Posts

Showing posts from March, 2015

DOA MENGADAP PEMBESAR ATAU ORANG ZALIM

Image
DOA MENGADAP PEMBESAR ATAU ORANG ZALIM Doa ini adalah ayat yang dipetik dari Al-Quran. Ayat ini jugs sering diamalkan oleh orang-orang yang soleh semasa berhadapan dengan pembesar atau orang yang zalim bagi tujuan melembutkan hati pembesar ataupun orang-orang yang zalim. Ayat ini dibaca dan diamalkan sepanjang waktu berhadapan pembesar atau orang yang zalim , sambil ibu jari kaki ditekan ke bumi. Ayat ini terdapat di dalam surah Al-Kahfi, dipenghujung ayat ke 19 . Ayat ini juga disebut sebagai jantung Al-Quran . Inilah ayatnya :- Maksudnya :   Dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. Suratul Kahfi (19). DOA MENGADAP PEMBESAR ATAU ORANG ZALIM  ini juga boleh dibaca sambil membuat pusingan lawan jam di tempat yang benjol atau bengkak. Insyaa Allah cepat surut dan reda benjol atau bengkak kesan terhantuk itu. Ayat ini juga dapat mereda

Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak cili api

Image
Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak cili api . Pucuk Ubi Masak Lemak cili api memang kegemaran kami. Sabtu baru ni saya beli Pucuk Ubi di Pasaraya Jusco. Sesikat RM2.00 sahaja. Hari Ahad untuk makan tengahari, suami minta masakkan Pucuk Ubi masak lemak cili api. Dapat seperiuk besar. Memang puas hati makan. Sempoi sahaja resepinya. Ini merupakan kali pertama saya memasak pucuk ubi. Teruja benar nak masak, tanpa google atau bertanya sesiapa saya bantai masak sahaja. Main agak-agak. Ingat-ingat sahaja cara arwah emak memasak masak lemak pucuk ubi. Ha, itu yang Pucuk Ubi tak berpotong-potong. Masa menyiang bahan-bahan dan membasuh sayur Pucuk ubi ni, memang dalam hati berkata-kata,  "Kena potong pucuk ubi ni..." Akhirnya terlupa sampai ke sudah. Excited nak memasak punya pasal. Alhamdulillah sedap secukup rasa. heee... Mari kita lihat bahan-bahan untuk memasak Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api resepi sempoi saya.  Bahan-bahan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api  : Ba

Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula

Image
Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula .  Cabaran di dalam bekerja sering membuat sesorang itu stress . Antara ubat stress bagi wanita ialah shopping ... Saya memang sukakan cabaran . Kerana tanpa cabaran saya tidak akan dapat memiliki sebuah kereta sebagai keperluan harian berulang-alik ke tempat kerja dan dapat pergi merata-rata. "Sampai bila kita nak menumpang orang ieta...". "Alah... nanti awak ada kereta, ada lah duit untuk awak membayarnya nanti...". "Nak pandai bawa kereta tu, bawa kat jalan yang paling sibuk, Jalan Chow Kit tu. Buat apa ada kereta tapi tak bawa? Baik simpan je kalau takut". Haaa... itu dia kata-kata cabaran yang saya terima dari kawan-kawan saya hingga menyebabkan saya dapat membeli yang sememangnya menjadi keperluan bukan lagi kemewahan. Terlampaunya saya selepas 4 kali kemalangan akhirnya, saya dapat membawa kereta setakat ini yang paling jauh, ke Gambang Kuantan, Pahang. Berkat dicabar dan tercabar . S

Resepi Kari Daging Sempoi ieta

Image
As salam. Kali ini saya ingin berkongsi  Resepi Kari Daging Sempoi ieta . Dah tinggal suku baru teringat nak snap gambar :D Awalnya saya cuma ingin masak daging goreng kunyit sahaja. Ternampak lempeng bertukar pula citarasa. Mudah sahaja... Bermula dari 8.05,  8.46 siap kari daging saya. Arwah emak saya panggil ' Gulai Daging '. Kami orang Penang memang gemar makan kari tau. Bahan-bahan Kari Daging Sempoi ieta : Setengah kilo Daging batang pinang. 3 sudu besar Minyak untuk menumis. 5 ulas Bawang putih. 3 buji Bawang merah. Setengah inci Halia. 3 kuntum Bunga Lawang. Sebatang Kulit Kayu Manis. 2 biji Tomato. 2 biji Lobak merah / 5 biji Kentang / 3 biji Ubi Keledek. 1/2 biji santan. 2 sudu besar asam jawa. 2 cawan air. Sepeket setengah rempah kari Adabi. Garam secukup rasa. Daging batang pinang beli di pasar malam siap potong sudah... Mudah memasak daging batang pinang ni. Tak lama sekejap sahaja sudah empuk. Toskan sesudah basuh ya. B

