Kemarahan meletus juga akhirnya

Kemarahan meletus juga akhirnya.

Memang
Nak marah tapi kena sabar
Nak marah tapi kena sabar.

Tapi dah marah dah pun. 🤭

Appointment buat semalam.
8;45 pagi saya sudah sampai.
Jam 11:03 am baru maklumkan 
"Tidak boleh buat servis aircond"? 



Apa yang korang buat berapa jam tak siap lagi ni? Buang masa saya tunggu lama di sini. Mana manager?" Beta tanya.

Manager dah keluar" melilau pomen mencari, itu akhirnya dijawabnya.

Tak boleh pukul orang, tampar dinding sahajalah.  Terlepas tinggi juga suara marah. Bila jenis tak pandai marah. Menggigil oi. Air mata meleleh dah. Ambil kunci tak mahu dengar sebarang alasan terus blah. Baru sahaja puji sebelum Raya hari tu. Siapalah manager Perodua AU5 ni? Staffnya Ya Allah. 👎 Bad service. Terkial-kial. 


Kau duduk sahaja di depan meja. Tidak berbuat apa-apa. Masa itulah baru kalut pegang handphone buat-buat hendak call siapa entahlah. 

Dalam keadaan pegang tongkat kaki masih injured. Syukurlah tidak melayang tongkat kepada sesiapa. Saya ni memang benci marah-marah. Ada yang pesan, marah tu pun iblis juga. Tapi kalau sudah menunggu lama akhirnya kerja tidak juga siap menyirap juga darah ni lah. Sudahlah injured berkejar hendak ambil anak-anak sekolah. Harapkan aircond diservis, tidak diservis. Lambat pula maklumkan. Haish. Sia-sia belaka masa terbuang begitu sahaja. 

Bercakap itu mudah,
Bila cuba kawal marah;
Uish memang payah jugalah,
Memang tidak akan pergi situ lagilah.

🤣🤣🤣 
Babi lalu melintang patah
Kahkahkahkah

Sabar kak sabar kak". Kata seorang tua.

Memang saya mengamuk betul masa tu. Peduli apa semua orang yang ada. Melampau sungguh. Manager tiada. Tidak, memang saya suruh pecat staff itu immediately. Lalai. Kesilapan berbeza. Tapi ini sudah kali ke dua staff yang sama tu careless.


Begitulah kisah bila kemarahan meletus juga akhirnya. Memang dah tak sabar banyak-banyak dah. Jangan main-main dengan amukan beta. 

11/5/2022, 12:04 tengahari (Masjid). BlogiEta.comPenulis Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
  • Suri rumah Sepenuh Masa multi tasking person, isi masa lapang sambilan sebagai penulis Lifestyle Blogger, Marketer dan Social Media Marketing Coach 
  • Lulusan Pondok 4 Thanawi, 
  • Institute of Information Technology Cosmopoint (KLMU) 
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space.
  • Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di tahun 2016. Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah tanpa suntikan steroid tanpa pembedahan.
  • Anti ajaran sesat (sihir, syirik, khurafat) doktor perawat Guru Silat Seni Gayong Makrifat, Guru Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, Coach pengamal silat selimpang merah, tenaga pengajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya kurang ajar, tenaga pengajar Silat 7 Langkah kurang ajar dan gang gila isim paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream (PDRM maklumkan mereka ini psikik dan scammer penunggang agama).



Featured Post

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY Akibat dan sebab ajaran sesat diharamkan. Akibat tidak...