KENAPA PEK FLEKSI SAFI SHAYLA PILIHAN WANITA BERTUDUNG?

KENAPA SAFI SHAYLA PEK FLEKSI PILIHAN WANITA BERTUDUNG? Ini semua yang terisi di dalam kotak ekslusif dari PR syarikat yang saya berurusan. Serius saya amat teruja tau bila mendapat Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ini. Alhamdulillah... JATUH CINTA DENGAN SAFI SHAYLA? Kenapa tu? Kenapa dah jatuh cinta dengan Safi Shayla? Ha, begini ceritanya. Sebelum kenal Safi Shayla, saya mengalami masalah gatal kulit kepala yang terlampau. Bila gatal, saya mulalah menggaru. Tak sedar rupanya luka. Pedih tau... Puas saya mencuba pelbagai syampu. Sehinggalah satu hari tu, agaknya sebab kesiankan saya yang asyik mengadu gatal kulit kepala, suami saya belikan sejenis syampu seberat 400 gram untuk saya. Safi Shayla namanya. Masa tu saya tak hairan sangat dengan syampu ni. Iyalah benda free kan, memang ucap terima kasih je lah bila dapat. Baca keterangan pun tidak. Tak elok gitu... 😅 Alkisahnya, pergilah ke bilik air... Nampak syampu ni. MasyaAllah... Rupanya sebelum menerima Press Kit