Assalamu'alaikum Kali ini saya ingin berkongsi Kelebihan Puasa Di bulan Ramadhan . Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang bermaksud : Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa rukhsah (keringanan yang dibenarkan oleh hukum syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidupnya." (Hadith riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah). Moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diberkati dan sentiasa di dalam redha Allah S.W.T. Anda tahu apa lagi KELEBIHA