Posts

Showing posts from July, 2015

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri 1436 H

Image
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ  لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ ـ اَللَّهُ اَكْبَر, اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْد ُاَللَّهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلا    لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَلاَنَعْبُدُ اَلاَّ اِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْكَرِهَ الْكَافِرُوْنَ, لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ  صَدَقَ وَعْـدَهُ , وَنَصَرَعَبِدَهُ , وَاَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ  الْأَحْزَابَ  وَحْدَهُ ,  لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ .   اَللَّهُ اَكْبَرْ   اَللَّهُ اَكْبَرْ  وَلِلَهِ الْحَمْدُ Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H. Maaf Zahir dan Batin Atas Segala Kesalahan yang telah saya lakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja. Semua pulang beraya, Sedapnya air Quinin; Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.  Ikhlas dari saya, Blogger Blog Kisah Cikgu ieta & Pengurus  Dunia Niaga ieta Enterprise .

Ulamak tersohor dunia diiktiraf merata-rata

Image
Ulamak tersohor dunia diiktiraf merata-rata . Saya pernah bertemu  YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat . Beliau seorang yang sangat humble . Beliau seorang yang amat tawadhu'. Beliau rela tinggal di dalam rumah kayunya. Rumah kerajaannya diberi pemandunya tinggal di situ.  Semasa berbual dengan beliau, matanya dijaga. Tidak terarah tajam kepada saya. Beliau sangat menjaga matanya. Saya kagum dengan sifat kepimpinannya. Lebih banyak diam daripada berkata-kata. Saya pernah bertanyakan hal Thoriqat kepadanya. Waktu itu saya berumur 15 tahun rasnya. Jawapannya mudah dan simple... "BUAT MASA INI, tidak perlu". Saya bukan ahli politik. Tetapi sikap beliau yang tawadhu' itu amat saya kagumi hingga kini.... Jika ada yang belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang amat menarik ini. Semoga bermanfaat buat kita semua. Biodata YAB Dato

Bantuan Lembaga Zakat Selangor

Image
Terkini, Bantuan Lembaga Zakat Selangor  kepada mangsa Kebakaran di Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya telah disampaikan oleh Lembaga Zakat Selangor. Menurut Encik Zubir dari Lembaga Zakat Selangor, sumbangan telah diserahkan pada hari kejadian. Kebakaran ini telah melibatkan 3 buah rumah iaitu 2 buah rumah mangsa beragama Islam dan sebuah lagi bukan islam.  Sumbangan keseluruhan adalah RM5000 iaitu dengan segera sebanyak RM500 dan baki lagi RM4500 akan diproses setelah semua dokumen lengkap diterima. Baki sumbangan akan diserahkan minggu hadapan sebelum aidilfitri. Sebarang sumbangan terutama pakaian-pakaian yang masih elok amat dialu-alukan. Mari bersama ringankan tangan menghulurkan bantuan buat mangsa yang memerlukan. Sumbangan boleh dibuat ke dalam Acc CIMB : 7601275375 - Shahidah Bte Mohamad Yusuff Atau hubungi, 012-2014312  (Shahidah). Bantuan Lembaga Zakat Selangor ini diharap dapat meringankan beban mangsa -mangsa kebakaran ini. Makl

BENGKEL “WARNA DAN KERJAYA” OLEH MYRYL

Image
BENGKEL "WARNA DAN KERJAYA” OLEH MYRYL Assalamu'alaikum...  Alhamdulillah masih bernafas hari ini.  Ceria hendaknya semua ya? Perjalanan saya kali ini ke lokasi program, menaiki Putra LRT, Komuter dan taksi ke Hotel Bangi, Putrajaya. Balik, saya menaiki ERL dan Putra LRT. Memandangkan fobia tersesat, saya rela menaiki kenderaan awam setelah meninggalkan kereta MYVI saya di stesen Putra LRT berhampiran.  Memang seronok menaiki kenderaan awam tau... Banyak faedah yang saya dapat ^__^ Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya dapat ke program hebat ini kan?  Satu penghargaan buat saya apabila saya disapa melalui whatsapp oleh pengasas Kelab Blogger Ben Ashaar i sendiri untuk menyertai Bengkel hebat ini. Terima kasih boss  Ben Ashaari , blogger tersohor dunia yang tidak kedekut ilmu dan peluang dengan blogger naif seperti saya ini. Baiklah, berbalik kita kepada tajuk  BENGKEL “WARNA DAN KERJAYA” OLEH MYRYL. MYRYL  disebut sebagai my-real  merupakan si