- Kebocoran maklumat peribadi (database) dari dalaman adalah perkara tidak beradab tidak beretika.
- Kebocoran maklumat ini wajib ditangani pihak sekolah dengan cara bijaksana. Saya pernah bertanya seorang Guru
- kenapa kongsikan perkara berkaitan database ni?"
- Saya hanya share sahaja". Guru itu menjawab.
- Sikap tidak cakna buat kerja sambil lewa begini amat merbahayakan nyawa pelajar.
- Ramai Guru sebenarnya bukan sahaja tidak cakna tetapi tidak faham apa itu database dan ramai juga rupanya kalangan ibu bapa tidak cakna berkaitan maklumat peribadi hanyalah untuk kegunaan sekolah sahaja tidak boleh dan menyalahi undang-undang jika berlaku penyelewengan maklumat peribadi pelajar.
- Mereka tidak faham perkara ini adalah di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Suruhanjaya Komunikasi Negara. Aish. Tidakkah boleh berfikir? Butakah mata pekakkah telinga di media massa banyak sudah dikhabarkan dan ceritanya sudah meluas tersebar?
- Sebagai ibu bapa, bila disuarakan. Ada sahaja yang membangkang kerana mereka tidak faham. Guru sendiri membangkang pun ada. Sebab yang membangkang biasanya tidak faham apa itu database dan ada akta keselamatan maklumat peribadi.
- Guru tidak benarkan bersuara di dalam kumpulan whatsapp kononnya bukan untuk didebat dalam kumpulan yang ada anak-anak. Jadi logiknya atas alasan apa tidak dibenarkan bersuara jika ibu-bapa tidak dapat hadir ke mesyuarat atas masalah kesihatan yang sudah dimaklumkan? Kenapa perlu wujudkan kumpulan whatsapp sekolah jika ibu bapa tidak boleh bersuara di dalam kumpulan? Lihat sahaja? Jadi tukang kipas dan yes mem? Sekurang-kurangnya berterima kasih ada yang disampaikan. Ambil cakna, fikirkan dosa dan marabahaya pada pelajar itu anak kita.
- Jangan kita, mengaku sahaja berbangsa Melayu dalam IC statusnya Islam tetapi sanggup menjadi talibarut pecah amanah dengan kerja harom menjual atau berkompromi sebar maklumat peribadi pelajar yang ada. Ini bukanlah tuduhan. Ini adalah makluman. Supaya boleh kalian berfikir dan sampaikan kepada pihak atasan perkara kebocoran maklumat ini maka boleh buat siasatan pihak keselamatan juga.
- Pengetua yang bijak apabila menerima aduan perlu bertindak bijak dengan berhemmah. Bukan menuding jari kepada pengadu. Membela dan menuduh melulu pengadu menuduh melulu tanpa menyiasat terlebih dahulu.
- Apabila tidak tahu undang-undang dan akta maka privasi maklumat peribadi, mudahlah menuding jari salahkan ibu bapa. Menunjukkan kedangkalan tidak professional berfikirnya. Bila guru tiada adabnya bagaimanalah pelajarnya beradab kepadanya? Bila pelajar biadap tahu marah pula.
- Hari-hari dapat whatsapp dan mesej siapa tidak stresskan? Ini sudah mengundang kemarahan sesiapa sahaja. Mengganggu privasi sebenarnya.
Ha kan? Sudah dimasukkan ke akhbar Utusan Malaysia sabtu, 25/6/2022. Kes serius. Hari-hari dapat mesej dan whatsapp. Saya pun geram. |
Dalam satu taklimat media mengenai data peribadi di sini hari ini, beliau menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menyertai pelbagai kumpulan WhatsApp yang tidak berfaedah bagi mengelak berlaku perkongsian nombor telefon tanpa disedari.
"Kadang-kadang kita tidak kenal semua ahli kumpulan. Tanpa kita sedari, ada di antara ahli kumpulan secara diam-diam kongsi nombor telefon kita dengan orang lain.
"Apabila semua nombor telefon dalam kumpulan itu telah dikongsi dengan 'scammer' atau agensi telepemasaran, mereka akan tinggalkan kumpulan WhatsApp dan sertai kumpulan lain pula," katanya taktik berkenaan memudahkan sindiket penipuan atau telepemasaran memiliki nombor telefon secara mudah.
Menurut Kaji Selidik Pengguna Internet 2020 yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), katanya 98.7 peratus rakyat negara ini memilih aplikasi WhatsApp sebagai medium komunikasi utama.
"Jumlah ini tinggi, kalau semua nombor telefon ini dikongsi dengan mudah, maka ramai rakyat kita terdedah dengan jenayah penipuan," katanya.
Mazmalek dalam pada itu berkata, pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini dan ia kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara.
Namun, katanya terpulang kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk tarikh yang sesuai untuk dibentangkan pindaan itu di Parlimen.
Pada 12 Februari 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dilaporkan sudah menjalankan rundingan awam berhubung cadangan pindaan Akta 709 bagi memperkasa perlindungan data peribadi di Malaysia di samping memastikan akta berkenaan selari dengan kehendak revolusi ekonomi digital, teknologi, sosial dan perkembangan persekitaran.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.
WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.
Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.
Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .