Terima kasih kepada blogger Nazirah kerana sudi jemput saya join GA ini. Susah juga nak siapkan entri ni. Tapi tak mengapalah, menunaikan jemputan...hehe... Seadanya je ya
KENANGAN MANIS ANDA DENGAN INSAN TERSAYANG
Tiba waktu solat asar, pemuda itu bertanya kepada saya "Cik, kiblat arah mana ya?" saya pun dengan muka nan selamba badaknya tanpa senyuman, memberitahu arah kiblat yang ditanya. "Oh...arah sini bukan situ?" sambil memandang wajah saya. Dia nak buat lawak ataupun beramah tamah dengan saya rasanya masa tu. Dalam hati saya, dengan wajah yang selamba badak juga dan hati yang membengkek, "eh mamat nih, dia main-main plak...". Seterusnya, saya pun berlalu menyiapkan kerja-kerja saya tanpa mempedulikan pemuda itu.
Setelah pemuda itu balik, rakan-rakan sekerja saya, Kak Moly, Ita dan Rosli (entah ke mana dah mereka agaknya, terputus hubungan sudah...) menyakat saya. Kata kak Moly "Ko tak nak ngorat ke si Man tu? kalau ko tak nak, aku nak... aku ada nombor fon dia... ko jangan menyesal..." (Walhalnya, dia takde pun nombor fon pemuda tu). Tokok tambah Ita pula "ha ah, ko taknak, aku amik kang. jangan menyesal..." Rosli pulak offer saya... "ko nak ke nombor fon dia? kalau ko nak, aku ada... dia tu pemalu. Biasa orang yang perempuan yang kol dia sebab dia tu pemalu" Serius je muka si Rosli tu mengoffer saya. Dalam hati saya "apa lah diorang ni? ingat aku ni apa ke? sesuka hati je..." Biasalah saya kan... suka naw bercakap dalam hati je... hehe..
Entah macamana... tiba-tiba terbuka hati saya untuk meminta nombor telefon pemuda itu dari Rosli "bagilah, nombor fon dia" kata saya. Berhari-hari juga lah saya dok berkira-kira nak telefon atau tidak. Malu ada, takut ada, tak berani pun ada. Iya lah kan, takkan dia sudi nak berkawan atau berbual dengan saya? Saya ni perempuan, nanti orang kata perigi cari timba pula. Satu hari, kebetulan ada perkara yang saya kurang faham, saya pun memberanikan diri menalifon pemuda itu. Bermulalah episod koling mengkoling dan selainnya lagi... Tak tahulah macamana dan bagaimana pada tarikh 25/1/2002, sahlah diri saya menjadi seorang isteri kepada pemuda itu yang juga merupakan ketua pelajar di Kolej semasa saya menjadi pustakawan dahulu dan dialah empunya nama yang tertera di dalam buku itu. Inilah namanya jodoh... Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Diam tak diam, sehingga ke hari ini, kami telah mempunyai lima (5) orang anak. Moga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat. Amin...
semoga jodoh kamu berkekalan la yea..
ReplyDeletedari segmen yg sama..
Insha Allah... Amin Ya Rabbal 'Alamin
Deleteyaya bw sini dr segmen yang sama
ReplyDeletehttp://misteriomuchacha.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html
tahniah...join GA ^_^ Trm kasih singgah blog ieta lg
Deletesalam.. jenjalan sini. dr GA yg sama :)
ReplyDeletehttp://anisanisa33.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html
trm kasih... :)
Deletesalam kenal.. good luck.. sy pun singgah dr GA yang sama saya join .... Alahai so sweet... jadi suami akhirnya mmg kenangan yg manis xkan dilupakan...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semua tu kuasa Allah :)
Delete