SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya @  Cikgu iEta?


Hai. Saya dikenali ramai di Social Media sebagai Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Saya seorang Freelance Blogger dari tahun 2006. Pada mulanya menulis sekadar suka-suka sahaja sebagai hobi di saat kebosanan melanda. Tidak disangka mendapat hasil duit berpanjangan. 


Kepakaran saya adalah di bahagian Pemasaran, Pentadbiran dan Sosial Media. Saya telah terlibat di dalam dunia perniagaan Offline bermula tahun 1989. Kira campur tolak, 2021, sudah 32 tahun saya terlibat dalam dunia perniagaan.

Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau PinangIbu kepada lima orang anak dan isteri kepada seorang suami yang kacak lagi hensem di mata saya. Saya Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  (Guru) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Berhenti kerja kerana sakit kronik slipped disc selama 9 bulan pada tahun 2017. Alhamdulillah sudah sembuh pada 6/9/2020.

Lulusan Cosmopoint Institute of Information Technology (KLMU), Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan UTM SPACE, Kuala Lumpur. Suka menulis, melukis, berkongsi ilmu, bersajak, berpuisi dan berpantun.

Saya mula menulis Blog pada tahun 2006. Serius berblogging, bulan 10 tahun 2012. Aktif attend event Blogger tahun 2013.

Lagi tentang saya boleh bacanya dalam entri SIAPA BLOGGER IETA (Sila klik). Nak tahu sebahagian pengalaman saya bekerja? Boleh lihat dalam entri bertajuk PENTINGNYA MENABUNG.

Mendapat PENDIDIKAN di :-
1. Sekolah Kebangsaan Kpg. Cheras Bharu (Darjah 1 hingga darjah 6, Pengawas sekolah dari darjah 3 - 6).
2. SRA Kpg. Cheras Bharu (Darjah 3 hingga  6).
3. Sekolah Pondok di Madrasah Irsyadiah Al-Asyraf Al-Wataniyah (1987- 1989).
4. Madrasah Al-Ribat Tut Ta'lim Wat Tarbiyyah Islamiyyah, Batang Berjuntai (1990).
5. Madrasah Al-Ulum As-Sharieyyah, Bagan Datoh, Perak (1991 - 4 Thanawi & Sijil Menaip). Naib Johan Syarahan Bahasa Arab, Naqibah & Guru Pembimbing Tajwid.
6. Cosmopoint, Institute of Information Technology (1992 - 1993 Sijil Komputer)
7. Cosmopoint, Institute of Information Technology (1996 - 1997, Kos Computer & Management).
8. SPM Calon Persendirian (2008).
9. Universiti Teknologi Malaysia (2011 - 2015, Kos Sains Serta Pendidikan (Pengajian) Islam.
10. Akademi Insta - Sijil Tertinggi Think Tong Circle (TTC). 2016 - 2018
11. 5 Leadership Style 2019. (2018 - 2019).
12. Seminar Rahsia Ebook (2017).
13. Rahsia 100k Followers (Dr. Taufiq Razif). 
14. Seminar Copywriting (2018).
15. Seminar Neuromarketing (2019).
16. Brand Your Self Workshop : Groom and boom your image. (20 Oktober 2018).
17. Brand Yourself Workshop: Intro Yourself via Youtube (1 December 2018)
18. Tour Kursus Asas Pengacara Selangor. (13/10/2018).
19. Business Presentation Workshop (6 Julai 2019).
20. Kelas Assemble Pengacaraan dan bercakap di live Streaming (18 Mei 2020).
21. Kursus Perubatan Melayu Nusantara Quantum Sufi Islamik. (8-9/8/2020). 


PENGALAMAN BEKERJA. 
Pernah bekerja di Part Time Librarian di  Institute Of Information Technology Cosmopoint, Tadika dan Syarikat-syarikat swasta. Pernah juga bekerja sebagai Pembantu Nursery, Guru Tadika, Penyambut telefon, Kerani, Pembantu Peribadi dan berpengalaman di bahagian Pentadbiran Pejabat-Pejabat Swasta.

2007 hingga 2017 bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang nama pendeknya, Guru.

