Posts

Showing posts from June, 2015

Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20

Image
Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20 . Berikut adalah ayat dari Surah An-Nur, Juz 24. Ayat 1 hingga 20. Ayat ini banyak menceritakan berkaitan tatacara menjatuhkan hukum terhadap penzina dan kategorinya . Bacalah... Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ  Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). {24:1} الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ  Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh

Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy

Image
Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy . Sumber gambar : Instagram Dunia Niaga ieta Enterprise    Balik dari kursus semalam, ada seorang customer  lelaki telefon. Saya dengar dia tanya ada tak Chezzy Cheese ?  Saya cakap ada... Dia dah sampai ke rumah, saya pun tunjuklah i-Mukmin Chezzy Cheese . Rupa²nya dia nak beli Monster's Crazy Crunchy (MCC) ... Hadehhhh... Kesian dia. Sebab MCC memang dah lama habis dalam stok saya....  Saya tidak re-stock kerana belum ada permintaan lagi hingga ke hari ini. Kini yang ada hanyalah Chocoletto 3 perisa. Lastly dia beli Chocoletto. Alhamdulillah la. Katanya dia ingin mencuba dahulu dan beliau sebenarnya memang peminat tegar MCC . Dia tanya saya,  Kenal tak owner produk MCC?" Saya cakap,  Kenal... Hari tu dia yang hantar MCC kepada saya".  Customer  saya ini memuji pemilik produk MCC baik dan humble. Saya cakap Memang pun... Even dia owner, dia sanggup turun hantar produk&quo

Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy

Image
Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy Kadangkala bosan juga makan nasi berlauk kan? Jadi, sesekali masak Nasi goreng best juga kan? Pagi tadi saya masak Nasi goreng sempoi ini sahaja.  Tak kisahlah anda dah pandai masak... Saya nak kongsi juga resepi sempoi saya ni. Sebab anak-anak saya cakap sedap lah ibu... Saya rasa biasa je ni. Tapi sebab anak-anak kata sedap, bolehlah nak kongsi dengan anda semua ya. Resepi sempoi dan sangatlah mudah. Semudah menyebut ABCDEFG tau. Sebut betul-betul... Jangan salah sebut ABCD GST . Heee... Bahan-bahan Nasi Goreng Margerin Daisy  : Nasi putih lebihan semalam. Bancuhan air garam setengah cawan. Bawang besar sebiji. Bawang putih 5 ulas. Margerin   Daisy 4 sudu besar. Telur 2 biji. Bahan asas Nasi Goreng Margerin Daisy Cara memasak Nasi Goreng Margerin Daisy  : Kisar bawang besar bersama bawang putih. Gaul hingga lerai nasi supaya mudah menggoreng tidak berketul. Masukkan campuran air garam ke dalam nasi dan g