Teks khutbah Tuan Guru Nik Aziz pada 21/3/08 di Masjid Yayasan al-Bukhari.
"Kita baru meyambut kelahiran Nabi Muhammad kelmarin, dan suasana maulid masih lagi sampai hari ini, ada perkara yang saya nak sebut. Isti'adat menyambut maulud, baru timbul lepas daripada lebih kurang 300 tahun atau lepas 400 tahun lepas nabi kita wafat. Zaman nabi tidak ada maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman tabi'in tidak ada maulud. Kita buat maulud ni pertamanya kerana kita nak tanding dengan orang kristian, waktu orang eropah, askar sabil menyerang Palestin, dia menduduki baitul maqdis depapun sambut perayaan jugok iaitu setiap 25 disember mereka merayakan krismas untuk meyambut kelahiran Nabi isa. Bertahun-tahun mereka buat krismas, bertahun-tahun mereka tutup pejabat, bertahun-tahun... lumpuh habis segala kemunikasi, akhir sekali orang Islam berfikir, kalau orang kristian boleh tutup pejabat, boleh tutup segala perniagaan kerana menyambut Nabi Isa, eh.. kami pun perlu jugak buat perkara yang sama untuk sambut Nabi Muhammad s.a.w. Maka mulalah maulid Nabi