PEMERGIAN MENYEDIHKAN
Hari ini genap 10 hari pemergian emakku tercinta ke rahmatullah... Sememangnya pemergian emakku amat mendukacitakanku. Saban hari aku menangis sebenarnya bila teringatkan emak. Tapi... kehidupan & pekerjaan serta tanggungjawab terhadap anak2, suami & kerjaku perlu kuteruskan. Hari2 ku teringatkan emak diwaktu terjaga dari tidur lena & ku menangis sendirian. Ku merindui emak & sesekali ku merindui juga arwah adikku Ibrahim dan arwah adikku Muhammad Sidek yang tidak sempat ku tatap wajahnya setelah 15 hari dia lahir kedunia walau namanya aku yang beri. Ingat lagi, saat akhir sebelum pemergian arwah adikku yang ke 3, Ibrahim kerapkali pukul 3 pagi beliau menalifonku semata2 ingin berbual denganku. Tapi... aku yg sedang diulit lena jarang mahu berbual dengannya dengan panjang lebar. Sedih sangat2... Emak, hanya sempat ku berbakti sedikit sangat sebelum beliau koma pada hari Rabu 12/6/2012. Hari Selasa, hari terakhir aku berbakti padanya, aku hanya sempat lap2kan muk