LAKSAMANA BENTAN PAHLAWAN MELAYU TERBILANG
LAKSAMANA BENTAN, PAHLAWAN MELAYU TERBILANG [ Sumber asal diakses dan disunting oleh Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta pada 27 Mac 2023]. Pelbagai soalan telah timbul. Terjumpa perkongsian ini rasa ingin kongsikan di dalam blog saya ini. Mengikut cerita, Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama, menurut sejarah beliau berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima Angkatan Laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan Mahmud II yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya Dang Anum sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri Johor dari serangan musuh. Dang Anum telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja. Namun demikian Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama dan melafazkan sumpah bahawa "Orang-orang Ben