APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?

APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH? Tahukah anda, 11 September 2016 Masihi iaitu hari Ahad, bersamaan 9 Zulhijjah 1437 Hijriah adalah hari disunatkan berpuasa 'Arafah? Kelebihan puasa 'Arafah HADITH PUASA 'ARAFAH DAN PUASA 'ASYURA Bertepatan dengan Hadith Riwayat Muslim seperti berikut : “Puasa 'Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa 'Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadith Riwayat Muslim no. 1162). 3 KELEBIHAN HARI 'ARAFAH. Hari 'Arafah merupakan hari yang penuh dengan keutamaan kerana hari Arafah adalah : Hari Allah membuka pintu Maghfirah (keampunan) seluas-luasnya. Hari bagi para jama’ah haji melaksanakan wukuf yang merupakan inti kepada haji. Hari penyempurnaan agama dan nikmat yang agung kepada ummat Islam. HADITH BERKAITAN HARI 'ARAFAH . 📓 Ummul Mukminin Saidatina 'Aisyah pernah menuturkan bahawa Rasulull