MENEGUR BIAR BERHIKMAH Menegur biar berhikmah tajuk yang ingin saya sentuh hari ini. Walaupun ini kisah lama semasa saya baru² belajar blogging namun ia tetap saya jadikan pengajaran. Baiklah untuk hari ini, saya ingin berkongsi satu perkara iaitu menegur biar berhikmah . Bagaimana tu ya? Okay, saya ambil satu CONTOH. Saya pernah buat satu mini Giveaway pada beberapa bulan dahulu dan mini Giveaway itu telah ditaja oleh beberapa orang blogger. Salah seorang adalah pemilik Restoran Arab yang terkenal. Seorang pemilik sebuah syarikat, seorang pekerja syarikat swasta, seorang pelajar dan seorang lagi suri rumah sepenuh masa. Kesemua mereka bukanlah blogger full time dan ada yang tidak pernah menaja mana-mana segmen ataupun Giveaway termasuklah saya... Kami semua naif dalam bab-bab menjadi penaja yang diminati dan disukai ramai. Saya buat mini Giveaway tu pun, sekadar suka-suka sahaja... sempena birthday saya. So dah ada yang sudi menaja, pada saya, itu pun dah amat saya rasa