GANGNAM STYLE

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Bukan beralih arah  kepada pengkritik lagu atau nak mempopularkan lagi lagu yang sudah sedia popular. Cuma tertarik untuk berkongsi pendapat sahaja dan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang rakan.

Lagu ini memang telah lama penuh dengan kontroversi. Sebab dah penuh dengan kontroversi, maka saya pun tertarik hati ingin melihat sendiri apa sebenarnya di sebalik lagu ini. 

Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akak

KLIK BANNER UNTUK JOIN

WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Sambil siapkan kerja rumah dan kerja sekolah, juga dalam kesibukan exam.
Asyik dan suka sangat-sangat menyertai GA atau segmen.

Kali ni, saya ingin menyertai GA anjuran encik +Ayie Abas yang telah 2 tahun melibatkan diri dalam dunia blogging (tapi jangan memain... PR1 tu... Chayyalah!).
Saya telah dijemput secara hormatnya oleh encik  +Hatimi Tahirruddin
(beliau merupakan pengomen tegar blog ieta tau... ^__^)

KAN DAH TAK CUKUP MASA...

As salam.
Nak merapu merapan jap boleh?
Tak boleh pun, nak juga... 
Ini blog, ieta yang punya... kan...
Dua subjek telah selesai peperiksaannya...
Tinggal lagi dua subjek
Pagi tadi peperiksaan di Bangunan UTMSpace, Jalan Ampang
Sudahla masuk bilik yang salah. 
Terkedek-kedek pula menulis borang.
Hadus... (Terukkah aku?)

Giveaway Blog Dear Xila


As salam
Dijemput oleh Cik Husna join GA ni ^__^ 
(sape kata bizi ngan anak, keluarga dan study tak bleh join sume ni?)hehe

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

As salam

Memang sentiasa menanti Segmen & GA dari Mialiana, sumber inspirasi akak dalam dunia blogging. hehe...

SPECIAL GIVEAWAY : BUAH TANGAN DARI LANGKAWI

As salam

Ha... ni dia dari Cikgu Fizi.

SABAR DAN SOLAT HAJAT

As salam
11.25 malam : setelah tidurkan baby dan tertidur, bangun untuk study subjek exam esok. Perkara wajib buka dulu... blog le... apa lagi kan...
Pagi ini, saya ingin berkongsi cerita berkaitan sabar dan solat hajat. Cerita ini adalah perkongsian dari rakan-rakan saya juga hasil motivasi dari pelbagai sumber

AKTIVITI SABTU HINGGA ISNIN

As salam
Hari ni daku nak cerita tentang aktiviti daku seperti berikut :
SABTU 22/3/2013
Aktiviti Hari Ini : 
10.30-11.30 pagi : Belajar subjek Sains Kuantitatif Asas dengan Mr. Ven di Ilmu Studio utk exam pada 26haribulan ni. 
12.00 tengahari : Balik rumah belek-belek baby jap.

KENAPA TUDUNG TU LABUH MACAMTU?

Pernah satu masa nan lalu... 
Ada seseorang bertanyakan padaku
Kenapa tudung tu labuh macamtu?
Adakah orang yang nak kahwin dengan kamu?
Pabila bertudung labuh sebegitu?

Aku pun termanggu-manggu
Untuk menjawab persoalan itu
Kerana bertudung labuh adalah wajib di sekolahku
Hingga kini persoalan itu bermain dimindaku
Mengapa bertudung labuh sebegitu?
Tak rimaskah? Tak panaskah kepalaku?
Tak rimaskah? Tak panaskah badanku?

Hari ini tudungku masih sebegitu
Walaupun tidaklah labuh seperti gambar di bawah tu
Bila melihat sesiapa sahaja bertudung labuh seperti gambar di bawahtu
Apatahlagi berfurdah menutup wajah nan ayu...
Hatiku menangis pilu, airmataku deras melaju
Kerana aku tidak mampu sebegitu

Pada suami ku beritahu
Terharu melihat sifurdah itu
Kerana aku sudah tidak semampu itu
Suamiku berkata "Ayangkan taat pada abang..." perintah suamiku
Tenang seketika qalbu dan hatiku
Kerana, ku memang tidak mampu
Bertudung labuh sebegitu apatahlagi berfurdah menutup wajahku
Tabik spring kepada mereka yang mampu

