FAKTA DUNIA REALITI BUKAN FANTASI HALUSINASI

FAKTA DUNIA REALITI BUKAN FANTASI HALUSINASI . Saya suka kumpul cerita isu semasa. Kali ini saya kongsikan perkara isu semasa yang berlegar di laman-laman sosial saya sepanjang beberapa minggu lalu sehingga ke hari ini dan aduan-aduan saya terima daripada netizen dan followers saya. T erima kasih kepada pengadu yang prihatin hal ehwal aqidah dan isu semasa negara pembaca Blog saya. ❤️🌹 1) TAHUKAH ANDA? Jika terlihat di laman sosial seseorang sedang diumpat, diburuk-burukkan aqidah seperti contoh ghibah dan fitnah individu sebagai sesat atau pembawa ajaran sesat, kita boleh buat laporan polis. Ghibah dan fitnah amat lazat. Tetapi kita kena ingat, aqidah bukan perkara mainan. Sikap tidak ambil peduli, beranggapan itu bukan urusan kita dan beranggapan apa kita lihat itu tidak ada kena-mengena dengan kita, menyebabkan semakin menular perangai tidak beradab segelintir netizen, macai cybertrooper hingga jari-jemari menulis, terpesong aqidah mereka tanpa sedar hasil like, comment, share