Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?

As salam. "Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?" Sesungguhnya, saya tidak pernah mengimpikan yang impian saya akhirnya tercapai... Selalu saya letak button Page Rank (PR) dalam blog saya, sering menghampakan saya kerana tidak pernah naik. Sampai saya merajuk, tak mau letak button tu lagi. Tapi, hari ini bertarikh 10/12/2013 tepat jam 2.45 pagi, tiba-tiba PR blog naif saya ini naik dengan drastik sekali! Terus ke PR2... Macam tak percaya je...


PR Blog ieta, PENGALAMAN BLOGGING, PANDUAN BLOGGING, berblogging bukan kerana wang, Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog? Teknik SEO menaikkan ranking blog
Tiba-tiba je kan?

Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog? Setelah setahun berblogging secara part time dan agak sedikit serius, hari ini saya menjawab. Ya! Memang PR blog sangat penting. Selama ini, saya hanya memerhati sahaja  blog-blog hebat yang lain PR 2 tapi pada hari ini... Sedih dan terharu yang amat-amat.... melonjak ke PR2 tanpa saya sangka-sangka... Maha Kuasa Allah, Maha hebat Allah.... Tiada yang mustahil jika DIA berkehendakkan kepada apa sahaja yang DIA kehendaki berlaku... Hebatnya Allah...

Anda bayangkanlah, selama 3 minggu saya handle program Kem Rakan Al-Quran. Memang blog tak ber update dengan tertib. Seringkali malas menguasai diri... lantaran saya bizi, jarang dapat blogwalking sana sini. Komen dalam blog ni pun tak hebat macam blog-blog hebat yang lain. Hah, mana mungkin pada fikiran saya ini, blog saya akan tersenarai ke PR2? Impossible kan? 

Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog? Memang penting sebab... kebanyakan blogger, hanya sudi komen pada blog yang berPR tinggi sahaja. Blog hampeh macam blog saya ni, memang jarang orang komen. Itulah hakikat dalam dunia blogging. Lagi-lagi jika saya terbitkan entri ilmiah, memang tak ramai yang gemar. Biasalah tu kan... Tapi, saya tak kisah... sebab saya berblogging bukan untuk glamour dan bukan juga mengejar kekayaan. Dah memang saya minat menulis dan berkongsi apa sahaja yang bermanfaat walau kadangkala, sedikit mengarut. 

Inilah yang dinamakan kuasa Allah. Walaupun berdomain free. Bak kata orang tak up-to date langsung. Jika Allah berkehendak sedemikian, takde satu pun yang dapat menghalang. Sedih, syahdu, terharu dan nak nangis kakak dik.... Tak pernah terbayang... Namun demikian... PR apa sekalipun, takde pun nak dibanggakan.... Ianya boleh ditarik bila-bila masa sahaja jika Allah menghendakinya. Ini semua nikmat sementara dari Allah. Yang penting... teruskan berblogging dengan jiwa dan dari hati sendiri. 

Jadi, hari ini terjawab sudah Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog? Terima kasih semua pembaca blog ini samada anda silent Reader ataupun anda pembaca pengomen tegar, anda semualah yang telah menaikkan blog saya ini. Terima kasih tak terhingga juga kepada 2 sifu saya iaitu +Encik Titan dan +HASRUL HASSAN. Terima kasih sekali lagi. Salam Ukhuwwah Fillah untuk anda semua :)

Entri merajuk :
AKU CUMA INSAN BIASA... (Baru je post jam 1 pagi tadi... sebelum tahu dah naik ke PR2 hehe)

42 comments:

  1. pr liniey still 0..sedih :(

    ReplyDelete
  2. pr kenit masih 1/10 tapi itu langsung tidak mematahkan semangat. Keep up the good work kak! (^_^)

    p/s: kak eita berminat nak simpul kasih ke? boleh pm kenit kat fb kalau berminat (^_^)

    ReplyDelete
  3. Dah update rupanya...nampaknya saya masih kekal xberganjak.
    Tahniah! Semoga memberi lebih semangat blogging. :)

    ReplyDelete
  4. blog akk mmg hebat pun..:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak teruskan usaha berblog ye..

    ReplyDelete
  6. Tak terfikir pun nak cek haha..syukurlah, sejak 6 bulan dalam blogging dapat dah PR1..:) thanks to u too

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Berbaloi-baloi kan?

    ReplyDelete
  8. ok la tuh kenit..tb xtau cara nk check cmne..slalu org post pasal ni jugak..

    ReplyDelete
  9. salam..1stly thanks sudi komen blog sy..kalau berminat dgn produk tu just call/msg...oh ya, camne nk letak PR kat blog ye..??hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2... g kat URL ni--> http://pagerank.chromefans.org/pagerank-button/?ref=ext_pr
      Than ikut je arahannya ya. Terima kasih sudi berkunjung ke sini juga :)

      Delete
  10. penting bagi blogger rasa PR itu penting

    ReplyDelete
  11. Tahaniah..awak lagi hebat dari saya... Cepat melonjak ke PR2..... Tahniah!!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. salam kenal.....suka baca entry2 di sini :)

    ReplyDelete
  13. Bila PR tinggi ramai yang nak dapatkan backlink tu

    ReplyDelete
  14. tahniah yer. update kali ni ramai pr yang tinggi jatuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan Denaihati. Pernah sy nampak di toolbar sy nombor 3 tapi ms tu, sy letak PR widget di sidebar tetap nombor 0 yg keluar. Semalam, try letak lg widget tu tgk2 PR2. Alhamdulillah... semuanya rezqi dan berkat kawan2 yg rajin berkunjung :)

      Delete
  15. PR blog saya jatuh 1 anak tangga.. salah sendiri sebab tak berapa nak aktif... org ckp kalau nak bermain dengan SEO, PR mmg penting...

    ReplyDelete
  16. tahniah kak!!
    melonjak naik terus... cayalahhh :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...