Kini ku terjumpa di fan page dalam fbku
Rindu menjemputku kembali ya allah nama fan page fb itu
Terjawablah sudah segala persoalan yang terbuku dihatiku


Nukilan : ieta Mat Sa'ad

LOGIKNYA SOLAT PADA PANDANGAN SAINS

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

Saya tidak ingat di mana saya terjumpa artikel "LOGIKNYA SOLAT PADA PANDANGAN SAINS" ni. Artikel ini tersimpan lama di dalam deraf saya. Tahun 2007 dulu masa mula berblogging, tak tahu kaedah, main belasah je simpan mana-mana artikel yang menarik dalam blog. Konon, satu hari nak baca balik ketika tidak sibuk. Rasanya daripada tersimpan, baik saya kongsikan. Moga bermanfaat ^__^

AGAMA, KESIHATAN, SOLAT, SOLAT MENURUT ISLAM, LOGIKNYA SOLAT PADA PANDANGAN SAINS, SAINS MENGAKUI KEINDAHAN ISLAM, AHLI SAINS MENGAKUI LOGIKNYA SOLAT PADA PANDANGAN SAINS, SOLAT DI SUDUT SAINTIFIK, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/logiknya-solat-pada-pandangan-sains.html
SUMBER GOOGLE

KAWAN DAN SAHABAT

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه


Meminjam kata-kata dari blogger SITI melalui facebooknya INI, Seterusnya merujuk kepada kisah dalam entri saya ini.


"Relationship selalu rosak sebab munculnya orang ketiga. Friendship pula selalu rosak sebab munculnya manusia talam dua muka."

"Disaat kita senang, kawan-kawan akan kenal kita. Disaat kita susah, kita akan kenal kawan-kawan kita." 

Rakan fb menambah "kalau senang tak kenal kawan....dah...susah baru cari kawan kawan...."

Segalanya pernah dialami oleh sesiapapun.



Seseorang itu boleh menjadi kawan tetapi tidak sebagai sahabat.

Apakah kawan dan apakah sahabat?

Kisah header Blog ieta

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

Nak cerita tentang header Blog ieta
Header pertama masa mula timbul minat untuk berblogging


Header ke 2

Header ke 3

Header ke 4 dengan tulisan merah dan berbunga atas bawah

Header ke 5 masih mengekalkan bunga dan tulisan yang sama cuma warna tulisan sedikit gelap

Header ke 6, title blog dibesarkan dengan tulisan berwarna merah cerah

Header ke 7, sekejap sahaja guna



Header ke 8, semua header ni direka sendiri

Sebab header masih tak center dan macam tak menarik sahaja, kebetulan ternampak satu segmen utk header dari blogger NORATIQAH BINTI ADIB terus minta. Dapat free header di bawah


Rasa muda je dengan header yang baru ni. Hehe...
Tapi tak center gak la... Puas dah godek-godek coding, tapi macamtu juga.... huhu...




PESANAN IMAM AL-GHAZALI

As salam

Saya memang suka membaca untuk menambahkan ilmu. Seiring dengan memenuhi tuntutan terhadap sabda nabi s.a.w yang bermaksud "Tuntutlah ilmu daripada lahir hingga ke liang lahad". Dihari Jumaat yang selesa dan nyaman ini, ingin saya berkongsi apa yang pernah saya baca di dalam buku yang saya tidak ingat tajuknya tentang Pesanan Imam Al-Ghazali. Pesanan Imam Al-Ghazali ini juga saya terjumpa di dalam blog INI


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)

2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Justeru nafsu yang menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat, gara-gara keluarga kita tinggalkan solat.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Oleh itu dalam segala hal, jagalah pertuturan dari menyakiti oranglain. Jagalah penulisan agar tidak mengguris perasaan.

SLIDE POWER POINT DIVIDEOKAN SEMESTER 5

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

Harap maklum, semua video slide powerpoint yang saya hasilkan adalah tanpa suara bagi memudahkan pembacaan ilmiah anda.

