KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR

KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR.
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR
RUTIN SEORANG GURU.
Inilah rutin dan amanah buat seorang guru selain mengajar dan menyiapkan pelbagai dokumentasi, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti telah dirancang di sekolah.

Gambar di atas, adalah sebahagian buku-buku latihan pelajar saya dari darjah 1 hingga ke darjah 5 sesi pagi dan petang. Darjah 6 sudah siap saya semak sebelum cuti sekolah.

HAJAT TAK KESAMPAIAN.
Saya bercadang buku di sekolah yang tidak habis lagi saya semak saya nak ambil bawa balik semak di rumah sepanjang cuti sekolah seminggu ni. Kononnya lah kan... Tetapi beberapa hari dalam tempoh cuti persekolahan ni, saya kurang sihat. Maka hajat saya tu tak kesampaian.
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR, Codi Cafe sedap, lazat dan menyegarkan badan.
Namun, Alhamdulillah walau pun kesihatan sedikit kurang memuaskan, dengan izin Allah saya minum Codi Cafe ni, dapatlah menyegarkan badan saya sedikit. Tidak, selalunya pasti melepek terus.
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR, Timbunan kertas Ujian
Dari 18 bundle kertas Ujian, 10 bundle sahaja saya sempat siapkan menandanya di sekolah. Maka tinggallah lagi 8. Ha, baru sebentar tadi jam 3 pagi tadi siap 3 ¹/² bundle. Esok nak siapkan baki. Kalau dapatlah... 😁😁😁
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR
Harap-harapnya, esok dapatlah saya menyiapkan lagi 4 ¹/² bundle yang tinggal. Aamiin... Sebab Sabtu dan Ahad suami tak kerja. Boleh bawa anak yang 5 orang tu berjalan. Bisnis saya, cuti sekolah ni stop sekejap. Utamakan kerjaya utama.

TIPS MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN.
Bagaimana saya menanda kertas pepriksaan dengan kekalutan melayan karenah 5 orang anak saya? Anda boleh baca dalam entri ini ->> Tips mudah menanda kertas peperiksaan.

KESIMPULAN, SELESAIKAN AMANAH DIBERI.
Beginilah antara kerja guru, menanda kertas peperiksaan dan buku latihan pelajar walaupun bercuti. Amanah ini saya cuba selesaikan secepat mungkin dan semampu saya. Anda pula bagaimana? Ke mana anda sekeluarga cuti sekolah kali ini? 

Best ke tarikh 29/2/2016?

Best ke tarikh 29/2/2016?
Best ke tarikh 29/2/2016?
Bila kecelaruan minda bermaharajalela, nak juga menaip, ketagihan menulis melanda dalam jiwa... Saya cuba mencari apa yang bestnya dengan tarikh 29/2/2016? Pada saya tarikh ni biasa je. Tak ada apa langsung pun yang menarik dan luar biasa.

Apa kaitan tarikh 29/2/2016 dengan boring?
Boring dan mood blogging saya tetap menurun seperti turunnya page rank blog saya dari PR3 ke PR2 dan sekarang terus hilang PR itu. Bila nak naik entahlah kan? Huh! Best ke Best? Memanglah tak best...

Serius, tak menarik hati saya langsung. Entri saya tetap tidak menyengat seperti blogger lain. Silent reader tetap membaca dan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tulisan di ruangan komen pun.

Saya cuba mencari Apa yang bestnya dengan 29/2/2016? Ahha... ada... Baru teringat, ada tiga (3) perkara yang best pada tarikh 29/2/2016 ini.

1) Tepung Kek Extra Coklat Lembap.
Nampak sedap je ni...
Tepung kek ni kan, begini ceritanya. Usai sahaja mengajar, tiba-tiba anak murid saya datang dan hulur tangannya sambil berkata "Cikgu, nah emak saya suruh bagi". Terkedu saya. Nak tolak serba-salah. Jadi saya pun ambillah. Jadi, hari cuti nanti, bolehlah saya masak untuk suami dan anak-anak tercinta tau.... :)

2) Anak murid baca blog.
Keluar dari bilik guru petang tadi, seorang murid lelaki darjah 5 tiba-tiba beritahu saya, "Cikgu, saya dah baca blog Cikgu".
Saya tanya "Best ke blog Cikgu?".
Murid menjawab "Best... Kelakar Cikgu. Ada yang pasal budak pendek dengan cerita kelakar satu lagi tu". Tak ingat saya cerita apakah?

Aduh... Boleh lah kan dari tiada langsung yang sudi membaca. Sekurang-kurangnya, ada juga yang sudi membaca dan terhibur dengan coretan saya. Ha, suka hati saya tau... ^__^

3) Dapat stok Air Kedondong Asam Boi.
Best ke tarikh 29/2/2016?, Jus Kedondong best
Nak ke nak? Meh Whatsapp je nombor tertera ya ^___^
Ha, Jus Kedondong Asam Boi ni kan, lain dari yang lain tau... Rasanya... Haish, sedapnya yang amat... Ni untuk pelanggan saya dari Johor dah order 5 botol. Selebihnya, Pat-patnya... Siapa cepat, dia punya.... :D

Ha, best ke tidak tarikh 29/2/2016 ni? Memang best... Jika kita fikir dan ingatkan perkara yang best dan menggembirakan hati nurani kita sendiri. Betul tak?

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...