2018 diminta menjadi Pembantu Am Ahli Majlis MPAJ, JKP Zon 3. Dan pada tahun 2019 diminta menjadi Pengurus & Marketer Ehsan Islamic Pre-School. 

online marketing, kursus, kursus online marketing, kursus online, kursus marketing
Atas permintaan ramai, saya telah membimbing lebih 7000 Usahawan secara Online dan bersemuka untuk pelbagai Topik khususnya Keusahawanan. Saya juga membantu menyelesaikan masalah Usahawan dan saya adalah pemilik Silibus Advanced Blogging & Business via SocMed. 

online marketing, kursus, kursus online marketing, kursus online, kursus marketing
18/4/2019 beri Kursus Online Marketing kepada 60 orang Usahawan program anjuran bersama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3, MPAJ Negeri Selangor.

Memang minat berniaga. Pernah berniaga A 2 Z. Avon to Zhulian dan pelbagai produk MLM termasuk Raja Prepaid.Com (tapi belum pernah kaya raya, hanya dapat pulang modal sahaja).

Dek kekurangan modal dan tiada kenderaan masa tu, minat berniaga dipendamkan sahaja. 2013 mula berniaga online dan offline secara sambilan, terus bekerja dan belajar dari PENGALAMAN. 2017 berhenti kerja disebabkan sakit slipped disc dan Sepenuh Masa sebagai Usahawan, Coaching student dewasa dan Penceramah Bebas.

SEJARAH PERNIAGAAN DAN PEMBIMBING ONLINE.

25/11/2014 mendaftarkan blogshop Dunia Niaga ieta di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Dunia Niaga ieta Enterprise.

26/5/2015 mula buat Life Coaching di whatsapp group untuk 20 orang ahli lelaki dan perempuan dari pelbagai negeri.

7/11/2016 Membekalkan Jam Tangan Ekskelusif (Jam Smart Cun) ke seluruh Negeri termasuk Sabah dan Sarawak, pembekal Kasut Medshoe dan I-Mukmin Chezzy Sauce ke seluruh MALAYSIA.

18/12/2016 Mengajar Online melalui Whatsapp, Ilmu perniagaan dan ilmu Instagram kepada seramai 8 orang pelajar dewasa.

21/5/2017 Mengajar Online melalui Telegram Ilmu Perniagaan dan Instagram kepada Dropship Jam Smart Cun.

Berkongsi ilmu di Channel Telegram Minda Niaga, Channel Cikgu ieta dan aktif membimbing Usahawan secara Personal dan Group Coaching di Telegram secara berbayar dan Percuma.

17/4/2017 - Disahkan Phrolapse Intevetebral Disc (Slipped Disc) oleh Doktor Pakar HKL.

14/9/2017 - Meletakkan Jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atas sebab sakit Slipped Disc yang kronik.

SEJARAH RINGKAS Cikgu iEta DI BIDANG JUALAN, ONLINE DAN OFFLINE.

1989 : Jurujual Offline.

2006 : Mula menulis di Blog.

2007
1) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
2) Netpreneur.

2009
1) Blogger, perkongsian Lifestyle di Web Blog.
2) Netpreneur Online di SocMed Ummaland dan Wechat.

2013
1) Aktif event Blogger.
2) Jualan Offline.
3) Jualan Online di SocMed Facebook.

2015
1) Jualan Online di SocMed Instagram.
2) Coaching Online Instagram Basic.

2016
1) Jualan Online di SocMed Instagram.
2) Coaching Online Basic Blog.
3) Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Ketua Setiausaha Negara.

2017
1) Penceramah Motivasi Staff di sekolah Rendah bawah seliaan JAWI.
2) Personal Coaching Online (Untuk Bos, Leader, Dropship dan Manager).
3) Coaching Online dan Offline Advanced Blogging.
4) 14/9/2017 Resign Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Jabatam Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI akibat sakit Kronik Slipped Disc.

2018
1) Usahawan Online sepenuh masa.
2) Coaching Usahawan (Online dan Offline).
Silibus : Advanced Blogging & Business via SocMed.

2019
1) Pengurus Tadika, Taska dan Kakitangan Cawangan.
2) Freelance Speaker (Jemputan Motivasi Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Penceramah Kursus Online Marketing).
3) Problem Solver.
4) Coaching Usahawan (Online dan Offline) tentang Marketing di SocMed.

2020 : Sesi RAHSIA SOCIAL MEDIA jelajah Malaysia (RCMJM).