SUBJEK PENILAIAN & PENGUKURAN
TAJUK : JENIS-JENIS UJIAN




SUBJEK SAINS KUANTITATIF ASAS
TAJUK : KEBARANGKALIAN



SUBJEK TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK : BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BAHASA ARAB, TAHUN 5
(Pembentangan dan assignment subjek ini saya lakukan secara individu)



Moga bermanfaat ^_^






Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Disebabkan ada yang bertanyakan tips untuk mendapatkan anak, makanya saya ingin kongsikan di dalam blog simple saya setelah saya terjumpa artikel ini di dalam fb saya tadi. Moga bermanfaat ^_^



Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Wallahu’alam

SUMBER

BUKAN TIDAK MAHU MENYOKONG....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه




Sejujurnya, saya sudah letih join Giveaway (GA) atau segmen yg terlalu banyak kena klik sana sini dan follow sana sini. Pengalaman saya banyak dah dalam bab GA atau segmen yang sedemikian.. Bukan apa... banyak masalah dari segi masa terbuang menunggu lebih-lebih lagi blog yang lambat loading (walaupun blog ieta pun kadangkala bermasalah yang sama, masih cuba memperbaikinya dengan membuang perkara-perkara yang  tidak bersesuaian diletakkan ke dalam blog). Itu tidak termasuk menahan telinga mendengar bunyi-bunyi sound effect dari blog yang perlu diklik-klik tu lagi.

Bagi saya, GA atau segmen sedemikian ibarat meramaikan follower blog mereka sahaja secara paksaan dan bila kita follow mereka, belum tentu mereka follow kita pun.... Bukankah menjadi pengikut sesebuah blog itu hak peribadi, tanpa perlu paksaan dan tiada perasaan terpaksa? Dahulu ya, saya juga pernah mengejar follower. Kini, saya lebih kepada perbaiki mutu penulisan saya untuk santapan pembaca blog ieta. Kenapa? Kerana saya ingin berjaya seperti blogger-blogger hebat dimata dunia. Walau santai blognya, mereka telah berjaya.

Rasa letih sangat dah dengan GA atau segmen sedemikian. Yang muda remaja, tidak punya TANGGUNGJAWAB yang banyak mungkin sesuai menyertai GA atau segmen sedemikian. Bagi saya, daripada join GA atau segmen sedemikian, adalah lebih baik saya perbaiki mutu dan persembahan entri yang akan saya paparkan ke dalam blog saya, lebih berbaloi... Rezqi pun masyuk... Kan?

Mohon maaf andai GA atau segmen yang ditag kepada saya, saya tidak berminat untuk menyertainya. 

Bukan tidak mahu menyokong usaha blogger-blogger itu. Tapi sebab-sebab di atas menjadi punca utama saya tidak menyertai mana-mana segmen atau GA lagi. Biarlah follower saya datang dengan keikhlasan hati mereka dan keikhlasan hati juga membuatkan ramai silent reader terhadap blog ieta.

Namun, SEGMEN TAMBAH FOLLOWER DENGAN PANTAS TANPA BLOGWALKING sebegini bagus, menjimatkan masa. Bila kelapangan, boleh lah blogwalking ke blog peserta yang lain. Tahniah kepada blogger Nurul Syahirah yang anjurkan segmen begini.

Apa pendapat anda?

Silence Day of Wednesday #2 ALHAMDULILLAH.... REZEKI


MALAM INI SUNYI...

Malam ini sunyi...
Sunyi dari aliran idea yang tak kunjung tiba
Sunyi dari hiruk pikuk anak-anak yang sudah tidur lena
Sunyi dari suasana yang menyakitkan hati-hati pabila membaca atau melihatnya

Malam ini sunyi...
Walau tadi aku dah tidur lena
Dikejutkan oleh ibu murid yang menalifonku
Mengganggu tidurku
Semata-mata bertanyakan urusan periksa anaknya
Sedangkanku bercuti seketika
Yang memang dia pun sudah tahu puncanya
Bagai tiada rasa bertimbangrasa
Bertalu-talu ia menalifonku
Bagai tidak menghormatiku
Betapa lena aku terganggu
Lantas ku matikan telefon bimbitku
Mengapakah wahai ibu-ibu muridku?
Tidakkah kalian tahu menghormati waktu privasiku?
Sungguh aku terganggu 
Dek mereka yang menalifonku tanpa mengira waktu

