As salam.
Sebenarnya, minggu ini saya sudah mula kurang memaparkan entri di dalam blog. Bukan kerana malas tetapi kerana kesibukan menanda kertas soalan peperiksaan muri-murid saya seramai 4ratus lebih (12 bundle). Balik rumah pula, dengan anak-anak lagi. Itu semua bukan ingin dijadikan alasan untuk tidak berblogging yang kini merupakan kerja sambilan saya. Bagi saya, blogging bukanlah perkara yang sia-sia. Banyak manfaat yang saya dapat darinya.