KEGIATAN BERPERSATUAN

Semasa bujang, giat berpersatuan dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa dan Fasilitator di peringkat Cawangan, Kawasan dan Negeri.

Berpengalaman membuat kertas kerja dan menerajui aktiviti dalaman dan luaran. Meminati aktiviti2 lasak seperti Jungle Tracking, camping, climbing dan yang seangkatan dengannya.

2009 - 2012, 4 tahun berturut-turut mendapat kepujian dalam Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) Terbaik di peringkat sekolah. 


JAWATAN PERNAH DISANDANG :-

2007-2008   Setiausaha S.U.P (Setiausaha Pelajaran) Sekolah.

2009 - 2011 Ketua Biro Perpustakaan

2011 Ketua Biro Perpustakaan, Ketua Aliran Tahun 6 & Ketua Panitia subjek Tauhid.

2012 AJK Panitia subjek  Bahasa Arab dan Penolong SetiaUsaha Peperiksaan (S.U.P).

2013 AJK Panitia subjek Bahasa Arab, Penolong S.U.P dan AJK Biro Disiplin (Di sekolah dahulu). Berpindah ke sekolah baru, memegang amanah sebagai Setiausaha Panitia subjek Tauhid.

2014 AJK Biro Disiplin & AJK Guru Panitia Subjek Feqah, Tauhid dan Khat.

2015 Setiausaha Biro Disiplin, AJK Guru Panitia Subjek Feqah, Tauhid dan Khat juga Guru Pelatih Syarahan Perempuan.

2016 Setiausaha 2 Bahagian Disiplin Sekolah, Setiausaha Biro Disiplin, Setiausaha Program Gotong-Royong Sekolah, Setiausaha Panitia Subjek Khat, Tajwid dan Al-Quran juga Guru Pelatih Syarahan Perempuan.

2017 Ahli Jawatan Kuasa Biro Peralatan.

Disahkan sekali lagi Slip Disc pada 18/5/2017. Pergerakan sangat terbatas.

14/9/2019 meletak jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabtan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), MAIWP.

2019  AJK PIBG Sekolah Menengah Taman Keramat (SMART), Kuala Lumpur. (sehingga bulan 3).

PENGALAMAN :

1) Mengetuai Jambori pasukan beruniform peringkat Negeri Selangor.
2) Menyediakan buku program sekolah.
3) Menyediakan Video sekolah.
4) Menyediakan Slide Power Point kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Menangani Stress Di Tempat Kerja.
5) Membentang Latihan Dalam Kumpulan (LDP) bertajuk 'Menangani Stress Di Tempat Kerja'.
6) Menyiapkan Slide Presentation Assignment Group di UTM. 
7) Mengetuai tugasan berkumpulan subjek TITAS dan subjek Keusahawanan. 
8) Mengendalikan Program Kem Rakan Al-Quran anjuran Pusat Tahfiz Darul Hafizin (2013) sebagai Urusetia dan Fasilitator Program.
9) Menguruskan program Hiwar (Perbualan dalam bahasa Arab) di dalam program Kem Rakan Al-Quran.
10) Memberi ceramah Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk 'Menangani Stress' 2014.
11) Emcee Program Hari Anugerah Cemerlang secara individu (2015).
12) Menghakimi Syarahan Bahasa Melayu kategori Perempuan Ihtifal Zon 1 (2016).P
13) Penceramah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Peringkat Sekolah subjek Tahsin Hadith Tahun 1, 2017
14) Penceramah Petua Belajar Cemerlang & Pemakanan Sunnah untuk Sihat dan Pintar.
15) Penceramah Motivasi Kebaikan dan Keburukan Gajet terhadap Remaja di SMK Taman Keramat untuk pelajar Kelas belakang.
16) Penolong Penyelaras Program, Bahagian Publisiti Karnival SMART 2019.
17) Pengurus Ehsan Islamic Preschool (Julai sehingga November 2019).
18) Online Marketer syarikat Swasta.

PENCAPAIAN
1) Anugerah Ringkasan Pengajaran Terbaik peringkat sekolah 2009 sehingga 2012.
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dari Ketua Setiausaha Negara.
3) Pelatih peserta Tulisan Jawi Peringkat Zon SRA JAWI, Tahun 2016 (mendapat tempat ke 3).



AKTIVITI COACHING SEMINAR, KURSUS DAN CERAMAH MOTIVASI (gambar seketul wajah saya, saya simpan atas arahan Suami).

