Posts

Showing posts from August, 2012

doa sakit kepala

Image
Step : dimulakan dengan bismillah  Menadah tangan seterusnya(baca ayat diatas) bila selesai hempus di tangan guna kedua belah tangan  ratakan keseluruh kepala dari kiri kekanan(lawan arah jam)  seterusnya buang..

Anak kecil main api

Diambil dari fb adik Muhamad Ridwan Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Peribumi merintih sendiri Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutuplah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri Kita sudah tiada masa Majulah dengan maha perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di nusantara Melayu kan gagah di nusantara Melayu kan gagah di nusantara

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA "JANGAN LENGAHKAN BERI NAMA BAYI ANDA"

 Google,than jumpa blog ni... http://drfauzee.blogspot.com/2011_01_01_archive.html 1. Mengapakah Islam menganjurkan pemilihan nama yang elok kepada bayi yang baru dilahirkan? Kalau boleh dijelaskan dengan memberi nas atau hadis yang berkaitan hal ini. Kita sering mendengar ungkapan: “Apa ada pada nama”?! Nama adalah lambang identiti seseorang, dengan nama itulah ia dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai bila-bila sehingga ke Hari Akhirat. Dalam bahasa al-Quran, nama adalah terjemahan bagi perkataan al-Ism yang berasal dari akar kata al-wasm yang bermaksud tanda, dengan maksud dengan nama akan dapat diketahui dan dikenali seseorang dan menjadi tanda baginya; Ada pendapat yang mengatakan ia berasal dari perkataan al-sumuw yang bermaksud tinggi, sekaligus memberi maksud yang nama adalah gambaran ketinggian dan keluhuran tuan yang ampunya nama. Nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang. Lazimnya anak-an

APA YANG AKU BUAT SEPANJANG CUTI RAYA NI?

Image
17/8/2012 (Jumaat) Hantar abah & mek ke KL Central, dorang nak p Kelantan nak tengok adik bongsu bersalin anak ke 2. 18/8/2012 (Sabtu) Masak rendang...  Lepas Isyak, aku sekeluarga p rumah mertua. Takbir kat sana. 19/8/2012 (Ahad) Suami ajak g ziarah kubur arwah emak selepas solat raya di Cheras Baru (F31). Kat kubur, ada jiran abah plak meninggal... Ada la jiran2 yg kenal aku menegur sapa aku... Than , g rumah mertua. Malam, g rumah abg Jeh di Kajang.... 20/8/2012 (Isnin) G rumah kak Jah, kak Jah ajak makan tengahari di rumahnya. 21/8/2012 (Selasa) Selepas suami mandikan ayah, kami sekeluarga g rumah makcik Zizah. Than , g rumah maklong di Kundang. Hari ni, birthday Nur Fatihah (4tahun). Beli kek, makan kek di rumah kak Jah... 22/8/2012 (Rabu) Selepas suami mandikan ayah, hantar suami ke ofis jap, on kan server yg down kat ofisnya than kami p rumah makcaq di Taman Medan, P.J. O ye... malam ni, 9.17 pagi, lahirlah anak ke 2 adik bongsuku. Ni ha

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa, Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan dan bekalan untuk suami tersayang. "Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh. Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya unuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. Mak Andeh hairan Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?" Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah? Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'." Diambil dari Buletin "Berita LGMPC Bilangan 1-2012- Laman Lawak Sikit."

http://www.myresipi.com/top/detail/5513

Image
♥Sayur Lodeh - Kuah Lontong™ kak fida@myresipi.com Lontong biasa dimkn ketika sarapan juga menjadi hidangan pd hari raya dan rumah terbuka. Created on : 09-09-2008 Bahan-bahan ( 10 orang ) Bahan yg dikisar halus * :- *10 tangkai cili kering *2 biji bawang besar *2 ulas bawang putih *1 jari kunyit hidup *1 hiris halia *2 sudu udang kering *2 sudu ikan bilis *sedikit belacan - jika suka *2 sk jintan kasar - sangar 2 batang serai - dititik 4 helai daun salam 1/2 jari lengkuas - diketuk 200 g udang hidup yg dikupas kulit Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :- 1/2 biji kobis 8 batang kacang panjang 1 batang lobak m

SILA BACA,TERUTAMANYA BUAT KAUM ADAM..

