07 June 2025

BLOGGER DIJADIKAN EJEN PENYEBAR AJARAN SESAT?

BLOGGER DIJADIKAN EJEN PENYEBAR AJARAN SESAT?


Beta nama pena Puteri Nur Cahaya atau Cikgu ieta dan Tuanku Nur Inayah Deraoh Remaniyyah. 

Graduan Pondok, Institute of Information & Technology Cosmopoint dan UTMSpace, Mantan Guru JAIS, Penolong Guru Besar sekolah swasta dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JAWI (2007–2017). Suri rumah sepenuh masa sejak 1/3/2022. Pulih kronik slipped disc 29/9/2023. Penulis Lifestyle Blogger dan Content Creator. Berpengalaman sebagai motivator, 36 tahun di bidang sosial media sebagai Tele Marketing Consultant, speaker social media digital marketing Coach dan 24 tahun hadap puak ajaran sesat campuran gila isim.

Beta sudah tidak berniaga. Hobi menulis, kongsi video pengalaman dan fakta aqidah. Tidak berkompromi dengan pemesongan aqidah.

Ini kisah beta nama pena Puteri Nur Cahaya atau Cikgu ieta dan Tuanku Nur Inayah Deraoh Remaniyyah dengan kumpulan Kelab Blogger Ben Ashari (KBBA) dan menjawab persoalan kenapa beta tinggalkan terus kumpulan blogger itu dan menyepikan diri dari dunia blogger dan aktiviti blogging.

13/6/2015 menyertai program workshop dan kerjaya di hotel Bangi Putrajaya anjuran Myryl. Masa tu masih lagi bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Kumpulan blogger diminta buat entri blog dan sebarkan melalui sosmed masing-masing menggunakan hashtag KBBA. Itulah rutin setiap kali selepas program kami dijemput menyertai secara percuma.

Ketuanya Ben Ashaari ramai pengikut mungkin tidak tahu agaknya itu program ajaran sesat New Age. Biasanya dapat job atau event disalurkan ke dalam group whatsapp. Siapa cepat rebut dapat menyertai program.

Ada yang berbisik kepada beta tak sanggup duduk dalam kumpulan whatsapp tu, berebut macam piranha. Beta ketawa sahaja.

Suami beta ada tegur,

"Bodoh siapa yang taksubkan Ben Ashari. Ada dia naikkan blogger ke? Tak adanya dia tolong blogger pun. Dia nak naikkan diri dia je peralat blogger".

Beta simpan semua entri berkaitan KBBA. Tidak padam. Tidak mahu lagi ada kaitan dengan kumpulan itu. Screenshot orang kongsi pun beta tidak padam. Memang waktu itu beta tahu ajaran sesat, sihir dan dukun tu apa. Tahun 2023 baru beta faham ajaran sesat tu apa.

Beta tinggalkan terus kumpulan blogger itu selepas janda bernama Qaseh di dalam kumpulan itu pukau beta. Asbab itu, beta telah mula dipulau disabotaj oleh kumpulan blogger. Di mana, Saidila Abdul Rahman whatsapp beta soal selidik beta dan buat tuduhan beta buat tindakan sendiri.

Manakala Najeeb Abdullah dalang utama komplot sabotaj beta, sebar fitnah beta buat rawatan tradisional dan ajak blogger lain berjemaah jenayah cyberbully body shaming beta di facebook. Beta nampak Adnan Ibrahim blog Tiffin Biru turut terlibat.

Selepas itu beta dikeluarkan daripada group whatsapp Lembaga Zakat Selangor (LZS) tanpa alasan.

Masa tu beta belum pandai melawan. Dan beta memang malas melayan. Lalu beta turun ke instagram.

Selepas beta keluar, ada beberapa orang blogger mengadu mereka kena pulau. Beta tidak berhubung lagi dengan ahli-ahli kumpulan itu.

Ada satu hari tu, hajat di hati nak baca perkongsian blog blogger. Beta masuk telegram tidak tahu itu group KBBA, beta telah dikeluarkan.

25/02/2025 beta padam gambar yang penuh dalam galeri penuh gambar daripada group whatsapp blogger yang entah apa-apa, beta terjumpa gambar-gambar program anjuran Myryl. Beta tersedar, rupa-rupanya inilah kali pertama beta menyertai program ajaran sesat New Age! Adakah kumpulan blogger dijadikan ejen alat penyebar ajaran sesat? Tak berani buat andaian tapi beta kongsikan dalam blog beta secara umum tanpa sebut nama sesiapa.

Ahlinya pun bila beta maklumkan, dia cakap tak mahu campur. Memang tidak kisah langsung bab aqidah. Beta biarkan. Nekad, takkan kisahkan lagi mereka. Beta pernah kongsikan kisah beta dianiaya semua kepada salah seorang ahli. Bab Ben Ashaari dia blue tick sahaja.

04/06/2025 beta senghajalah tanya no telefon. 

 Assalamual'aikum. Boleh beri akak no telefon Ben Ashaari? 

[04/06, 5:25 pm] NJ KBBA: Waalaikumsalam..akk nak buat apa ye. Sebb sy taknak campur apa apa Beta jawab 

[04/06, 6:36 pm] Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta Writer, Lifestyle Blogger, Content Creator.: La haih urusan sayalah nak buat apa pun takkan semua perlu diberitahu? Kalau tak salah nak takut apa? Campur? Campur apa? Fon saya ni rosak conversation banyak hilang. Apa bendalah yang takut merepek² ni? Takpelah saya tanya orang lain. Pelik² perangai puak KBBA ni.

Terus dia blue tick.

Beta beri ayat ini kepada dia dan block terus. Tak guna simpan nombor telefon orang yang tidak kisahkan adab, aqidah dan nyawa.

"Sebagai yang lebih berumur, ini sahaja saya nak pesan. Hidup tu kalau asyik berblogging atau bekerja sampai tak kisahkan bab akidah, Haram dan dosa, redha Allah pun tak kisah, percayalah, hidup akan sentiasa bermasalah. Rezeki tu takkan ke mana pun. Tak berkat kehidupan hasil hidup berterusan dalam kejahilan ikut penunggang agama memperalatkan blogger dalam kesesatan. Kesian ditunggang Ben Ashaari seumur hayat. Macamlah dia tuhan yang beri kamu rezeki. Sia² hidup beri makan minum keluarga hasil bekerjasama dengan penunggang agama scammer memperalatkan blogger untuk kepentingan sendiri. Ramai dah yang cakap. Saya je malas nak kecoh. Tapi kali ni saya takkan diam sebab melibatkan aqidah! Hidup ni tak kekal lama. Mati nanti bukan duit blogging tu bawa ke syurga. Mulai saat ini saya tiada apa² kaitan dah dengan anda. Wassalam."

BLOGGER DIJADIKAN EJEN PENYEBAR AJARAN SESAT? FIKIRLAH SENDIRI.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex motivator, Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 29/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....