اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.
Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.
Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?
Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.
Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru.
Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...
|
Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat... |
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga,
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi manusia yang berguna.
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka.
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya.
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa.
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa
dan terkadang menulis entah apa-apa....
Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya?
kerjaya perguruan tu sesuatu yang mulia lah kak... tanpa guru sapalah kita... dia yang memberi ilmu dan menjadikan kita apa yang kita jadi sekarang... disamping didikan ibu bapa dan persekitaran...
ReplyDeletesaya dulu pernah gak terfikir...jadi cikgu pown besh jugak nih... adalah mengajar tuition kat rumah dulu...tapi sekarang sebab cbuk... dah tak ter-tuition jugak... lagipun biarlah bebudak tu belajar dengan cikgu yang bertauliah...
tunggu ngajar anak sendiri...
bukan tah pape la,,, muja suke je baca blog ni,, hehehe,,, i am also going to be a teacher,, hope i will be as strong as you are when i am officially a teacher :D
ReplyDeletemcm mana cra terbaik eh lps dpt ijazah yg bkn peguruan...confius la pensyarah ke nak guru hihi
ReplyDeleteFarah : betul, kerjaya sebagai guru memang kerjaya yg mulia. Antara perkara yg mnjadi bekalan mati ialah Ilmu yg bermanfaat. Syukur Alhamdulillah sbb ada gak la sesuatu utk bekalan mati nnti... walau amalan tak banyak... huhu...
ReplyDeleteMuja : Selamat bergelar guru ya :)
Zila Manaf : buatlah solat istikharah utk mdpt pilihan yg terbaik.
guru jutawan akhirat.
ReplyDeleteselamat kembali bertugas dengan penuh azam & kesungguhan :)
* ciklaili.com pun cikgu juga.
betul tu jadi guru ni tanggungjawab besar nak mendidik anak bangsa...job description nya tiada batasan...sampai kalau terjumpa anak murid di luar sekolah sekali pun guru kena tegur budak tu kalau dia buat salah....tu sebab saya respek dgn sesiapa sahaja yg bergelar guru...
ReplyDeletewahh cikgu rupanya. teringat citer upin ipin petang tadi. saya pun berminat jugak untuk mejadi seorang pendidik. ツ
ReplyDeleteKerjaya guru tu sememangnya mulia tapi niat ikhlas tu perlu seiring dengan khidmat yg diberikan seorang guru tu...
ReplyDeletejdi cikgu ni kna byk bersabar..
ReplyDeletekna pndi mengajar..
sya jnis x pndi mengajar.. hihihi
Saya pun nanti bila dah berjaya, saya nak jadi cikgu. Cita-cita sejak kecik. Jadi sampai sekarang cita-cita tu melekat sebab MINAT. Saya harap suatu hari nanti dapat jadi cikgu. Hikhik. Sis aka Cikgu, teruskan mengajar. Hehe :D
ReplyDeleteCik Laili : Terima kasih :)
ReplyDeleteTimi : betul tu :)
BK : hehe... anak2 mmg suka tgk upin ipin.
SM : sentiasa mengikhlaskan diri walau dicerca atau dimaki. Adat menjadi guru, sentiasa kena bnykkan bersabar :)
MZ : xpandai m'ajar takpe sbb ada cikgu2 yg sudi m'ajar sesiap yg sudi belajar :)
Nurul : Harap tercapai yg cita2kan :)
Saya juga merupakan seorang guru. Banyak sangat tekanan dan beban kerja. Tapi masyarakat sekarang tidak menganggap guru sebagai seorang pendidik yang sering dihormati seperti dulu-dulu. Masayarakat sekarang tggu masa je utk viralkan isu guru atau sentiasa menuding jari ke arah guru apabila dikaitkan dengan masalah atau kemenjadian akhlak murid. Redha je la... Semoga adalah saham kita di akhirat kelak. Kita jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang guru dengan amanah.
ReplyDeleteHalo semuanya
ReplyDeleteSaya MRS GRACE MORGAN.
Anda memiliki pinjaman mendesak?
Apakah Anda perlu sebuah proyek pinjaman?
Membeli rumah atau mobil?
Untuk membayar utang?
"Pinjaman Investasi" deals
Anda memiliki kesulitan keuangan?
Mereka telah ditolak oleh bank dan ditipu oleh penipu?
Kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga 2%.
kami di sini untuk membuat-Anda masalah sesuatu dari masa lalu !!
Silahkan email kami sekaligus, kami menjamin pengobatan segera
Dalam waktu 24 jam tanpa biaya atau biaya dari perusahaan kami.
Hubungi: Gracemorganloancompany@gmail.com
Terima kasih telah memilih kami.