5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING.


Assalamu'alaikum... Entri ini sudah lama di dalam blog ini. Tahun 2013 saya siapkan. Kini saya edit dan paparkan kembali.


Syoknya... berblogging... Kenapa saya suka berblogging atau menjadi seorang bloggerNak tahu ke kenapa? Sebab, macam-macam dapat...

Top post, Jana wang dari Blog, Bagaimana jana wang dari Blog, PANDUAN BLOGGING, TIPS SEO, BLOGWALKING, happykan minda, 5 sebab kenapa  saya suka berblogging, sebab suka berblogging, kenapa saya suka jadi blogger?, best ke jadi blogger?, USAH ASYIK MERUNGUT, BERUSAHALAH!, BLOG SIMPLE JANA WANG DAN CUSTOMER, DAFTAR NIAGA DAN BELI DOMAIN HASIL DUIT BLOGGING
Sumber gambar : Google.
Menulis dan berkata-kata tu memang rutin seorang guru kan...? :D

5 SEBAB SAYA SUKA BERBLOGGING.


  1. Dapat ramai kawan fb dari kalangan rakan blogger. Bila ramai kawan, boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran.
  2. Dapat praktikkan ilmu coding masa belajar di Insitut Cosmopoint (kini KLMU) dahulu.
  3. Dapat blogwalking,  bila blogwalking, pelbagai ilmu baru dapat diperolehi.
  4. Dapat happykan minda. Tahukah anda? Salah satu terapi minda adalah melalui membaca. Saya suka membaca di blog oranglain. Hati-hati... saya akan blogwalking bila-bila sahaja berkesempatan. Mana bloglist ieta? Ada... dalam 1 blog khas tidak terpapar di dalam blog ini.
  5. Dapat duit dari pelbagai sumber. Walau tak banyak tapi, puas hati sebab usaha sendiri. Tanpa perlu suruh klik sana dan sini. Risiko tanggung sendiri....

BLOG SIMPLE JANA WANG DAN CUSTOMER.

Tahukah anda, ramai customer saya datangnya dari blogshop (Dunia Niaga ieta Enterprise) saya yang saya saja suka-suka buat tetapi simple ni? Janji usaha. Saya Blogger dan Usahawan sambilan. Saya hanya mengambil masa 2 jam sahaja dalam sehari untuk update apa sahaja perniagaan saya lakukan samada melalui blogshop simple saya ini atau melalui media-media sosial yang lain. Jadi, tiada masalah bukan?

DAFTAR NIAGA DAN BELI DOMAIN HASIL DUIT BLOGGING.

Tahukah anda? Pendaftaran perniagaan saya dan beli domain dot com juga adalah dari hasil duit kerja-kerja saya di blog ini dan blog Dunia Niaga ieta Enterprise.


USAH ASYIK MERUNGUT, BERUSAHALAH!.

Allahyarhamah emak saya kata 
Kita buat dia, bukan dia buat kita".
Jadi kenapa kita perlu merungut-rungut masalah kewangan jika kita ada kepakaran dalam banyak perkara? Cuba dan jaya sahaja. Usah banyak merungut. Tidak salah jika anda menjadikan saya sebagai contoh untuk anda juga berjaya. Walaupun saya seorang ibu berkerjaya dan malahan beranak lima (5), kerjaya utama saya sebagai penjawat awam tetap menjadi keutamaan saya. Blogger dan Usahawan saya lakukan sambilan sahaja. Saya boleh, anda pasti boleh. Sokongan, keredhaan dan doa dari suami tercinta, ibu bapa, saudara-mara dan adik-beradik, ipar-duai dan rakan-rakan,  merupakan antara kunci kejayaan disamping usaha dan bantuan dari ALLAH yang maha mengetahui hambaNYA.

KESIMPULAN 5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING.

Begitulah 5 Sebab Kenapa Saya Suka Berblogging walaupun saya ada beberapa Fanpage di facebook, group facebook dan blog yang lain, blog saya yang satu ni tetap menjadi blog utama dan sangat-sangat saya sayangkan blog Kisah Cikgu ieta ni  kerana saya juga sering mendapat rezeki dari berblogging di blog ini. Alhamdulillah... Anda pula, kenapa suka berblogging?

Jom tingkatkan Brand, Sales dan Followers Anda di Instagram. (klik untuk lihat testimoni Cikgu di minisite ini).



    Featured Post

    SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

    SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Ada pelbagai masa...