Paling ringkas & mudah, amalkan utk anak2


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.


2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali


3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


PSIKOLOGI...PEGHHHHHH....

Salam, petang semalam saya telah selesai menjawab soalan final exam bagi sem 2, subjek Psikologi. Memang sgt2 psiko...Alhamdulillah tak migrain pala otak sy ni... Apa pun, saya amat2 bersyukur kerana , hati saya amat tenang & sentiasa tenang semasa menjawab semua soalan2 itu... Terima kasih kepada rakan saya di seksyen 3 & rakan saya di seksyen 2 yang tidak kedekut ilmu & sudi berkongsi semua ilmu yang mereka dapat..

Bacalah ye...
sejuk hati jika kita melihat sahabat2 saling bekerjasama dalam mendapat ilmu. tapi... adakah sahabat2 kita semua macam tu? ada yang tahu tapi menyembunyikan kerana mereka ini bersifat tidak mahu ada orang yang lebih pandai dari mereka, dan bersifat pentingkan diri sendiri asal lepas dia sahaja tanpa membantu kawan-kawan yang lain.

sabda Rasulullah SAW:
مَثَلُ الَّذِيْ يَتَعَّلَمُ الْعِلْمَ ثُمَّ لاَ يُحَدِّثُ بِهِ كَمَثَلِ الَّذِيْ يَكْنِزُ الْكَنْزَ فَلاَ يُنْفِقُ مِنْهُ

Perumpamaan orang yang belajar ilmu kemudian tidak menyampaikannya adalah seperti orang yang menyimpan kekayaan kemudian tidak membelanjakannya.

Jika kita menganalisa para ilmuan, akan didapati orang yang kedekut ilmu semakin hari semakin berkurang ilmu mereka. Ini kerana sikap kedekut itu bertahap-tahap merosakkan ilmu yang mereka miliki pada awalnya. Berbeza dengan orang yang bekerja keras mensedekahkan ilmu. Semakin hari ilmu mereka semakin bertambah kerana sikap bersedekah itu menggandakan ilmu mereka dengan gandaan yang besar.

wahai para sahabat, buanglah sifat pentingkan diri, kelak nanti tiada orang akan bantu kita nanti. jika kita bersifat sedemikian. wallahua'lam....
 Kata2 ni saya ambil dari rakan saya yg berlainan seksyen. Thanks a lot utk beliau...

:: Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan ::

Ieta Mat Sa'ad shared Cinta Yang Dicari Pasti Akan Pergi,Cinta Yang Datang Pasti Akan Kekal Abadi's status.

♥Kurangkan makan bawang besar
♥Kurangkan makan berempah
♥Kurangkan makan ketumbar kering
♥Kurangkan menonton hiburan
♥Kurangkan membaca majalah hiburan
♥Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
♥Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
♥Kurangkan makan organ dalaman ayam
♥Jangan makan kepala ikan
♥Jangan minum air yang ada semut
♥Jangan tidur selepas subuh
♥Jangan tidur selepas asar
♥Jangan tidur selepas makan
♥Jangan makan terlalu kenyang
♥Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
♥Jangan menyapu rumah pada waktu malam
♥Jangan makan yang masam-masam berlebihan
♥Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
♥Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

:: Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan ::

♥Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
♥Selalu makan makanan yang panas-panas
♥Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
♥Selalu minum air masak
♥Selalu makan ulam-ulam
♥Selalu mengamalkan melihat pandangan yang berwarna hijau
♥Selalu bersenam
♥Selau menggunakan imagenasi otak
♥Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
♥Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
♥Jangan ego
♥Jangan dengki pada orang lain
♥Jangan makan dari sumber yang tidak halal
♥Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
♥Jangan makan makanan yang ada pewarna
♥Jangan makan makanan yang ada pengawet
♥Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
♥Jangan mandi selepas 9.00 malam

:: Itulah serba sedikit tips atau amalan yang perlu kita laksanakan untuk mengekalkan ingatan kita agar tidak mudah lupa atau hilang ingatan ::

:: Setiap perkara perlu diusahakan, seperti kata-kata yang selalu kita dengar “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t. Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.”

Renung-renungkan, selamat beramal. :)

PERPISAHAN

PERPISAHAN
~~~~~~~~~
Perpisahan sebuah peristiwa yg menyakitkan
Perpisahan juga meleraikan segala...
Perpisahan kadangkala amat menyiksa
Perpisahan memang tak terduga
Perpisahan bukanlah yg dipinta
Perpisahan, ramai yg tak rela
Perpisahan bermula dengan sebuah pertemuan
Perpisahan sebuah kehidupan....
Sedih sgt...hari ni, hari last subjek Sains Fizikal & hari last buat sem ke 2 aq bersama rakan2 sekelas sebelum final exam utk sem ke 2 ni. Sem 3, kami berpisah.... berlainan seksyen even subjek yg sm. Masa subjek Psikologi & Al-Quran Wa Hifzuh, x terasa sgt sedih d hati ni. Mgkin sbb masing2 kami keluar wat Presentation ngan idea yg hebat2 & sikap2 yg kelakar kowt... Subjek Aqidah & Sains Fizikal xde presentation, just mendengar&melihat sambil2 menyampuk cakap lecturer je. Sedih ar....sbb sem ni rs mcm paling best. Pensyarah yg bermacam ragam & style menyampaikan kuliah mereka. Ada yg sporting, ada yg suka wat joke, ada yg straight tp pandai mengambil ht kami, ada yg selamba tp ayat membuatkan kami xkering gusi. Ilmu mereka mmg tinggi. Setiap detik xlekang dengan ilmu2 baru. Walau kekadang ayat sama diulang, namun amat berkesan bagi diriku. Contohnya ayat ini :
Buat pilihan yang BETUL. Buat dengan cara yang BETUL. Buat BETUL-BETUL
Aq suka betul ngan ayat ni...xtau knp... tp, ayat ni kalo diteliti, mendalam maksudnya. Pelbagai telahan boleh dibuat. Nak wat camne... dlm bnyk2 ayat, ayt ni yg pa...ling aq ingat n aq suka... inilah gak ayat yg aq sll terapkan kpd murid2 aq kat skolah.
Walau aq sedih, namun aq tetap gelak & ketawa dlm kls. Alhamdulillah, balik rumah ada suami & anak2 tercinta. So, xlah sedih sgt... he.... 
~~~~I LOVE MY JOB, MY HUSBAND & MY KIDS~~~~
One more thing I love, I LOVE UTM...

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...