1) Alhamdulillah. Lama dah selesai pada 15/11/2017, Group Coaching berbayar untuk Asas Blog Dan Teknik Asas Di Laman Sosial untuk client pertama bermula jam 11:30 am sehingga jam 3 pm untuk family ceria dan happy ini.

Inilah kali pertama Group Coaching  Advance Blogging dan Teknik Penulisan selepas sembuh sakit Slipped Disc. Terima kasih Puan Rosina. Owner Tadika di K.L.

Syukur Alhamdulillah termakbul impian untuk mencurahkan ilmu berkaitan Blog setelah sekian lama Cikgu iEta impikan.

Kesinambungannya, 60 orang masuk belajar Online dalam Group percuma. Cikgu iEta berkongsi ilmu dengan mereka tentang Advance Blog dan Teknik Penulisan bermula 20/10/2017 sehingga 5/11/2017.B egitulah bagaimana bermulanya Kisah Cikgu Ieta Coaching Usahawan tentang ilmu Blog. ❤

2) Jemputan Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat (SMART), Pelajar Perempuan Tingkatan 5D bertajuk Kebaikan dan Keburukan Gadjet Terhadap Remaja.

Cikgu iEta, kisah cikgu iEta, motivasi pelajar sekolah menengah, motivasi, motivasi pelajar, pelajar sekolah menengah, smart, smktk, pelajar perempuan, kelas lembam, kelas belakang

Cikgu iEta, kisah cikgu iEta, motivasi pelajar sekolah menengah, motivasi, motivasi pelajar, pelajar sekolah menengah, smart, smktk, pelajar perempuan, kelas lembam, kelas belakang, pelajar lelaki
Jemputan Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat (SMART), Pelajar Lelaki Tingkatan 5D.

3) Jemputan Motivasi Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1 (SKTK1), Darjah 2, 3, 4, 5 dah 6.

4) Personal Coaching Instagram Advance dan Basic Blog.

5) Personal Coaching Marketing Gaya Pro.

6) PERSONAL COACHING BUSINESS 
Alkisahnya pada 19/12/2018, petang tu Puan Zaliha whatsapp Cikgu IEta
Assalamualaikum.. free tak mlm ni.. akak nak minta ita ajar akak buka business. Perseorangan pun ok kalau masuk kelas ita pun ok. Sy bercadang nak jd stokis.. sy zero knowledge pasal businesses.. Baru nak cuba.. takut salah langkah duit terbang.." Begitulah kata Puan Zaliha.

Sebab Kelas dah penuh. Jadi, tak berlengah lagi pada hari itu juga selama 1 jam di Residensi Bistaria Cikgu iEta pun buatlah CoachingSimple sahaja. Sempatlah bersembang - sembang santai dan cover 5 topik :

1) Memilih nama Syarikat.
2) Cara Daftar Perniagaan.
3) Memilih Teknik Perniagaan.
4) Memilih Jenis Perniagaan.
5) Pembukaan Permis Perniagaan.

Syukur. 
Syukur.
Syukur Alhamdulillah inilah Personal Coaching Business ke 6 face to face untuk tahun 2018. Alhamdulillah selesai dengan jayanya membantu merungkai semua persoalan Puan Zaliha. Terima kasih Puan Zaliha atas kepercayaan diberi. Usahawan hebat beliau ni. 😍👍

7) Jemputan Penceramah Kursus Online Marketing di Dewan AU5D, Lembah Keramat.

8) Group Coaching Instagram BasicAsalnya 4 orang. Seorang sudah balik untuk Group Coaching Instagram Basic.

9) SEMINAR RAHSIA SOCIAL MEDIA.
Penat beriklan sales tak ada. Orang whatsapp pun tak ada. Sedihnya... 😢RAHSIA SOCIAL MEDIA, pasti anda teruja bila anda dah tahu rahsianya. Nak dapatkan sales pun senang bila sudah ada ilmu. Ilmu ini sesuai anda gunakan untuk berniaga di Social Media pada bila-bila masa sahaja. Selesai dengan jayanya 21 orang peserta. Ebook Rahsia Social Media pun sudah diagihkan kepada semua pelajar. Alhamdulillah. 

