As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja.
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
Showing posts with label TIPS KEIBU BAPAAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KEIBU BAPAAN. Show all posts
09 December 2014
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK
As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja.
08 November 2013
KAEDAH MERANCANG JANTINA BAYI
As salam. Saya terjumpa Kaedah Merancang Jantina Bayi ni di dalam timeline facebook saya.
26 September 2013
ADAB MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR
Kali ini saya ingin kongsikan "ADAB MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR" yang saya ambil dari Rakan Facebook saya Nur Hafizah Hanafi.
Mungkin di kalangan anda ada yang pernah memandikan bayi dan ada yang tidak pernah. Jom baca panduannya...
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
8 ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Adab memandikan bayi baru lahir ni amat berbaloi bila dipraktikkan oleh ibu bapa yang baru mendapat zuriat. Cubalah amalkan ADAB MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR kepada bayi anda dan lihat kesannya 😊
Sumber : Rakan Facebook Nur Hafizah Hanafi.
👇 Komen g+ :
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
KES WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN (2013) . Beta akan kongsikan satu persatu kes jenayah buli dan bunuh di Malaysia yang tular menurut pa...
-
BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI TIDAK KENAL INTAN, KACA DAN PERMATA, LEMBAM FAHAM SAMPAI MURTAD AKHIRNYA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021...
-
KESIMPULAN AWAL KES ALMARHUMAH ADIK ZARA QAIRINA BINTI MAHATHIR Artikel ini mendedahkan pengalaman peribadi beta sendiri dengan...