Berniaga kena ada ilmu yang betul [Kongsi di facebook pada 12/10/2019, sunting pada 19/8/2024].
BERNIAGA PERLU APA?
Berniaga kena ada ilmu yang betul. Jangan seperti beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta dahulu, banyak sangat dah langgar dinding. Lepas tu tak fokus. Semua nak diniagakan. Semua nak dibuat. Kerja tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetap dilaksanakan. Blogging, berniaga, coaching sambilan buat isi masa lapang slow sikitlah tapi kalau masuk job menulis artikel review, menyertai program blogger, pun sanggup beta buat.