Seminar Rahsia Social Media, Seminar pertama kali tahun 2020. Syukur Alhamdulillah. Ini sebahagian sahaja yang hadir dalam Seminar julung kalinya Cikgu iEta untuk tahun 2020 ni. Ada yang sudah balik dan ada yang last minute tidak dapat hadir. Mereka semua Usahawan hebat. Dari Perlis pun ada. Terbaik semuanya. ❤️

Klik SINI untuk booking slot Group Coaching anda ya.

Tidak semua gambar saya kongsikan. Ada client tidak izinkan kongsi gambar mereka. Jadi mematuhi SOP penceramah, Cikgu kongsikan mana yang izinkan sahaja. Untuk Coaching, 👉 KLIK SINI 👈 

10) Seminar Rahsia Likes Free Tanpa Ads
selesai pada 13/3/2021. Alhamdulillah.


Terima kasih sudi LIKE, COMMENT, SHARE DAN SUBSCRIBE 👇👇👇👇👇

YOU TUBE Cikgu iEta
INSTAGRAM : Cikgu iEta
CHANNEL TELEGRAM : Cikgu iEta



Cikgu iEta (Social Media Expert).


32 comments:

  1. Replies
    1. Hehe... ya adik junior... Terima kasih jengah ke sini :)

      Delete
  2. salam alaikum....akhirnya sempat juga sy jenguk bloger kreatif,energik,dan wonder women ni.
    satu kata yg ingin sy katakan " WOW"

    terima kasih
    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kang Mas ni... puji bagai nak ghak, takde adiah na... biasa2 je sy ni... baru belajar jd blogger. Apa pun, terima kasih bnyk2 ats sokongan dan kunjungan :)

      Delete
  3. Opss..akak..maaf, tadi saya guna awak. Waah..banyak pencapaian akak, boleh saya jadikan idola. Cita-cita nak jadi cikgu juga. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 je akak ni dik... malu aih Nurul nak jadikan akak idola... banyak lagi yg akak kena belajar. Apa pun, terima kasih atas kunjungan & moga tercapai cita-cita sebagai cikgu :)

      Delete
  4. waahh bukan calang-calang ni... bolehla akak jd mentor saya ! hihi.. org banyak pengalaman sgt berharga.. selamat terus menjadi ibu, pelajar, guru & blogger hebat kak :) aa bakal bisneswomen ! ^^

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Seronok plak saya baca laluan hidup akak ^_^

    Banyak pengalaman akk..boleh berkongsi kat blog ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Wah cikgu ada basic it ni ^^

    ReplyDelete
  7. berkunjung tuan... salam kenal. mari berkunjung ke gubuk saya

    ReplyDelete
  8. waah bagus itu, salam persahabatan

    ReplyDelete
  9. kami terjah sini dari blog magzbloggers.blogspot.com , hihi XD

    ReplyDelete
  10. Terima kasih magz sudi berkunjung. Terharu rasanya bila blogger ngetop berkunjung ke sini. Erk, ke sini...? :D

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan kembali..cikgu hebat ni, hari tu ada dtg ke sbb2014

    ReplyDelete
  12. Salam, nak tanya skit...madrasah Al-Ribat Tut Ta'lim Wat Tarbiyyah Islamiyyah, Batang Berjuntai tu di kuala selangor kan dkt dgn ijok.. madrasah tersebut hanya tuk pelajar muda sahaja ke ? Untuk orang dewasa tau orang berumur khusus lelaki boleh belajar mendalami ugama di sana ker ..klau ya ada tsk nombor telepon madrasah tersebut

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum wbt..tanya skit madarasahAl-Ribat Tut Ta'lim Wat Tarbiyyah Islamiyyah, Batang Berjuntai tu berdekatan dgn ijok kuala selangor ke ? Madrasah tersebut hanya tuk pelajar muda sahaja ker tau untuk orang dewasa dan berumur khusus orang lelaki ? Jika org dewasa pun boleh belajar di sana untuk mendalami ugama boleh tolong bgi tak no contact madrasah tersebut...terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Salam... Tu dia. La nih baru kenai Cikgu Ieta.. ;)
    eh sori.. Ustazah Ieta.. ;)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum salam kenal cikgu ieta... org bayan lepas yer... sy stay nibong tebal.. tp asal Perak :)

    ReplyDelete
  16. Hai.. saya abdfatah Malik..
    Datang sini menumpangkan Komen.. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...