Posts

Showing posts from February, 2013

BLOG, WORDPRESS DAN WEBSITE

Image
As salam. Pagi tadi, saya blogwalking ke blog blogger  mrsyam  yang tinggalkan jejak di chatbox blog ieta. Masa nak tinggalkan komen, disebabkan blognya under wordpress, maka saya perlu login ke wordpress untuk meninggalkan komen. Saya pun loginlah sebab ada pernyataan yang saya ni dah ada akaun dengan wordpress. Dalam hati "bila masa la pula aku ni ada akaun wordpress?" login je la.... berkali juga login sebab tak ingat password. Tengok-tengok, eh eh... iya la... memang ada... La... ada dah rupanya... tu la, main klik-klik punya kisah lah ni, dah register tinggal... tak ingat dah ada rupanya blog yang under wordpress. Baru je bercadang-cadang nak tukar template Blog ieta ni kepada template Thesis yang smart dan kemas macam yang ramai blogger hebat dah gunakan. Masalahnya kan, TAK TAHU la nak guna wordpress... huhu... macam pelik dan janggal je walau nampak mudah dan cantik lagi kemas blog under wordpress tu. Tu yang serabut semacam je blog tu. Nak buat entri p

"Mini GA sempena 2nd Anniversary"

Image
As salam. Terima kasih kepada blogger  Nazirah  kerana sudi jemput saya join GA ini. Susah juga nak siapkan entri ni. Tapi tak mengapalah, menunaikan jemputan...hehe... Seadanya je ya KENANGAN MANIS ANDA DENGAN INSAN TERSAYANG Begini ceritanya... Masa study dulu, saya ada buat part time job sebagai pustakawan. Saya memang pendiam semasa di Kolej, buat hal saya je sepanjang masa. Tak ambil tahu langsung hal oranglain. Dan saya memang kakibuku. Sebab itulah saya suka bekerja di library kolej disamping menambah sumber kewangan. Setiap kali menjaga library, wajib tulis nama dibuku kehadiran dan setiap kali itulah terpandang nama seorang pemuda di muka depan buku kehadiran. Dalam hati saya "Sedap nama orang ni. Siapalah agaknya orang ni ya?" Setelah tamat study saya bekerja macam orang lain juga.  Suatu hari, datang seorang pemuda yang merupakan kawan baik kepada rakan sekerja di pejabat saya bekerja. Saya yang memang tidak hairan dengan lelaki buat selamba bada

KISAH KAWAN MAKAN KAWAN

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Entri ini sudah lama juga tersimpan sebagai deraf di dalam  blog  ieta. Bermula dari blogwalking ieta ke entri blogger  INI , digarapkan sedikit dengan pelbagai sumber pengalaman, terhasillah entri seperti tajuk tertera. Entri ini juga dibuat hasil cadangan dan pertanyaan berkenaan masalah rakan-rakan ieta yang mahukan tajuk ini diketengahkan.

NUFFNANGKU SAYANG

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Malu sebenarnya nak postkan entri ni. Tapi... takpelah, buat semangat... Pernah dah buat entri tentang  NUFFNANGS . Tak adalah nak kisah sangat kan. Sebab niat berblogging hanyalah 1, berkongsi pendapat, ilmu dan cerita. Tadi, baru je meninjau dari blogger hebat  Cik Shida  bagaimana nak dapat BE dari Nuffnangs. Baru je nak mencuba buat tips yang diberi. Masa buka dan belek akaun Nuffnangs, Tarra... PV BLOG ieta RM0.25 aje? Itupun nak kecoh... ingatkan RM250.00. Janganla gelakkan saya... Huhu... Dari mana ek dapat banyak tu? Belek punya belek, dari sini rupanya... COST PER CLICK BLOG IETA Apanya yang teruja sangat ek dengan RM0.25 tu? Teruja la... sebab inilah pertama kali masyuk... even sedikit, pasti lama-lama jadi membukit. Betul tak? Blogging memang best, biar lambat masyuk, takpe... teruskan berblogging. Ada rezqi, adalah tu. Terima kasih kepada Cik  +Mar Haini Abdul Rahim  y

BUKAN SENANG NAK SENANG

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Pada 26/2/2013 jam 4.10 pagi (waktu entri ini ditaip) sambil tersengguk-sengguk menyiapkan assignment, terperasan dari dulu  BLOG ieta  yang bermula dengan hanya 11 orang followers dan tidak ramai pembaca, kini... taklah hebat sangat tapi ia cukup menaikkan semangat seorang blogger lama yang baru mengetahui cara-cara dan betapa seronoknya berblogging. Bak kata blogger hebat  DENAIHATI  " tiada jalan mudah utk menjadi yg terbaik dan lebih susah untuk kekal terbaik". Setelah join segmen  INI  yang menceritakan tentang  KISAH BLOGGER BARU  dan mendapat suntikan semangat dari  SIFU  melalui entrinya yang menyebut namaku setelah ku seru namanya (aish, ape da... ayat terbelit...hehe) di dalam segmen itu, ketahuilah BUKAN SENANG NAK SENANG dan tak susah menjadi susah (cuba buat entri kondem blogger lain, tengok... apa yang terjadi?) Secara jujurnya, aku tak kisah ramai followers atau tidak janji aku da

