Assalamu'alaikum.
Anda pernah
bercinta? Pernah putus cinta? Bagaimana rasanya
putus cinta? Memang perit jika cinta putus dipertengahan hubungan. Kita semua
sama, pasti pernah dan akan merasainya. Jadi, bagaimana "CARA
HADAPI PUTUS CINTA"?
Ehsan dari pakcik google... Usah biarkan diri terbelenggu dek kecewa putus cinta... |
Apa yang
perlu dilakukan di saat begitu lemah dan hari-hari bergenang air mata? Bangkit
semula membina kekuatan. Teruskan juga kehidupan.
Putus cinta memang sakit bukan? Apakah ikutkan perasaan? Atau mengamuk sakan? Atau kembali kepada TUHAN? ~ Cikgu ieta ~Ini antara 8 CARA HADAPI PUTUS CINTA yang berkesan.
1) Lakukan solat hajat setiap hari.
2) Menangislah...
menangis itu normal... berserah diri pada Allah semasa solat itu lebih baik
dari berterusan mengingati dan meratapi cinta yang putus di pertengahan.
3) Sambung belajar. Waktu belajar,
kita akan jumpa ramai lagi kawan-kawan yang macam-macam ragam. Syok belajar
ni...
4) Sibukkan diri dengan kerja.
5) Cari kawan, elakkan menyendiri. Bila
bersendirian, syaitan mudah menghasut kita.
6) Dekatkan
diri dengan program-program keagamaan .
7) Baca al-quran bila sedih.
Dengan kebergergantungan terhadap agama dan al-quran serta berdoa sahaja jiwa
memperolehi kekuatan.
8) Bila rindu mencengkam jiwa, letakkan
tapak tangan di dada, bacalah surah al-Fatihah sebanyak yang dapat. Inshaa
Allah boleh lena dengan nyenyak.
Ramai yang berjaya menghadapi kekecewaan melalui CARA HADAPI PUTUS CINTA ini. Usah biarkan diri dibayangi kisah silam yang kelam dan suram. Moga anda yang sedang kecewa terubat dengan sedikit panduan dan santapan minda dan rohani dari saya Blogger Cikgu ieta.
Cikgu iEta bukanlah doktor Dan pakar cinta. Tapi bila ditanya bolehlah bantu beri pendapat. Diterjemahkan dalam bentuk penulisan. |
Anda ada pengalaman menghadapi kekecewaan dalam percintaan? Kongsikan CARA HADAPI PUTUS CINTA anda di ruangan komen artikel ini.