Posts

Showing posts from May, 2012

FAKTOR KELUARGA BAHAGIA MENURUT ISLAM

Inilah assignment dari kumpulan aku dalam subjek Institusi-institusi Islam dalam semester tiga.... Bab yang aku buat ialah : FAKTOR-FAKTOR KELUARGA BAHAGIA MENURUT ISLAM KELUARGA BAHAGIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1. PENGENALAN             Di dalam meniti kehidupan di dunia ini manusia dan segala ciptaan alam ini dijadikan berpasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi yang telah diatur oleh Maha Pencipta. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “ Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan darinya pasangan (isterinya Hawa) dan yang membiakkan darinya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai ” (Surah an-Nisa 4:1). Pengertian keluarga (Kamus Dewan, Edisi Keempat) bermaksud seisi keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak, manakala bahagia pula bermaksud suasana senang dan aman manakala Islam pula adalah agama yang selamat dan secara keseluruhan maksudnya ialah pem

CORETAN RINGKAS SEMPENA SUKANEKA SEMPENA HARI GURU DI SEKOLAH

Dari 16 haribulan hari tu sampai 24/5/2012, hadiah sesaje.... Beginilah saban tahun bila hari guru. Tidak kuharap, tidak ku pinta tetapi murid-murid dah beri, maka ku terima seadanya. Terharu rasanya. Alhamdulillah... (Kalo tak garang, sure penuh bonet keta). He2...  Bersukan itu bagus... Puas hati dapat bersukan petang itu dengan murid-murid darjah 1. Seperti biasa "Usah diharap sebarang ganjaran. Laksanakan segalanya mengikut arahan". Akhirnya, aku di gelar "Guru paling komited" dan mendapat tempat pertama dalam acara lari bawa bola pingpong bersama murid kelas darjah 1. Ok lah tu... He2... Berbaloi... Memang berbaloi...  Sesi pertukaran hadiah berlangsung selepas sesi pagi pada 25/5/2012. Yea2...dpt handbag. Yea2...boleh la aku tukar guna handbag lepas ni... Syoknya jadi guru...