Posts

Showing posts from October, 2015

Wordless Of Wednesday 49 : WOW SALE!!

Image

Jangan ada benci dalam hati

Image
Jangan ada benci dalam hati Pernah tak kita rasa benci pada seseorang? Atau kita rasa sayang sangat-sangat pada seseorang tu? Pernag tak orang bencikan kita? Pasti pernah bukan? 3 sebab kenapa orang suka cakap belakang. Baca dan fahamkan dan bawa bertenang :) Walau apa pun yang kita rasa, biarlah bersederhana. Arwah emak saya pernah pesan, "Suka jangan suka sangat dan benci pun jangan benci sangat. Biar bersederhana". Kenapa ya arwah emak saya pesan begitu? Pasti ada sebabnya bukan? Ya benar, memang benar pesanan arwah emak saya tu.  Pernah saya sayang sangat pada seorang kawan baik saya. Dia selalu tolong saya bila saya perlukan pertolongan. Bila saya kesedihan, dia sering menghiburkan. Bila saya kesakitan, dia tolong meredakan. Namun, disebabkan perkara yang kecil. Berlaku sedikit perselisihan faham, akhirnya kami bawa haluan masing-masing. Dialah antara orang yang pernah menaikkan blog saya ini yang juga atas usaha saya sendiri. Redha... Itulah yang se

Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?

Image
Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit? Melalui aplikasi Malaysia Air Polution Index (API) yang saya install ke dalam telefon bimbit saya ni, kelihatannya udara persekitaran ternyata masih kurang sihat. Hujung minggu, duduk rumah sahajalah jawabnya. Nak keluar waktu jerebu ni, maklum sahajalah... Sakit tekak dan pedih mata dek asap jerebu ni tau... Saya beberapa hari ni pun, tekak sakit hingga mengeluarkan darah. Semput menjadi-jadi pula. Sabar aje lah kan...? Tak pe, tak pe sakit ni kan kaffarah dosa.  Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?  Bila kurang sihat biasalah. Baring je lah kan? Apa pun tak boleh buat. Jadi, pertama sekali sewaktu sakit sudah tentulah banyakkan mengingati Allah kan? Ha, masa nilah baru nak muhasabah (kaji) di mana salah dan silap diri.  Kedua, makanlah ubat. Ikhtiar. Usah berserah sahaja. Sampai bila tak akan baik penyakit kita. Tak dapat kesembuhan dengan ubat doktor, cubalah ikhtiar cara tradisional. Takpun, minumlah air Yaasiin. Tak