Posts

Showing posts from August, 2015

Lambat pick up tu apa ya?

Image
Lambat pick up tu apa ya? As salam. Sebenarnya, ada pembaca mencari tentang lambat pick up dari dalam blog Kisah Cikgu ieta ni. Dalam minda saya, ada dua sahaja maksud lambat pick up ni iaitu : 1) Lambat ambil barang dari pejabat pos. Ini sering terjadi bila posmen datang hantar barang, pemilik barang tiada dilokasi. Maka, pemilik barang perlu ke pejabat pos mengambil barangnya di sanam Atau boleh jadi juga, posmen lambat hantar barang ke destinasi walau pun dalam status penghantaran tertulis "Delivered". 2) Lambat faham sesuatu topik yang sedang diceritakan atau diajarkan. Gambar hiasan sumber : Pakcik Google :D Ha... berkaitan dengan lambat pick up ni kan, saya ada pengalaman. Dahulu, saya memang lambat pickup . Jika pensyarah mengajar, saya pasti duduk di hadapan sekali. Baru ilmu telus masuk ke dalam hati ni kata saya. Kemudian dalam grup whatsapp pula, rakan sekuliah selalu sebut saya sebagai orang yang ketinggalan keretapi. Mana ti

Hari ini saya Emergency Leave

Image
As salam. Hari ini saya Emergency Leave atau singkatannya EL. Sebab apa saya EL? Sebab seperti berikut... 1) Anak ke empat saya demam panas. Sudah 3 hari beliau demam. Dah cuba beri minum ubat klinik tapi tak kebah juga. Saya cuba pula beri minum Codi Juize, hingga saat ini, masih lagi panas badannya tetapi tidaklah sepanas pagi tadi macam dalam oven panasnya.  Malam tadi saya tidak tidur, menjaga beliau. Lap badan 2 jam sekali menggunakan towel good morning.  2) Anak sulung saya cirit-birit. Tapi dia tetap kuat, dia pergi sekolah juga tadi. Suami saya yang handle beliau ke sekolah dan hantar anak yang ke 5 ke TASKA pagi tadi. Saya terbaring keletihan selepas solat Subuh. 3) Saya juga kurang sihat sebenarnya. Luka di kaki saya menyebabkan saya susah untuk berjalan. Namun, kerja sekolah seperti menaip soalan Ujian, masih dapat juga saya laksanakan di komputer peribadi di rumah ni.  Utamakan kerjaya, walau sakit, boleh duduk, saya buat juga. Codi Juize s