Kisah dari fb...   Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun…. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya.. Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudun

RESEPI MEE GORENG SEMPOI...

Image
Menu pagi ini... Hingga tengahari. Mee goreng je... (Ups...ni menu utk anak2 yg kecik2 tak berpose tu tau...) Kang ada gak yang saman teman... ha3.... Sambil tu, rebus ketupat mini adabi. Esokkan raya... Than nak masak rendang pula. Bahan-bahannya :- Bawang putih (3 ulas). Bawang besar (2/3 biji) / bawang merah (10 biji) - sukati... Cili kering 10 tangkai (nak pedas, lebihkan le...). Mee yang sudah dibasuh & ditoskan (beli kat jusco / giant je tapi kalo nak buat sendiri, silakan...he2...). Fish ball & fish cake (fish cake jgn lupa hiris tau... jgn plak letak sekeping2 tu...fish ball pun sama gak. Than basuh dulu ek...). Gobis (yang telah dihiris & dibasuh seterusnya, toskan dahulu). Tomato (dibelah 2). Sos Tomato. Kicap (Cap Kipas Udang/yang seangkatan dengannya...) Gula (hujung sudu je...) Cara memasaknya :- Blend No. 1, 2 & 3. Tumiskan bawang putih & bawang besar. Masukkan cili kering, tumis sehingga garing. Masukkan fish ball & f

TAKTAUNAKTAIPAPA...TAPINAKTAIPJUGAK...

Image
Salam, hari ni xde mood je nak naip. Tp sbb dh lm je rsnya x berblog so, apa2 je yg tertaip ni, baca je lah ye...kalo kome rajin la... Memang susah nak maafkan orang...tp...cuba je la...

RESEPI SUP TULANG PLUS KENTANG SEMPOI

Image
Hari ni, nak syer resepi ni plak... gambarnya masih dlm periuk lagi ha...coz sdg berpuasa... Bahan-bahannya : 1. Tulang lembu (jgn plak teringin2 amik tulang lain ye...)yang telah dicuci & toskan (beli je sebekas di Giant / pasar malam..). 2. Bawang besar 2 labu (sebiji utk diblend & sebiji lagi untuk dihiris bulat atau sesuka hati anda). 3. Bawang putih 4 ulas. 4. Halia lebih kurang besor ibu jari korang. 5. Tomato (belah 2) 6. Kentang / lobak merah (belah ikut sukati...) 7. Bunga lawang. 8. Kulit kayu manis. 9. Buah pelaga. 10. Garam secukup rasa. 11. Gula secubit (jgn banyak2...buat pengganti Pak Aji naik moto). 12. Paling penting...sup tulang / bunjut Adabi. 13. Bawang goreng (sukati nak masuk / tak). Cara memasak... 1. Blend Bawang besar sebiji ngan bawang putih & halia.... 2. Tumis ngan minyak masak...xkan minyak itam kowt...kiki... (jgn hangit ek..) 3. Masukkan Bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga. 4. Agak2 kecoklatan & sete

Resepi Daging goreng halia plus kentang goreng sempoi...

Salam pembaca semua. Hari ni terasa nak update blog sbb dah lama sgt tak update blog ni semenjak pemergian arwah emak tercinta. Al-Fatihah untuk arwah emak. (Update : 19/7/2013: Moga arwah emak tenang di sana dan tersenyum melihat anak-anaknya menjadi manusia-manusia yang berguna dunia dan akhirat untuk bangsa dan negara. Amin...) Hari ni, nak kongsi resepi "daging goreng halia plus kentang goreng sempoi" . Sowwi gambor xde coz xsempat nak upload....lenkali lah gambarnya....hehe.... Bahan2nya : 1. Daging yang dihiris (agak2 la ngkorang nak menghirisnya, jgn terlampau halus suda...) makesure, basuh dan tos dahulu ek... 2. Kentang (buang kulit, basuh dulu...potong ek...) 3. Halia (1cm) 4. Bawang besar 4 biji (lagi banyak lagi sedap) 5. Bawang putih (3 ulas) 6. Asam jawa (gaulkan dgn air, setengah mangkuk). 7. Garam secukup rasa 8. Gula hujung2 sudu je...xyah lebih2... 9. Bawang besar hiris bulat atau ikut sukati No. 3, 4 & 5 tu...sila lah ble