Malam ini sunyi...
Tanpa kehadiran insan-insan blogger peramah
Yang sudi beramah tamah
Berkongsi cerita dan berbual mesra
Lantaran mood blogwalking pun hilang sudah
Ku titipkan karyaku nan indah
Indah pada mataku sahaja
Indah dijari-jemariku jua

Oh Tuhan...
Bimbinglah aku dan mereka semua
Agar sentiasa kembali ke pangkal jalan
Lari dari hasutan syaitan
Yang memecahbelahkan perkauman
Yang menjanjikan pelbagai helahan
Yang tidak ingatkan Tuhan
Pabila bergelar orang atasan
Tidak pedulikan orang bawahan
Menjadikan siapa sahaja mangsa kerakusan
Dek isu-isu yang penuh dengan kebobrokan
Aku di sini sering ketakutan
Apakah akhirnya segala kekalutan
Yang melanda dunia dalaman

Kembalilah menerajui dunia
Dengan cara yang Allah redha
Tanpa menghuru-harakan segala
Tanpa menjanjikan apa-apa
Tanpa sesiapa pun menjadi mangsa
Sungguh aku merayu kepada mereka

Bunuh membunuh sudah jadi mainan
Apakah ini bukan kezaliman
Fitnah memfitnah juga berleluasan
Ini petanda dunia akhir zaman

Lihatlah anak-anak kecil yang tidak berdosa
Kasihanilah kami yang sengsara
Membayar segala harga
Dek ketamakan dan haloba
Mereka yang mengejar kuasa
Tanpa kenal dosa dan pahala
Dalam hati, bilakah semua ini akan bertemu titik noktahnya?

Malam ini sunyi...
Dari bunyi-bunyian
Hasut-hasutan
Yang memang tak ku pedulikan
Di dalam hati berdoa terus-terusan
Moga segalanya kembali aman
Maafkan aku wahai teman
Andai nukilan ini mengguris perasaan

Hasil nukilan ieta mat saad

CARA MENGENALI BULU KHINZIR


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

Perkara ini sudah lama saya ketahui. Cumanya masih agak kabur. Saya terjumpa dalam fb UTM saya yang memang banyak sumber informasi serta motivasi. Mungkin ramai telah mengetahui perkara ini. Mungkin juga ada lagi yang belum mengetahuinya. Apapun, saya merasakan amat perlu perkara ini dikongsikan bersama, maka saya paparkan di sini cara mengenal perbezaan bulu khinzir dengan bulu haiwan-haiwan yang lain. 

Oh ya, ada yang bertanya "khinzir tu apa?". Khinzir adalah kalimah arab yang bermaksud babi. Ramai yang lebih suka menyebut khinzir mungkin disebabkan lembut sedikit bunyinya.
SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIM!
Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..
SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIM!

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...


Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.. 

TANGGUNGJAWAB


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

Walaupun beberapa coding telah meneraburkan blog ieta ni, blogwalking dan menaip tetap berjalan seperti biasa...

