain.
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih merasa bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Sebenarnya... kebanyakan dari kita cukup
teruja untuk menyebarkankan sms, whatsapp atau emel perkara-perkara yang berbentuk gossip artis dan apa sahaja yang mengaibkan kepada umum. Malah kebanyakkan sms, whatsapp ataupun emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah orang lain. Penyebaran yang memberikan kesan positif jarang sekali kita dapat tatap sebaliknya yang negatif sangat mudah tersebar.
Sebagai contoh, lihat sahaja contoh
cikgu menerima mesej lucah dari muridnya yang tersebar di pelbagai
fanpage dan laman-laman sosial. Tidak terfikirkah kalian yang menyebarkannya itu telah sama memnjatuhkan kredebiliti guru-guru? Sekaligus menjatuhkan maruah pihak berkaitan langsung menghilangkan rasa hormat kepada guru dan menimbulkan tanggapan buruk terhadap murid yang berkenaan. Mudah sungguh... Semua itu adalah demi menaikkan
rangking laman-laman sosial mereka semata-mata tanpa mengira halal haram dan dosa menyebarkan keaiban sesama manusia.
Cukuplah dengan contoh-contoh
10 AMALAN YANG TERBALIK di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Mudahan-mudahan di kalangan kita yang pernah melakukan
10 AMALAN YANG TERBALIK ini dapat mengubahnya ke arah yang lebih positif. Aamiin... Ya Rabbal 'Alamiin...
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari).
jom sama sama kita terbalik kan semula
ReplyDeleteJom2.. ^__^
Deleteterlalu mengikut tradisi mungkin..
ReplyDeleteTradisi yg menjadi amalan ^__^
DeletePerkongsian yang menarik. :)
ReplyDeleteMoga bermanfaat ua Barniyah ^__^
DeleteBiasakan yg betul dan betulkan yg biasa...
ReplyDeleteInsyaa Allah. Sama2 kita ya Maria ^__^
Deleteapabila sudah jadi kebiasaan...agak sukar nak diubah nanti..ini sudah jadi tradisi kot
ReplyDeletetu lh tu. mmg sudah Kucha Lana. Tp kita cuba je la yg trmampu ^__^
Deletesemoga kita mampu ikut yang betul bukan yang terbalik....
ReplyDeleteinsyaa Allah Nini ^__^
Deletedah jadi trend orang kita semua nak dahulukan yang terbalik dari yang terbaik.
ReplyDeleteMoga dapatdiubahkan kan Ikhwan? :)
Deletetq for sharing...
ReplyDeleteSama2 Angah ^__^
DeleteTerima kasih kak ieta,artikel ini benar benar bermanfaat,perlu share benda macam ni supaya kita boleh sama sama lakukan apa yg sebetul betulnya,kak ieta nk share ya artikel ni..thanks kak ieta..
ReplyDeletesilakan eyfa :)
Deletesetuju dengan kak ieta. dalam tak sedarkan. terima kasih dengan perkongsian ini kak ieta. kak ieta, kalau fyna nak share kat blogfyna boleh? backlink untuk blog kak ieta. hehehe..
ReplyDeletesama2 Fyna. Yang bermanfaat, silakan :)
DeleteTerima kasih perkongsian yg bagus ini.. cuba ubah mentaliti sendiri selepas ini.. :)
ReplyDeletesama2 kita saling ingat mengingati Deq Noor ^__^
Deletelepas ni kite terbalikkan die pulak
ReplyDeleteKembali kepada ajran sunnah..kita mampu mengubahnya
ReplyDeleteSalam singgah dan follow sini :)
ReplyDelete