APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?

APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU? Setiap hari balik dari ambil anak-anak dari Taska, anak saya yang ke 5 mesti masukkan CD 'BILA ADA AYAH DAN IBU' ke ruangan CD dalam kereta dan biarkan berulang-kali didengar oleh kami suami isteri. Dia marah jika dipasang siaran radio yang lain Perkongsian ringkas, di instagram Kisah Cikgu ieta . Petang tadi, saya dengar lagi dan lagi dan lagi. Satu yang saya terkesan tadi dan masih terngiang-ngiang di telinga saya, kata Ustaz Kazim... 3 orang yang tak akan masuk syurga iaitu : 1) Anak yang derhaka kepada ibu-bapanya. 2) Mereka yang meminum arak. 3) Mereka yang memutuskan silaturrahim. Saya tak nak sentuh yang lain. 1 sahaja yang saya nak kongsi, Ustaz Kazim kata... Derhaka itu bagaimana? Seorang anak dikira sebagai derhaka jika ada rasa benci, ada rasa marah, ada keinginan ibu dan ayah segera mati, berjahat sangka kepada ibu bapa, mengecilkan pandangan mata, menjeling, menengking, mengherdik, me