Baiklah, saya nak cerita tentang TANGGUNGJAWAB

Rutin harian saya di rumah antaranya (antaranya je tau...)
  1. Siapkan pakaian anak-anak ke dalam beg pakaian untuk di bawa ke rumah pengasuh. Sebelum tidur, saya pastikan perkara pa...ling wajib ni disiapkan terlebih dahulu supaya tidak kelam kabut esok pagi nak bekejar ke tempat kerja ataupun nak berblogging (eh ni kerja juga tau...jangan tak tahu). Tidakpun, saya bangun jam 2 atau 3 pagi (kalau terjaga la, kadangkala terlajak juga. Sebab tu siapkan sebelum tidur).
  2. Bangun pagi-pagi, masak air. Wajib ni... Ni perkara utama yang arwah nenek sebelah emak dan arwah emak ajar kepada saya. Suami pun selalu pesan "bangun pagi je, terus masak air". Memang ini rutin antara kami berdua. Pastikanlah tangan dibasuh dahulu ya.
  3. Memasak (jika sihat dan ada masa sahaja). Alhamdulillah punya suami yang ringan tulang. Kadangkala, beliau pun tolong masak jika saya tak sempat. Masakannya, SEDAP... DAGING GORENG HALIA ni, beliau yang ajar. Sebab saya dah lama tak masak masakan tu. Sekali lupa resepi da...
  4. Sidai pakaian. Basuhnya mudah, masuk je mesin... Sidai pun mudah je. Tapi... nak melipat tu... hadeh... hai... Tu yang menimbun macam dalam KISAH INI. Upah orang pun, tak mungkin orang boleh siap melipatkannya kan. Jadi... sobar je lah kan... lipat jelah mana yang termampu... Yang paling seronokkan, anak-anak pun memang suka tolong lipat melipat kain baju ni. Kadang-kadang balik dari kuliah hari sabtu dan ahad, ada sahaja kain baju di luar drawer mereka yang dah terlipat. Rumah jangan cakaplah kan... dah anak-anak ramai, memang macam tongkang pecah juga dibuatnya. Suami cakap 'nak rumah kemas sentiasa, tak payah ada anak kecil la kalau macamtu...' Jadi, abaikan sahaja bab itu, asalkan kami sekeluarga happy...
  5. Study. Tak juga jadi rutin harian sebab selalunya, study awal-awal, mudah lupa. Selalunya tak berapa hari nak exam, barulah terhegeh-hegeh baca buku hehe... Tak elok gitu kan? Well... itulah ieta. Macam pagi tadi, asyik menyiapkan entri GA, suami dah tegur 'kan nak exam tak lama lagi?' Adus... terlupa lah pula... Alhamdulillah suami ingatkan.
  6. Blogging. Hah, yang ni wajib dah hari-hari semenjak nuffnangs yang selalu diklik-klik tu membuahkan hasil. Walau tak banyak, jadilah kan... sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit... hehe... bukan senang nak senang kan... Niat dihati ni... nak jadi macam blogger-blogger hebat ini... blogger REDMUMMY atau blogger BEN ASHAARI atau blogger Mialiana atau blogger HASRUL HASSAN takpun seperti blogger DENAIHATI (hanya menyebut beberapa nama blogger hebat). Menulis memang bukan kerana nama mahupun wang ringgit tapi setiap blogger harus ada impian dan tujuan untuk menulis. Lihat header blog ieta pasti jelas maksudnya.
Sebenarnya, adakala di dalam hati saya timbul rasa jemu dan bosan untuk menunaikan tanggungjawab yang merupakan rutin harian saya terutamanya perkara nombor 1. hehe... yalah kan... hari-hari buat benda yang sama, sesakali timbullah rasa jemu... Ada juga berborak dengan suami tentang soal hati yang satu ni, suami selalu memotivasikan saya, katanya 'inikan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa?' Jadi, saya selalu bisik pada hati saya 'ini tanggungjawab aku sebagai seorang ibu, isteri, pelajar dan juga blogger sambilan'. Lantas, rasa jemu itu, terus menghilang. Bersemangat jadinya bila melihat anak-anak dan suami tersayang gembira dengan apa yang saya lakukan. Alhamdulillah...

Apapun, tunaikan tanggungjawab utama dahulu iaitu tanggungjawab terhadap Ilahi, tuhan pencipta kita. Setelah itu, pasti lain-lain tanggungjawab akan terlaksana dan tercapai dengan mudahnya. Percayalah!

Apa yang anda lakukan bila timbul rasa jemu atau bosan?

Fuhhh... panjang berjela entri ni... ingat nak taip ringkas-ringkas je. Banyak pula idea hasil menaip dari pagi tadi hingga 12.40 tengahari ni selama 2 jam.

Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun


Cik heirizalieyana.telah menjemput saya menyertai GA gempak dari encik +marqis careno  seorang blogger yang rajin buat GA. Baru ja follow blognya jap tadi. 


Klik banner atau klik SINI untuk join ya ^_^


Syarat penyertaan adalah super simple :

1. Buat entry bertajuk "Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun"..  (Yang ni senang)
2. Tampalkan banner rasmi GA ni seperti di atas dan backlink ke entry ni... (Yang ni pun senang)
3. Tuliskan sedikit ucapan khas sempena birthday Akiff... (Yang ni lah... tak pandai le...huhu...)


Penyertaan dibuka sehingga 23 Mac 2013 iaitu tarikh Birthday Akiff...

Nak jemput +Adilah Asari  dan +Cik Fie untuk join GA ni

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...