Petua menghilangkan rasa marah

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Biasalah kan saya ni... suka sangat share dari dinding muka buku saya... Manalah tahu... kot-kot le ada yang tak pernah jumpa kat tempat lain... Jadi, saya dengan rendah dirinya suka hati sangat-sangat nak share dari group facebook saya  HIDUP MESTI HAPPY WALAU SEDANG DIUJI  yang dipost oleh rakan group saya  Salmiah Saad  tentang Petua menghilangkan rasa marah. Manalah tahu kan... entah-entahnya esok lusa saya meninggal, sekurang-kurangnya... ada jugalah sedikit kebaikan yang boleh saya bawa sebagai bekalan di akhirat nanti walau saya ni bukanlah baik sesangat. Jangan marah ha... marah le... nanti keluar asap kat telinga macam kartun ni. hehe TAJUK : Petua menghilangkan rasa marah 1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah  s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita. 2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 3.Banyak

AZAB BAGI WANITA

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Dari wall muka buku saya, saya ditag oleh  Mummy Darwishes Altafunnisa . Rasanya tak salah jika saya kongsikan di dalam blog saya pula Allahuakhbar....lindungilah kami semua dari azab kubur dan siksa api neraka.... amin... Chepah Ila Hussein   Fza Sabree   Linda Dino   Norliza Ismail   Mai Madziatu l   Ieta Mat Sa'ad Ummi Nasir   Erna Amirul Adah   Jentayu Merah  — Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal). Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri..... Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, m

MALWARE atau HACKERS PENYEBABNYA?

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ TAHUKAH ANDA?  HACKERS  berada di mana-mana sahaja. Laman web juga boleh dihack dengan pelbagai cara. Ada yang hack dengan menggunakan virus seperti contoh MALWARE . Ada yang hack melalui upload software yang sudah sedia diketahui pasti ramai ingin mencuba atau menggunakannya. Ada juga yang menggunakan kaedah klik, klik. Ada juga melalui memasukkan kod tertentu ke dalam kod laman web orang lain. Pastikan anda tidak memberi katakunci lamanweb atau blog anda kepada sesiapapun sekalipun untuk tujuan edit mencantikkan lamanweb atau blog anda. Memang hampeh kan hackers ni? Blogku juga tak lari dari dihack oleh hackers. Pernah masuk dalam emailku, amaran seseorang CUBA BUKA EMAILKU yang sudah pastinyalah link terus dengan blogku ini. Tu nak godamlah tu. Apa lagi kan...? Walhalnya, blog ieta ni bukanlah feymes amous macam  FATIN LIYANA  salah seorang blogger hebat dimataku. Inilah yang terjadi bila aku nak komen kali pe

TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Baru semalam buat  ENTRI NI iSH.... buat gabra je... Ada dah tu ha...  puas digodek-godek... Ada dah ha... Ni... dia... Belum ramai lagi... sejak join segmen  Mia  first time haritulah bermula naik jumlah nya Terima kasih Mia... :) Ini pula Rakan-rakan G+ sehingga 1.21 petang ini. Beza kan jumlahnya? TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA Walau tidak sehebat mana blog ieta ni sebab sambil-sambilan sahaja berblogging, tapi tidak salah rasanya berkongsi apa yang telah diketahui.  Tips ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan dalam blog blogger hebat dimata saya  seperti  INI ,   INI   dan  INI . Tips ini juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. 1.  Rajin -rajin  Blog walking  bila berkesempatan. 2.  Rajin -rajin  tinggalkan jejak  dengan komen di dalam blog blogger otai secara berhemah. 3.  Rajin -rajin  follow blog lain  walau tak semua blogger akan follow blog kita balik.

GADJET FOLLOWERS SUDAH HILANG!

Image
Bertukar kembali kepada domain blogspot.com sebab domain .my dah tak berfungsi kepada blog ieta. Banyak benda kena tukarkan kepada http://www.ieta-myblog.blogspot.com Panjangnya... Jadi... kenalah betulkan semula segala macam benda dalam blog ieta ni.  Leceh gak kan? Perkara pertama yang saya perasan ialah Followers gadjet telah hilang. Bukan sahaja hilang, malah tidak boleh add langsung dah gadjet followers! Dah lama tau nak hilang tapi tak sangka pagi ni pula terus hilang...  Maka, tiada followers dahlah blog ieta... Tapi jangan risau... ia diganti dengan Google+Followers Yang mana, lebih cepat lagi mudah Tak berapa pandai nak terangkan sebenarnya Cubalah sendiri ya Update : Jadi kepada bloggers yang belum meletakkan G+ Followers lagi... Silalah berbuat sedemikian ya Sebab dah berapa blog pagi-pagi sefi'ie ni saya BW sambil siapkan assignment,  Ada nama followers je Tapi gambar-gambar followersnya hilang... Esok-esok la sambun

JARI JEMARI YANG SUKA MENAIP APA SAHAJA...

Image
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Ya Ampun... lamanya sudah tidak ku jengah Giveaway(GA) dan Segmen2 yang telah kusertai. Dek kesibukan menangani baby yang hari ini sudah telah 44 hari lahir dan pelbagai kesibukan lagi. Bukan mencipta alasan namun, inilah realiti keadaan blogger part time merangkap isteri, ibu, guru juga pelajar Space. Alhamdulillah ramai yang sudi membantu dalam urusanku seharian. Kepada semua tuanpunya GA dan segmen mohon ampun kerana lama tidak menjengah blog kalian. Kepada peserta-peserta yang singgah ke teratak buruk blogku ini, maaf ku pinta kerana singgahan kalian ada yang tidak sempat ku balas dan jejak-jejak yang kalian tinggalkan tak mampu ku balas dek pelbagai sebab. Maaf zahir dan Batin... Hari ini merupakan hari pertama kehadiranku ke kelas setelah 43 hari bercuti dari kuliah seperti sebab di atas. Kuliah berjalan lancar seperti biasa, rakan-rakan sekuliah juga seperti biasa... happy dan ceria deng