Posts

Showing posts from July, 2016

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

Image
Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur   Sebuah hadis yang menarik ingin saya kongsikan kepada anda. Sentiasalah pahatkan Ibu dan Bapa anda di dalam memori agar anak-anak turut ingatkan anda sebagai ibu bapa mereka hingga ke akhir hayatnya. Sumber gambar : Whatsapp Group sekolah anak . Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur  kali ini merupakan hadis pilihan yang saya baca di dalam applikasi Android tentang pelbagai topik menarik melalui Hadis pilihan masa kini. Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."  Hadis Riwayat Bukhari. Huraian Hadis Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur . Silaturrahim  berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan satu ikatan yang suci yang menuntut kita sebag

Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?

Image
Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik? Dinding jika dipaku akhirnya merosakkan. Begitulah hati. Jika sering disakiti, lukanya berpanjangan. Sumber gambar : Google. Assalamu'alaikum. Inilah artikel pertama saya kongsikan di dalam blog ini pada tarikh 2/6/2009, jam 1.29 petang bertajuk 'Paku di dinding'.   Tarikh ini adalah tarikh mula saya ber blogging . Hari ini, saya sunting dan kongsikan semula secara automatik melalui aplikasi Networked Blog sebagai renungan buat saya dan mungkin bermanfaat buat anda semua. Paku di dinding . Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu tela

Wordless Of Wednesday 50 : PUTUS

Image
Wordless Of Wednesday 50 : PUTUS . Wordless Of Wednesday (WOW) merupakan entri khas oleh blogger pada setiap hari Rabu. Entri ini membiarkan pembaca memberi pendapat tersendiri. WOW ini direkacipta oleh blogger +potia casadelarossaa

Perginya tak kembali...

Image
Assalamu'alaikum. Hari ini ingin ku berkongsi dengan kalian secebis kisah " Perginya tak kembali ..." . Kisah pilu... pemergian arwah emakku buat selama-lamanya.

10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya

Image
" 10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya "  adalah antara sikap yang sering dilakukan oleh ramai pemandu kenderaan atau pemandu motorsikal. 10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya  itu ialah : Peta Highway PLUS 1) Membelek handphone (bermesej/berchatting/berfacebook/apa sahaja laman web) semasa memandu / bermotorsikal. 2) Bersembang dengan kawan di motor sebelah. 3) Membunyikan hon sesuka hati. 4) Berpakaian menyeksa mata, jiwa dan raga (siang atau malam) atau memakai pakaian berwarna hitam pada waktu malam. 5) Merokok. 6) Mabuk. 7) Melanggar lampu isyarat. 8) Memandu laju tak hengat donia atau memandu perlahan di lane  kanan. 9) Tidak memakai topi keledar. 10) Memacakkan motor dan merempit. 10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya ni jika dilakukan, sering menyebabkan kemalangan di jalan raya dan silap haribulan, anda akan kehilangan nyawa! Jadi, pastikan anda tidak melakukan 10 perkara yang menyusahkan or

WHY SHOULD YOU LOVE YOUR MOTHER?

Image
WHY SHOULD YOU LOVE YOUR MOTHER? I always heard "One mother can take care 10 children but 10 children can not take care one mother". But why? What you think? Meantime, let watch this video why should you love your mother? SIX REASON WHY YOU SHOULD LOVE YOUR MOTHER. She is the one that born you in this world. She always stand by your side when you sad or happy. She always support you everytime. She is the best chef in your life. She always have time for you although she is busy. She gave all her time, work and loves for you. Now you have to play your role. Love your mother everytime like she always do and respect your mother. Did you have any other reason WHY SHOULD YOU LOVE YOUR MOTHER? Please let me know. Thank you watching and reading ^__^ Source : Shia James, Komuniti WeChat Malaysia G+

3 tips mengatasi kesedihan dan terapi minda anda

Image
3 tips mengatasi kesedihan dan terapi minda anda Pernah tidak anda bersedih? Mesti pernah kan? Bagaimana nak hilangkan rasa sedih tu ya? Ada beberapa tips dan terapi minda cara yang saya buat selain solat hajat atau membaca Al-Quran. PERTAMA : Baca timeline rakan-rakan yang suka buat humor seperti posting jiran dua taman saya, Boni Kacak di facebook . Ini paling win saya pernah buat. Tergelak sakan saya. Jadi, hilang sedih. Cubalah :) Jangan asyik syok sendiri mengadap timeline sendiri sahaja tau. Baca... Kadangkala, idea menulis mencurah-curah waktu membaca posting kawan-kawan. KEDUA : Buka instagram dan tonton video lucu di situ. Banyak...Cari sahaja. Bulan-bulan puasa ni, letih kan? Jadi sesekali nak happy? Tontonlah video di instagram . Jangan tonton video phorno sudah... Saya paling suka menonton video dan caption instagram Zukiee atau Kasut Terbang. Hilang sedih seketika dengan lawaknya tu. KETIGA : Tulis dan abadikan dilaman sosial anda