Posts

Showing posts from November, 2012

SIAP & TAK SIAP

Image
Salam Hari ni nak cerita apa yang dah siap 1. Tanda buku2 latihan murid tahun 1. 2. Makan (hari2 siap makan baru keluar. Waktu cuti sekolah la... tu pun kalo ada mood nak keluar samada ke sekolah siapkan kerja ataupun urusan lain2). 3. Buang kawasan dalam rumah yang dah beranai-anai tu... siapkan slowly  je... bergantung pada kudrat yg ada... 4. Alat Bantuan Mengajar (ABM) untuk tampal dalam kelas tahun hadapan. Apa plak yang tak siap? 1. Assignment  individu subjek Pengukuran & Penilaian (bahan dah cari tapi belum sempat taip lagi... huhu...) 2. Perkara-perkara penting untuk di letak atas softboard  S.U.P di sekolah. 3.  Tanda buku2 latihan bahasa Arab tahun 4 & buku khat kelas sendiri. (bila ntah nak siap... tunggu kudrat bertenaga gak ni...) 4. Kemas dan Lipat melipat kain2 baju (pun sama, tunggu kudrat bertenaga gak...) 5. Blog walking (BW) segmen yang blogger Mia dah buat. Tak sempat... Hah, ni lah dia kisah siap & tak siapku

ToTaL pAgE ViEw HaRi Ni...

Image
Salam, Saje nak testing buat blog header sebenarnya... merangkap total page views today by  ShinyStat  Bukan nak menunjuk tau... tapi nak beritahunya kepada anda, tak semestinya rakan blog anda ataupun rakan google anda mahupun rakan fb anda tidak ramai macam saya... total page views & total visits per day anda sedikit. Betul ke rumusan saya ni?  Rasanya tak betul kowt... Ada sesiapa boleh komen...? Nota kaki : sedang memikirkan macamana nak perbaiki blog saya ni & nak kembalikan semula button komen yang sekejap ada sekejap takde....huhu...

MEMBUAT BLOG ADALAH SANGAT-SANGAT MUDAH

Image
Salam semua... Saya ni bukanlah orang yang pandai dalam bab2  blog  ni. Tapi sebab ada rakan  google  dan rakan  facebook  saya yang meminta saya ajarkan cara nak buat  blog , maka di sini saya beritahulah serba ringkas caranya ya. Selebihnya, anda boleh rujuk dalam  blog bloggers  yang lebih hebat daripada saya. Sila  scroll  ke bawah dalam blog saya ni, di sebelah kiri, ada tabber widget dan lihat tajuk   BLOGGER HEBAT... Anda boleh klik pada mana-mana ikon  blogger  yang hebat tu untuk belajar lebih lanjut tentang dunia blog. Anda juga boleh buat seperti saya dengan klik di ikon  JOINT THIS SITE  untuk  menjadi  followers  mereka. Untuk maklumat anda, anda boleh buat blog percuma sahaja tanpa sebarang bayaran menggunakan  blogspot . Pertama sekali, untuk mencipta blog anda yang tersendiri, anda mestilah telah mempunyai akaun email samada dengan  hotmail, gmail ataupun yahoo . Saya lebih suka menggunakan  gmail   kerana :- 1 . Space nya besar daripada  yahoo  dan  hotm

Berhati-hati bila berkongsi sesuatu...

Salam, Buka Fb ada perkataan Arab tu. Masa blogwalking  pun, ada antara blogger yang letak di header  perkataan tu.  Saya tak pandai bahasa Arab ni tapi... saya terpanggil untuk bertanya di sini. Mana tau ada rakan2 yang pandai bahasa Arab... Saya rasa musykil dgn maksud kalimah   اللهم عليك باليهود Ikut yang saya fahamkan,   makna kalimah itu ialah "Ya Allah ya tuhan kami, ke atas engkau dengan org2 yahudi" = anda bersama (redho) dgn orang2 yahudi. Mana perkataan yg meaningnya binasa? cer bg pencerahan sikit... coz tgk ramai yg share doa ni. Maaf, sekadar bertanya. Harap sangat kita tidak tersilap kongsi sebarangan. Terima kasih

Kenapa pilih blog?

Image
Salam semua... (macamla ramai naw yang nak baca blog aku ni kan3...?hehe...) Dari pagi menyiapkan Alat Bantuan Mengajar (ABM) untuk ditampal  dalam kelas tahun depan & untuk mengajar, setengah hari. Dah siap, lepas zohor baru boleh buka blog, edit lagi blog dan buat pembetulan dalam   Segmen yang disertai 2 hari lalu, ni baru dapat menulis. Fb pun tak sempat nak buka... bz2... hehe... O ya, bagus juga rupanya joint segmen dari blogger hebat. Banyak manfaatnya. Antaranya : 1. Meramaikan rakan blog. 2. Menambahkan ilmu. 3. Menambahkan idea. 4. Menambahkan pengalaman dalam dunia blog. 5. Melihat dan meninjau2 keindahan blog orang lain yang hebat2. Bila ada masa terluang, nak belek2 pula blog mereka yang dah joint segmen tu. Lepasni, ada mana2 blog yang buat segmen In Sha Allah nak joint lagi. Memang syok blogging ni... Kenapa ku memilih blog sebagai dunia penulisanku? bukan dalam fb, bukan juga dalam twitter ataupun di mana-mana lagi medium yang hebat? Apa p

Ntahapatitlenakletakni...