Tips mengajar menulis ikut garisan

Image
Tips mengajar menulis ikut garisan .  Pernah tidak anda melihat murid atau pun anak-anak anda sendiri menulis tidak ikut garisan ? Saya pernah. Kebiasaannya murid tahun 1 atau  pra sekolah . Sebenarnya ada beberapa kaedah atau cara untuk mengajar anak-anak murid menulis ikut garisan . Kebetulan ada rakan saya bertanya  " Bagaimana nak ajar murid saya menulis ikut garisan ?". Baiklah, berikut adalah tips mengajar menulis ikut garisan : 1) Anda tulis dahulu di bahagian atas ruang buku dengan pen merah dan beritahu kepada mereka ikut tulisan anda . 2) Buat aktiviti berkumpulan . Yang pandai membantu anak atau murid yang lemah. 3) Berikan pujian dan galakan semasa dan selepas sesi penulisan. 4) Minta ibu-bapa bantu melatih tubi anaknya menulis di rumah. Demikian 4 tips mengajar menulis ikut garisan  secara ringkas. Jika di dalam kelas ada 40 orang murid, saya amat sarankan tips yang ke 4. Mana sempat jika seorang guru mahu beri tumpu

Baucer Buku 1 Malaysia Wordless Of Wednesday 46

Image
Wordless Of Wednesday 46 : Baucer Buku 1 Malaysia  

Wordless Of Wednesday 45 : Gerai Roti Canai Razak

Image
Wordless Of Wednesday  (WOW) merupakan entri khas oleh blogger pada setiap hari Rabu . WOW direkacipta oleh blogger  +potia casadelarossa a

Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global

Image
Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global. Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global : Pelajar meninggal akibat kepanasan . Panas sangat cuaca sekarang ni... Pemanasan global telah berlaku. Kipas syiling pasang 5. 2 kipas duduk setiap darinya pasang 3, pun berbahang. Ini baru panas di dunia. Allahu... Di mahsyar nanti, matahari cuma sejengkal sahaja jaraknya dari kepala kita. Suhu cuaca kini memang merbahayakan diri. Melihat kepada keratan akhbar bertarikh 28 April 2014 dan terbaru, bertarikh 28 Februari 2015, menyatakan bahawa suhu cuaca kini memang merbahayakan diri. Buat cikgu-cikgu.... Hati-hatilah semua jika buat aktiviti di luar kelas ya. Apakah dia pemanasan global? (SUMBER ) Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. 3 Faktor pemanasan global   ( SUMBER) Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah : Pelepa

Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi

Image
Salad Popcorn Ayam sempoi memang sedap ^__^ Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi As salam. Hari ini saya ingin berkongsi resepi lah.... Resepi ini dari adik saya yang ke 5, pemilik bersama  Gerai Roti Canai Razak    di Sidec , Bandar Sri Iskandar Perak . Roti canainya memang lembut yang amat dan sedap dimakan begitu sahaja .  Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi resepi isteri tokey kedai ni ^__^   Mai3... Buat orang  Perak . Luar Perak pun boleh mai na...  Gerai Roti Canai Razak   Menu Pelbagai Jenis Roti dengan Harga Berpatutan . Sedap & Lembut . Makan Sekali Pasti Nak Ulang Lagi .  Sedikit info tentang  Gerai Roti Canai Razak . Lokasinya adalah di alamat NO 147 (KIOSK) (KEDAI MAKAN), JLN TRONOH, 32600 SERI ISKANDAR, PERAK. Di kawasan Sidec, anda boleh tanye sahaja 'Razak roti canai' mesti orang tahu. Ini disebabkan student UITM selalu lepak bersarapan di situ dan ia. berhampiran  Klinik 1 Malaysia. Waktu beroperasi adalah selepas subuh sehingga jam 11.