PERSONAL COACHING TERGEMPAR CLIENT DURHAKA. [FB Post 6/7/2020. Updated ke blog : 21/5/2024].
Dah tak rajin seperti dahulu share all out artikel blog. Memang suka ulang. Ada yang tanya lagi. Jadi beta ulanglah lagi. Ala copy paste dari yang dah sedia ada sahaja hanya tambah mana teringat. Dulu memang semua Update di Facebook. Ikut ajaran guru business yang ramai update selalu apa kerja di laman sosial dibuatnya. Itu teknik marketing nak buat orang kenal, suka dan percaya kata mereka.
Tak tahu rupanya ramai memandang dan sudah tentu ada yang berpenyakit iri hati maka medapatlah bahana pandangan mata. Sebab itu tidak semua perkara perlu dikongsi. Tahun 2024 dah tak buat. Asyik buat video pulalah. Hobi menulis masih diteruskan. Kongsi sahaja repost. Biar padan muka semua yang menganiaya beta. Conversation dengan client mendurhaka ni sudah hilang tak sempat backup masa handphone rosak. Yang ada sahaja beta kongsikan.
Dia macam ni, bila client coaching, kawan-kawan bekas sekerja, adik-beradik, ipar duai, lebih percayakan musuh dalam selimut daripada beta yang dah lama mereka kenal, beta lantakkan je. Sebab otak mereka dah hilang. Tak kuasa nak pergi kepada sekor demi seekor explain. Buang masa sahaja. Baik menulis di blog dan buat video. Lebih berfaedah. Suami pesan, jangan layan. Suami pun tak jawab banyak bila ipar percayakan fitnah. Hek elehlah hai. Teringin nak kena tunjal kepala masing-masing agaknya. 🙄
ASAL KISAHNYA,
Pagi 6/7/2020 selesai hantar Suami ke officenya beta terlapar. Terus termakan dahulu di Kedai makan tepi Asrama Felda AU2. Sampai rumah baru terbuka whatsapp. Allahuakbar.🤦