Image
Salam... apa khabar semua...? Sihat dan ceria hendaknya kalian ya... Achewwah...macam nak tulis suratlah pula intro entri aku hari ni... haha...sori lah ya... daku memang tak pandai nak tulis tulisan berskema-skema ni... Tak enjoy rasanya menulis. Banyak juga nak kukongsikan bersama tapi tak tau mana satu nak mula dulu. Rasanya mula dari yang ni dulu kowt...  KISAH STUDY Sabtu baru ni, cadangnya nak ke kuliah menaiki kenderaan awam je. Tapi... dek kerana kurang kedaya-upayaan (ada ke bahasa camni weh...). Terus menerus ku pandu keretaku ke destinasi kuliah.  Melilau juga mencari tempat parking. Alhamdulillah ada juga akhirnya tapi... menurut kata isteri Guard  di belakang bangunan KLMU tu "berhati-hati, jangan ke situ seorang diri... kawasan ni black area ". Memang bahaya weh... Masa nak balik tu, rakan sekuliah menemaniku kebetulan dia nak turun di Putra LRT berhampiran. Alhamdulillah dia temani daku... ada sorang lelaki India asyik mengekori dan memerhati ka

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mia

Image
Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com Suka dengan segmen sebab dapat belajar dan suka dengan tips-tips bloggingnya disamping menambahkan rakan blog dan menambahkan ilmu. Sebelum joint segmen ini, rakan blog saya hanya ada 13 orang sahaja. Setelah joint segmen ini, ia meningkat kepada 21 orang...   ( yang sorang tu, masa baru buat blog, terklik joint dah cari camne nak padam, tak dapat2 plak tu pasal jadi 22 orang tu...  inilah mereka... Page header segmen itu  mengingatkan daku, sentiasalah  S m i l e ...   S mile ...   S m i l e ... Memang Mia tak kedekut ilmu & cepat sungguh dia reply n joint blog saya. Malu je rasanya sebab, Mia tak sombong... Harus ku contohi ni... hehe... Tapi... nak buat tag line tu tak reti...huhu...nnt try lagi... Maka ku buka balik blog abg cik masih tak faham2 lagi... akhirnya Mia membuat tutorialnya, ku cuba membuatnya perlahan-lahan... walau masih ada lagi kesilapan... Dan akhirnya... dari pagi sampai ke peta

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

Image
Salam semua... Rupa-rupanya sudah sehari aku tak update blog aku ni... dan tak blogwalking. huhu... ye la, bz wo.... tak sempat... Kenapa dan apa kaitannya title  aku hari ni dengan apa yang nak kutaip ya? Ha... nin dia kaitannya... First of all ... ku nak ucapkan terima kasih kepada blogger abg cik http://www.araublogger.com / yang buat entry  sampai saya berminat nak belek blog puan Mia. :) takdelah nak banggakan... cumanya, ada la sedikit peningkatan... seronok beb... sebab apa seronok? Sebab 1 : bertambahlah rakan blogku Sebab 2 : yang baru menjadi rakan blogku bukanlah orang yang biasa2 je... mereka ni, blogger hebat... tak percaya? ce klik blog ni   http://www.mialiana.com/ & ni http://nicknashram.blogspot.com/  Ewwaaahhh... macam nak promote le plak...hehe... takdelah kan... mereka berdua ni kan blogger hebat... so dari merekalah aku dapat sumber ilham & ilmu yang banyak tentang dunia blog... Jangan marah ha.... Sebab 3 : Bertambahlah pelbagai ilmuku

SUKA JUGA MENULISKAN WALAU TAKDE IDEA?

As salam. Pagi-pagi ni, sebenarnya nak kongsi tentang buku yang ku baca. Tapi... baru beberapa perenggan baca, mata mengantuknya hai.... Terkuap-kuap menahan mengantuk. Lantas, ku buka dan ku belek tulisan-tulisan dalam beberapa blogger yang ku ikut. Aku memang gemar membaca blog orang daripada membaca buku... sebab bila membaca blog, mata yang mengantuk terbuka luas. Idea pun senang nak dapat untuk meneruskan penulisan. Selalunya, dari blogger2 hebat inilah ideaku tercetus untuk menulis. Bila membaca buku hah, nilah jadinya... Jadi, ku tangguh dahulu perkongsian ilmu dari bacaanku dibuku. Insya Allah  satu hari akan ku kongsi apa yang ku baca bersama kalian. Dari blogger HH di laman   http://www.hasrulhassan.com/2012/07/18-perkara-untuk-menjadi-blogger-yang.html   ku dapatkan pelbagai tips menjadi blogger. Terima kasih kepada beliau. "Membaca Jambatan ilmu. Ilmu datang dari membaca. Ilmu yang dapat, perlu dikongsi. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon tanpa buah."